Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 12 Mac 2011

Tunggu apa lagi Nuar! Mukhriz cabar anda saman bapanya.... Buktikanlah kebenaran dan kejantanan anda!

Ketika berucapa dalam satu majlis di Klang baru-baru ini, Anwar kata tulisan Tun M dalam 'A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad' mengenai pemecatannya adalah bohong....

KETUA Pembangkang, Anwar Ibrahim dicabar memfailkan saman terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad jika tidak berpuas hati dengan kandungan buku memoir bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ia adalah langkah yang sepatutnya diambil oleh Anwar dan bukannya melenting terhadap pendedahan bapanya itu.

“Nampaknya kalau dah melenting memang ada kebenaran di sebalik pendedahan yang dibuat oleh bapa saya.

“Tidak timbul soal nak pertahankan anak di dalam buku tersebut tetapi apa yang dibangkitkan di dalam buku tersebut ialah soal negara dan jika berani Anwar samanlah bapa saya RM100 juta atau RM200 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Serentak Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kubang Pasu di sini hari ini.

Buku memoir bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad setebal 800 muka surat itu nyata mendapat perhatian ramai apabila ia akan diulang cetak sebanyak 20,000 naskhah lagi bagi memenuhi permintaan orang ramai.

Antara yang disentuh dalam buku tersebut itu ialah bagaimana Dr. Mahathir terpaksa memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 dan pendedahan itu dilihat menimbulkan reaksi kurang senang Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Menurut Mukhriz, beliau yakin bapanya bersedia untuk berhadapan dengan Anwar di mahkamah bagi membuktikan kebenaran yang ditulis di dalam buku tersebut.

“Buku tersebut memberi penerangan kepada orang ramai mengenai keputusan-keputusan yang terpaksa diambil oleh bapa saya sewaktu mentadbir negara dahulu.

“Sewaktu masih menjadi Perdana Menteri, bapa saya tidak berpeluang untuk menceritakan apa yang berlaku dan kini bapa saya sudah bersara dan masanya sangat sesuai untuk menjelaskan semuanya,” katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Antara tulisan di kertas yang boleh dibaca oleh semua orang dan cakap kosong yang tidak mampu dibuktikan dalihnya, yang mana satukah yang diterima sebagai kenyataan soheh dan benar?

Dalam isu pemecatan Anwar Ibrahim oleh Tun Dr. M tiga belas tahun lalu, segalanya ditulis oleh Tun M dalam Memoir-nya. Sementara penafian oleh Anwar Ibrahim pula sekadar terpekik-terlolong tanpa bukti, alasan dan saksi.

Dulu suka sangat saman Tun M. Sekarang dah ada bahan baru – buku tulisan Tun M, yang mengisahkan pemecatannya. Apa tunggu lagi! Saman lerrr.... Mukhriz dah cabar tu!

Rakyat sangat menanti-nantikan pertembungan Anwar Ibrahim-Tun Dr. Mahathir di mahkamah....

1 ulasan:

ayah berkata...

Anwar tahu dia akan mati kalau dia saman Tun M. Banyak bukti lagi tentang kesalahan2 Anwar yng masih tersimpan dri kes dulu kerana Tun M tak mahu mengaibkan Anwar dan keluarga.

Anwar takut, teloq dia kecut dah. Dia haya mampu melolong di sana sini di depan mereka yang masih taksub menyokomg dia; itu saja senrio dia masa kini dan buat selamanya. Cabar macam mana pun dia tak akan saman! Peliaq dia dah lembik! Dia tahu, kubur tunggu dia kalau dia saman juga kali ni.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog