Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 22 Julai 2010

BERSATULAH SEBELUM TERLAMBAT....

ALHAMDULILLAH.... nampaknya telah ada cahaya dihujung ‘terowong parpaduan Melayu’. Ternyata apa yang dihasrat dan cuba diusahakan oleh Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak mula mendapat sambutan. Gayung telah ada yang menyambutnya.

Kesyukuran yang penulis maksudkan adalah berdasarkan kenyataan dua tokoh kepemimpinan Pas – Dato’ Azizan, Menteri Besar Kedah dan Nasrudin Tantawi, Ketua Dewan Pemuda Pas, yang membuat kenyataan positif mengenai penyatuan dan perpaduan Melayu.

Bagaimanapun penulis berharap tidak akan ada kenyataan balas dari kedua pemimpin berkenaan selepas ini mengatakan apa yang tersiar di akhbar arus perdana itu sebagai salah petik oleh wartawan, salah lapor atau salah tafsir.

Tindakan begitu biasa dilakukan oleh pemimpin Pas apabila kenyataan mereka tersiar di akhbar dan mereka menerima tekanan daripada pucuk pimpinan parti atau oleh pemimpin sekutu pakatan seperti Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang. Dan pemimpin utama Pas yang jadi tempat mereka menhalakan tekanan sudah tentu Nik Aziz Nik mat, Mursyidul Am Pas yang sangat digeruni oleh para pemimpin dan penyokong parti berkenaan.

Sekali lagi penulis ingin tegaskan bahawa perpaduan yang dimaksudkan bukannya semua orang Melayu mesti menjadi Ali UMNO atau pun Pas. Yang perlu dipadukan ialah kata sepakat menjaga kepentingan orang Melayu/Islam dari segi politik di negara bertuah ini.

Tindakan segera sangat perlu kerana kedudukan politik orang Melayu semakin hari semakin tertekan gara-gara perpecahan sesama sendiri kerana politik kepartian yang sempit. Masing-masing mahu jadi juara dan mahu menguasai keadaan.

Akhirnya, yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Orang lain yang kutip dan orang lain jugalah yang dapat kuasa pemerintahan negara. Melayu akan hanya jadi bahan sejarah sebagaimana yang telah terjadi kepada Melayu Singapura. Istana lama di negera pulau itu dijadikan muzium dan keturunnan rajanya dihalau keluar.

Geografi ketuanan Melayu mahu dirampas dan dihapuskan. Sebagaimana biasa, alat yang mereka gunakan untuk merampas kuasa adalah orang Melayu sendiri. Dan semestinya perpecahan umat Melayu/Islam adalah kesempatan mudah untuk mencapai apa yang mereka cita-cita dan dirancangkan. Sejak penaklukan Jepun tamat pada tahun 1945 lagi mereka telah mengatur strataegi memecahbelahkan perpaduan orang Melayu.

Penguasaan ekonomi telah menjadikan mereka kuat dan berkuasa. Kini giliran laluan menguasai politik pula telah terbuka luas. Segalanya bertitik tolah daripada keputusan PRU-12 pada 8 Mac 2008.

Kejayaan DAP merampas Pulau Pinang dan menguasai pentadbiran kerajaan negeri Perak dan Selangor, menaikkan semangat mereka. Itu sebab sebaik sahaja keputusan PRU-12 disahkan, Menteri Mentor Singapaura, Lee Kuan Yew dengan tak semena-mena mengambil masa sepuluh hari berkunjung ke beberapa negeri di Tanah Melayu. Tumpuan beliau sudah tentulah di Pulau Pinang. Sementara lawatan ke negeri-negari lain ketika itu sekadar menyemarakkan semangat kaum Cina supaya terus bersatu menyokong DAP.

Justeru, kalau kaum imigran Cina telah bersatu dan mula menampakkan kejayaan, apakah orang Melayu yang menjadi penduduk asal Tanah Melayu harus berpecah-belah dan terus bersengketa sesama sendiri? Negara dah hampir dirampas pun masih tidak sedar kerana asyik memikirkan musuh politik sesama bangsa dan seagama?

Benarlah kata, Tok Guru (blog ini) bahawa walaupun negara telah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahu tetapi kebodohan orang Melayu masih belum habis lagi.

Apa yang susah sangat untuk menyatukan Pas dengan UMNO kalau benar-benar mahu dilakukan? Tunggu sahaja keputusan PRU-13 nanti. Takkanlah langsung tidak ada calon UMNO dan Pas yang menang sebagai Ahli Parlimen atau ADUN.

Ketika itu bersatulah Pas dengan UMNO sebagaimana Pakatan bersatu selepas PRU-12. Bukannya perlu ubah dasar parti atau semua ahli berpindah ke sesuatu parti. Perpaduan le namanya jika UMNO dan Pas sepakat sebagaimana Pakatan Rakyat buat sekarang.

Kalau DAP, PKR dan Pas yang bersalah-salahan dari segi perjuangan masing-masing pun boleh bersatu, inikan pula sesama parti orang Melayu/Islam? Takkan tak boleh? Itu pun susah sangat ke?

Yang jadi masalah ialah apabila ada pemimpin Melayu/Islam yang sanggup berkata: “Berkawan dengan DAP lebih baik dariapada berkawan dengan UMNO.” Ini yang menjadi masalah dan inilah punca perpecahan sesama Melayu/Islam tidak dapat disepadukan.

Kesimpulannya, bersepakatlah untuk bersatu-padu sesama Melayu/Islam. Wujudkan kata sepakat. Kalau nak sangat berbai’ah, buatlah. Yang penting sepakat untuk bersatu dan jangan bising-bising macam anjing menyalak bukit. Bukit tak runtuh, sendiri yang tercungap-cungap keletihan.

Dok diam dan buat kerja masing-masing. Bila sampai masanya nanti, laksanakanlah. Semua Melayu akan sokong. Bermula dari situ berjuang dan berkhidmatlah dengan sempurna dan sejahtera sebagaimana yang dikehendaki dan diajarkan oleh agama Allah swt – Islam.

Kempiskan perut dan jauhkan rasuah, jangan jual negara dan negeri. InsyaAllah pemimpin akan selamat, umat Melayu /Islam selamat dan negara Melayu pun selamat.


Pak Sulung: Masih bimbang dan risau kalau-kalau Nik Aziz yang dianggap wali oleh sesetangah orang Melayu/Islam akan masuk campur untuk merosakkan usaha bersepakat sebagaimana yang dimaksudkan. Bukan boleh harap sangat dengan Pok Nik ni, Anwar telefon suruh dia keluar fatwa, nanti semuanya terbantut. Marilah kita semua sama-sama berdoa supaya kesepakatan Melayu/Islam ini berjaya dan Nik Aziz ditutupkan Allah swt hatinya dari menjadi makhluk perosak....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga roh perjuangan Islam Melayu subur dikalangan wakil2 yang akan membuat pertemuan itu nanti... Amin...

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog