Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label Anwar Al-Jub.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anwar Al-Jub.... Papar semua catatan

Khamis, 14 Julai 2011

Anwar Ibrahim: Pengkhianat negara yang perlu dikenakan tindakan tegas

ANWAR Ibrahim disifatkan sebagai seorang pengkhianat negara yang perlu dikenakan tindakan tegas.
Ini ekoran kenyataannya kepada media Indonesia bahawa Malaysia sudah mendekati revolusi selepas perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), pada Sabtu lalu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kenyataan Anwar itu terang-terangan menunjukkan Ketua Pembangkang tersebut ingin melihat negara ini mengalami kehancuran dan huru-hara.

Tan Sri Musa Hassan
"Mengapa dia perlu berkata begitu (revolusi) sedangkan dia sendiri yang mengadakan perhimpunan haram Bersih. Ini jelas bahawa dia seorang pengkhianat negara.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan sepatutnya tidak teragak-agak lagi untuk mengambil tindakan tegas terhadap beliau yang ingin melihat negara ini huru-hara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Seorang lagi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor memberitahu, kaedah yang digunakan pihak tersebut dalam mewujudkan kekecohan merupakan pendekatan yang ditinggalkan komunis.

Menurutnya, sejak 1960-an, perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan merupakan pendekatan yang diguna pakai oleh pihak komunis dan pengikutnya untuk menentang kerajaan.

"Dua pendekatan itu adalah Agitasi (agitation) propaganda dan Agitasi politik. Kedua-dua pendekatan ini juga digunakan oleh puak di Malaysia yang mahu jatuhkan kerajaan.

Tan Sri Rahim Noor
"Saya tidak mahu menyebut siapa yang menggunakan pendekatan ini, tetapi saya yakin individu itu pasti akan tahu siapa dirinya yang telah melakukan pengkhianatan terhadap negara," tegasnya.

Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Samsuri Arshad menganggap kenyataan Anwar sebagai satu mimpi yang hanya dirasai oleh beliau yang ingin menjadi pemimpin nombor satu di negara ini.

"Kenyataan itu adalah jalan pintas Anwar untuk mencapai cita-citanya tetapi rakyat Malaysia tidak bodoh untuk menghancurkan keamanan yang ada ketika ini.

"Sejak selepas merdeka, Malaysia melalui keamanan secara berterusan sehingga hari ini dan sistem pilihan raya yang ada untuk rakyat memilih kerajaan juga berjalan mengikut jadual," katanya yang juga Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia.

Bekas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada tahun 1993, Datuk Zulkifli Abdul Rahman pula memberitahu, Anwar perlu dikenakan tindakan bagi menghentikan perbuatannya itu yang melampau.

"Pihak kerajaan juga perlu membuat kenyataan balas secepat mungkin dan memberitahu keadaan sebenar dalam negara. Beritahu bahawa negara kita masih aman dan damai serta kita tidak perlukan individu yang sering memburukkan Malaysia di mata negara lain," ujarnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Semua rakyat Malaysia yang waras fikirannya beranggapan bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang ‘Pengkhianat Negara’. Tetapi hingga kini dia masih bebas berbuat sesuka hati. Dia boleh buat apa dia suka kerana ada ‘balaci’ yang sedia melakukan apa sahaja kehendaknya.
Kenapa ini boleh terjadi?

Kepada SM, sebab utama Anwar masih ada pengikut ialah kerana wangnya yang banyak. Melalui kuasa wang yang dimilikinya, dia boleh bayar siapa sahaja untuk melakukan kerja khianat seperti yang dimahunya.

Justeru, selagi wang Anwar Ibrahim masih banyak dan tidak ada sekatan untuknya melakukan kerja khianat, selagi itu dia berasa dirinya kuat dan pihak berkuasa kerajaan tindak mampu berbuat apa-apa terhadapnya.

Kuasa wang miliknya mampu mencabar sesiapa dan apa sahaja didunia ini.
Dengan wang yang dimilikinya Anwar Ibrahim bagaikan telah 'menjinjing dunia' di tangannya.

Ahad, 10 Julai 2011

BERSIH 2.0: Anwar Lari Dari Perjuangan?

Anwar menanti 'talkin' dibacakan?
SEDANG beberapa pemimpin parti pembangkang PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan polis berhubung perhimpunan haram di sekitar Kuala Lumpur hari ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat seperti lari dari perjuangan.

Penganjur perhimpunan Datuk S. Ambiga juga ditahan ketika cuba berarak menyertai perhimpunan di KL Sentral, seolah-olah dipergunakan parti politik yang turut sama menyokong perhimpunan itu.

Hampir kesemua pemimpin utama PAS, bermula dengan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu, dua naib presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan.

Manakala Anwar pula dilaporkan terjatuh semasa menyertai perhimpunan dan dimasukkan ke Hospital Pantai di sini untuk mendapatkan rawatan.

Namun anak keduanya Nurul Nuha memaklumkan doktor telah mengesahkan bapanya sihat selepas menjalani pemeriksaan.

Namun, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menafikan dakwaan ketua pembangkang itu mengalami kecederaan dalam perhimpunan itu.

Senator Mohd Ezam Mohd Noor mendakwa tindakan Anwar itu seperti skrip lapuk untuk menyelamatkan diri dari kes liwat selain akan menggunakan alasan ini untuk mendapatkan simpati.

"Dari mata lebam, sakit pinggang, (diracun dengan) arsenik, semuanya untuk simpati politik kepadanya dan menaikkan suhu kemarahan orang kepada kerajaan Barisan Nasional," kata bekas ketua angkatan muda PKR ini.

Katanya, episod ini hanya mengesahkan suatu matlamatnya iaitu mengumpul berpuluh atau beratus ribu orang untuk lumpuhkan negara dan melepaskan diri dari kes liwat yang dihadapinya.

"Alhamdulillah, Allah sekali lagi selamatkan negara ini apabila Anwar gagal mengumpul ramai orang untuk huru-hara dan lumpuhkan negara. Saya tahu agenda sebenar Anwar sebab saya pernah menjadi kepala perhimpunan seperti ini," katanya.

Beliau juga berasa kasihan melihat masih ada lagi rakyat yang menjadi alat bagi mengaburi masalah dan matlamat peribadi Anwar.

Dengan senario terakhir ini, mengesahkan bahawa kenyataan Anwar awal hari ini (Sabtu) yang dilaporkan berkeras mahu menyertai perhimpunan itu dengan mengatakan beliau `mempunyai cara tersendiri ' -- terbukti.

Bekas setiausaha sulit Anwar, Anuar Shaari berkata Anwar menggunakan penyokong perhimpunan untuk alihkan perbicaraan kes liwatnya.

"Pembabitan Ambiga dalam perhimpunan adalah satu contoh saling menggunakan antara satu sama lain (pada masa yang sesuai)," katanya.

Dalam senarai yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), hanya anggota Parlimen Sitiawan dan pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham ditahan dari parti terbabit.

Beliau berpendapat motif DAP hanya boleh berjaya dalam politik jika menggunakan Anwar, manakala Ambiga dilihat berniat mahu bergerak cepat dalam politik dengan menumpang populariti Anwar.


Oleh Ahmad Shukran Shaharudin
- Bernama

SATU MELAYU:
Ambiga dan Anwar sangka Bersih 2 akan lebih hebat daripada Bersih 1 pada 2007. Mereka lupa siapa yang jadi PM ketika itu dan sekarang. Ada perbezaan ketara antara PM kini dengan PM sebelum ini.

Lagipun Anwar dan Ambiga tidak sedar bahawa sokongan dan simpati rakyat terhadap Anwar dan politik pembangkang sedang menurun dengan ketara sekali. Dulu lain sekarang lain. Kejayaan PRU 2008 tidak akan berulang. Rakyat bukan bodoh dan bebal.

Sekali lagi ketokohan dan gaya kepimpinan negara ketika PRU-12 dengan PRU-13 memberi kesan kepada sokongan rakyat dan pilihan majoriti rakyat.

Sesungguhnya, kes liwat II, isu video seks, isu melesapkan wang negara dan entah berapa banyak lagi kes penyelewengan Anwar semasa jadi TPM dan Menteri Kewangan dahulu yang akan didedahkan oleh bekas sahabatnya, menambahkan kebencian rakyat kepada Ketua Pembangkang yang pintar berbohong itu.

Masa untuk Anwar meneruskan gaya lamnya sudah tak lau dan tak diterima majoriti rakyat.

Sabtu, 9 Julai 2011

BERSIH 2.0: Penyokong Mula Bersurai Di Stadium Merdeka. Anwar awal-awal lagi dah cabut lari ke hotel.... Kesian lembu-lembunya kena kencing....

Berlakon macam nak mamposss... Anwar Ibrahim ditenangkan anaknya, Nurul Izzah di bilik Hotel Hilton KL selepas dikatakan cedera semasa polis melepaskan gas pemedih mata di sekitar Kuala Lumpur. Poorahhhh.... itu semua auta dan temberangnya nak selamatkan diri. Yang lain kena tangkap dia sedap-sedap duduk hotel. Bila Wan Azizah dan anaknya tak ada nanti, dia panggillah China Doll untuk urut badannya yang lengoh-lengoh tu.... 

PULAKKK.... DAHHHH! Dia dah buat wayang lagiiiii....
Pandikutty berlakon macam nak mampoosss.... Nanti ada peluang tak hadirkan diri di mahkamah untuk bela diri atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azkan.... kan!... kann!... kannn!
PENGKHIANAT negara Anwar Ibrahim berjaya melarikan diri daripada di tahan pihak polis apabila dia mendakwa cedera di bahu dan balik ke hotel bersama isterinya – Wan Azizah, bukannya China Doll, key!

Begitulah cara Anwar setelah berjaya mempengaruhi mereka yang bebal dan bangang mengikut kehendaknya menentang kepimpinan negara.

Bila keadaan menjadi kelam-kabut dia cabut lari dengan pelbagai alasan. Siapa yang pernah mengikut Anwar di zaman mudanya dulu mengadakan tunjuk perasaan pelajar tahu dan faham sangat apa yang dilakukannya pada perhimpunan Bersih 2.0 ini.

Dia cabut lari dan buat-buat sakit.... Rupa macam nak mamposss... Sebenarnya dia nak selamatkan diri. Haramjadah punya Nuar!

Pada perkembangan lain penyokong-penyokong Bersih 2.0 yang berhimpun di luar Stadium Merdeka sejak pukul 2.30 petang mula bersurai dari kawasan bersejarah itu di Kuala Lumpur.

Sementara itu, sekumpulan penyokong perhimpunan haram itu dipercayai mula berhimpun di sekitar Kuala Lumpur, menurut sumber polis.

Sementara itu, polis mula membuka halangan-halangan di sekitar stadium berkenaan walaupun masih ramai berada di kawasan tersebut.

Perhimpunan di luar Stadium Merdeka itu diketuai oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Saiddan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan senarai pemimpin-pemimpin pembangkang dan Bersih 2.0 yang ditahan.

Mereka ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (KL Sentral); Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Jalan Mahameru); Naib-naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salehuddin Ayub (KL Sentral); Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Fauziah Salleh (KL Sentral) Naib Presiden PKR, Tian Chua (KL Sentral); Penganjur Bersih, Datuk S. Ambiga (KL Sentral) dan Datuk Abdul Azeez Rahim (Jalan Bukit Bintang).

Sementara itu empat pemimpin tertinggi pergerakan Pemuda Umno termasuk Ketuanya, Khairy Jamaluddin ditahan sekitar pukul 2.45 petang kerana berdegil untuk meneruskan perhimpunan Patriot yang bermula di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang Sabtu.

Tiga yang lain adalah Penolong Setiausaha Pemuda Umno, Datuk Megat Firdaus Megat Junid; Exco Pemuda Umno, Lokman Adam dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Berlaku pertembungan di antara kumpulan itu dengan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Tindakan itu menyebabkan pasukan FRU melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke arah penyokong Patriot.

Beberapa penyokong perarakan itu turut ditahan.

Tiada kecederaan dan kerosakan dilaporkan akibat perarakan itu.
- Sumber: mStarOnline

SATU MELAYU:
Yang si Khairy tu buat hal nak tunjuk garang tu apa hal? Kalau berani pergi ler ketuk kepala Anwar Ibrahim yang jadi ibu kepada segala permasalahan negara tu.... Nak melalak macam penghianat negara tu apasal pulak.
Khairy pun teringin nak jadi pengkhianat juga ker?

Sabtu, 2 Julai 2011

Pendedahan Gobala mengenai pengubahan wang haram oleh Anwar Ibrahim:

Anwar dicabar nafi dan saman Gobalakrishnan

PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dicabar supaya menafikan dakwaan Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mengenai dakwaan beliau terlibat dalam penggubahan dan pengaliran wang haram.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, jika Gobalakrishnan berbohong, maka Anwar diminta supaya menyaman bekas ahli PKR tersebut kerana ia merupakan suatu tuduhan yang berat.

"Di Parlimen semalam, Gobalakrishnan ada meminta supaya kerajaan memastikan imuniti terhadap saksi yang boleh membantu siasatan keterlibatan Anwar dalam penggubahan dan pengaliran wang haram dan ia satu tuduhan yang berat.

"Pertuduhan itu mencemarkan imej Anwar sebagai ketua pembangkang kerana beliau selama ini melaungkan konsep ketelusan dan rakyat perlu mengetahui perkara sebenar," katanya ketika dihubungi.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 di Dewan Rakyat kelmarin, Gobalakrishnan menggelarkan Anwar sebagai 'raja' kepada segala aktiviti penggubahan dan pengaliran wang haram.

Semalam pula, Gobalakrishnan dalam satu sidang akhbar meminta supaya kerajaan menjanjikan imuniti ke atas beberapa pihak yang boleh menjadi saksi terhadap aktiviti didakwa melibatkan Anwar itu.

Anuar menambah, Anwar tidak harus berdiam diri dalam hal itu kerana dakwaan tersebut melibatkan kepentingan negara serta kewibawaannya sebagai pemimpin utama pakatan pembangkang.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim pula memberitahu, dakwaan yang dibuat Gobalakrishnan itu pasti mempunyai asas kukuh kerana Anwar pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kewangan.

"Jadi Anwar kena jawab segera bagi membersihkan dirinya daripada pertuduhan tersebut.

"Gobalakrishnan juga pernah bergelumang lama dengan Anwar ketika mereka bersama-sama dalam PKR dan Ahli Parlimen Padang Serai itu baru sahaja meninggalkan parti keluarga berkenaan.

"Saya dengar juga mengenai perkara itu (keterlibatan Anwar dalam penggubahan wang haram) tetapi saya keluar meninggalkan PKR lebih awal daripada Gobala jadi dia lebih tahu," katanya sinis.

Kemukakan saksi – Gani

AHLI Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan diminta mengemukakan saksi yang boleh memberi keterangan berhubung dakwaan penglibatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dalam aktiviti penggubahan dan pengaliran wang haram.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, soal ‘imuniti’ ke atas saksi itu tidak timbul kerana undang-undang sedia ada negara menyaksikan kewujudan Akta Perlindungan Saksi serta Akta Pemberi Maklumat dan ia terpakai bagi individu dimaksudkan oleh Gobalakrishnan.

“Jika benar Ahli Parlimen Padang Serai boleh berhubung dengan saksi-saksi itu, kemukakan sahaja kepada pihak berkuasa kerana kita ada undang-undang yang menjaga keselamatan setiap daripada kita di negara ini.

“Ia seperti Akta Perlindungan Saksi dan Akta Pemberi Maklumat, jadi ia jelas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di Kuala Lumpur.

Beliau diminta mengulas kenyataan Gobalakrishnan di Parlimen semalam yang meminta kerajaan menjanjikan imuniti ke atas beberapa pihak yang boleh menjadi saksi terhadap aktiviti penggubahan dan pengaliran wang haram didakwa melibatkan Anwar.

Kata Gobalakrishnan, imuniti itu diminta sendiri oleh ‘saksi’ tersebut bagi menambah keyakinan mereka dalam pelbagai aspek termasuk keselamatan untuk tampil bagi mendedahkan kebenaran mengenai aktiviti bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

Ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 di Dewan Rakyat kelmarin, beliau juga mendakwa Anwar merupakan ‘raja’ kepada segala aktiviti penggubahan dan pengaliran wang haram di negara ini.

Ia bersandarkan dakwaan bahawa Anwar melalui ‘orang tengah’ telah membawa keluar ratusan juta ringgit dalam not RM500 dan RM1,000 untuk disimpan di Indonesia dengan menggunakan jet peribadi milik sebuah syarikat perjudian.
- Utusan
SATU MELAYU:
Kepada juak-juak Melayu bangang yang menyokong Anwar, sila ambil perhatian bahawa semua pendedahan itu dilakukan oleh bekas kawan baik Anwar sendiri. Bukannya oleh pemimpin Umno, waima Tun Dr. Mahathir pun, sedangkan tuduhan Gobala terhadap Anwar itu berlaku di zaman Tun Dr. M jadi PM.

Khamis, 23 Jun 2011

Gobalakrishnan Cabar Anwar Serah Sampel DNA, Jam Omega Sebelum Bersih 2.0

AHLI Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan pada Khamis mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dan jam tangan Omega kepada polis sebelum perhimpunan pada 9 Julai ini bagi membersihkan nama beliau.

Menurutnya, Anwar sepatutnya membersihkan nama beliau dan menjawab segala persoalan yang masih lagi menjadi tanda tanya mengenai dirinya sehingga hari ini.

"Dengan menyertai perhimpunan bertemakan Bersih, Anwar perlu membersihkan namanya. Jika gagal berbuat demikian, dia patut berasa malu untuk terlibat dalam perhimpunan itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Khamis.

Dakwa Gobalakrishnan, perhimpunan Bersih 2.0 yang diketuai pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenivasan sebenarnya didalangi oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk kepentingan peribadi.

"Saya percaya Anwar terdesak untuk mengelirukan rakyat menerusi perhimpunan ini. Beliau memerlukan keadaan huru-hara untuk mencetuskan gelombong kebencian rakyat terhadap kerajaan," ujarnya.

Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut percaya Anwar sengaja mempergunakan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat demi kepentingan politiknya.

"Setelah lebih 12 tahun bersama Anwar, saya cukup kenal dengan perangai beliau yang akan mempergunakan sesiapa saja untuk hasrat peribadinya," katanya.

Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya mengetahui objektif sebenar perhimpunan itu diadakan sebelum terlibat sama.

Perhimpunan Bersih yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini kononnya diadakan bertujuan untuk menuntut kerajaan melaksanakan pilihan raya yang telus dan adil.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Bersih 2 ni bermaksud membersihkan segala salahlaku Anwar selama ini, lebih-lebih lagi ketika dia terpaksa membela diri dalam kes liwat II yang jelas tidak memihak kepadanya.

Bersih 2 bermaksud membersihkan kes liwat 2 Anwar Ibrahim.

Isnin, 13 Jun 2011

Anwar Pergunakan Bersih 2 Untuk Alih Tumpuan Kes Bicara Liwatnya

KETUA Pembangkang, Anwar Ibrahim mempergunakan demonstrasi jalanan pada 9 Julai ini untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap kes yang sedang dihadapi.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin menyatakan bahawa demonstrasi jalanan yang dicadang itu mungkin berhubung kait dengan perbicaraan kes liwat yang dihadapi Anwar Ibrahim.

“Demonstrasi Bersih 2 mempunyai niat jahat dan mempunyai agenda lain, kita jangan lupa Anwar Ibrahim akan berhadapan dengan pembelaan, saya kenal Anwar Ibrahim , Anwar akan berhadapan dengan pembicaraannya 16 Julai.

“Masa itu dia kena bagi keterangan, dia kena justifikasi pembelaaan alibi (pembicaraan kes liwat membabitkan Anwar dengan Mohd Saiful Bahri) di situ kena beri (keterangan) yang di bawa ke mahkamah, DNA dan lain-lain, bersama seorang saksi orang yang paling dicintai (isterinya) Wan Azizah. Dia tidak konfiden Wan Azizah boleh berdiri dalam kandang saksi nanti,” katanya kepada UMNO-Online.

Menurutnya, perancangan mengadakan demonstrasi jalanan itu adalah antara usahanya untuk alih tumpuan kerana Anwar berada dalam keadaan tertekan dan cuba mencari cara lain.

Demonstrasi jalan antara agenda tertentu untuk mengadakan himpunan, orang yang sudah terdesak, tersepit yang perlu mencari jalan keluar, dalam mengenali dia dan penglihatan saya sendiri, saya tahu dia ada agenda sendiri, mungkin Pas pun tidak tahu, dan saya cukup yakin Pas tidak tahu tindak tanduk Anwar,” katanya.

Zulkifli berkata, berdasarkan pada perhimpunan 1998 di Masjid Negara, sememangnya wujud provokasi untuk menimbulkan kekacauan.

“Ketika perhimpunan rakyat di masjid Negara pada 1998, sememangnya untuk mewujudkan kekacauan, memang ada arahan masa itu suruh buat kekecohan, pukul wartawan, bakar tempat tempat tertentu, saya antara orang yang terlibat.

“Tahun 2007, yang dikatakan himpunan bersih , kita dapati apa yang terjadi lepas itu, jadi inikah orang yang hendak sistem pilihan raya bersih, dalam keadaan parti dia sendiri buat pilihan raya tak bersih, yang lawan kena tendang, yang tegur kena terajang, dia sendiri jawatan yang tak ada dalam parti boleh jadi Ketua Umum,” katanya.

Beliau menyeru orang ramai supaya tidak membabitkan diri dalam demontrasi berkenaan kerana bukan sahaja akan menimbulkan pelbagai masalah tetapi akan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan.
-MediaUMNO.

SATU MELAYU:
Selagi Anwar masih terjebak dengan kes salahlaku moralnya yang berpanjangan dan terdedah pulak lepas satu, satu, selagi itu dia berada dalam keadaan gelabah.

Kepada Anwar, cara mudah untuknya menutup segala rahsianya yang telah dan akan terdedah ialah memastikan negara berada dalam huru-hara atau dharurat.

Inilah yang cuba dicetuskan oleh Anwar Ibrahim melalui konco-konconya yang bergantung hidup dengannya selama ini.

Ahad, 12 Jun 2011

Anwar punca kemelut politik

TIGA Ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Zulkifli Noordin tampil buat pertama kali di atas satu pentas untuk memberikan penjelasan mengenai isu-isu semasa terutama membabitkan kemelut politik yang melanda masyarakat Melayu dan umat Islam di negara ini.

Ceramah perdana yang dianjurkan Pusat Khidmat Membela Rakyat (PKMR) Pasir Mas itu diadakan di dua tempat iaitu di Kampung Pohon Rawa dan Chetok di sini bagi memastikan rakyat di kawasan tersebut mendapat maklumat tepat dan benar daripada ketiga-tiga penceramah yang pernah bekerjasama dengan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bagaimanapun, ceramah tersebut bermula agak lewat disebabkan hujan lebat sejak petang.

Ketiga-tiga mereka bersetuju masalah yang melanda masyarakat Melayu dan umat Islam hari ini sehingga menyebabkan perpecahan besar, berpunca daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu cita-citanya menjadi Perdana Menteri tercapai.

Ibrahim Ali berkata, Pas perlu mengkaji kembali hubungannya dengan Anwar memandangkan pemimpin itu mempunyai terlalu banyak tuduhan, termasuk yang terbaru berkaitan video seks.

Secara menyindir, beliau berkata, walaupun pemimpin Pas mendakwa tidak menonton video itu tetapi mereka telah berani membuat 'fatwa' sendiri bagi mempertahankan Penasihat PKR itu.

Zulkifli pula yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, menyifatkan Anwar sebagai pembohong besar dan akan melakukan apa saja untuk mencapai cita-citanya itu.

"Keraguan saya terhadap Anwar bermula pada kes Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Sebagai peguam saya mengambil kes atas dua asas pertama iaitu saya percaya dia tidak melakukan dan kedua, saya mempunyai pembelaan yang kuat. Kes liwat pertama dulu saya bersama peguam-peguam bela yang lain percaya kami mempunyai pembelaan yang kuat kerana ia berlaku terlalu lama sebelum dituduh.

"Tetapi bagi kes Saiful ia terlalu dekat, ditambah pula dengan sumpah laknat. Keraguan ini bertambah jelas dalam isu kalimah Allah. Anwar bersetuju kalimah Allah digunakan oleh orang kafir sebab mahu menarik undi orang bukan Islam. Bagi saya itu satu penghinaan yang jelas terhadap Islam," katanya ketika menyampaikan ceramah tersebut.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain berkata, Anwar sanggup mempertahankan sahabat-sahabatnya daripada DAP biarpun tindakan mereka menindas masyarakat Melayu dan Islam.

"Saya dipecat kerana mempertikai kerja-kerja yang dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Apabila saya beritahu Anwar tentang kerja-kerja DAP yang menindas orang Melayu dan Islam, saya pula yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin parti kerana bagi dia, DAP amat penting dalam menarik sokongan bukan Islam.

"Anwar memang luar biasa, kalau orang macam saya saja kena tipu tidak apa. Tetapi Presiden Amerika dan Presiden Turki pun kena kelentong dengan dia. Dengan kita dia cakap lain, depan orang lain dia cakap lain. Contoh paling mudah, 16 September, sampai hari ini tidak ada apa," katanya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Orang Melayu kini sepatutnya sedar bahawa Anwar Ibrahim kini tidak lagi bergantung harap kepada orang Melayu. Harapan terakhir Anwar untuk berjaya menduduki Putrajaya hanyalah melalui kaum Cina yang dimonopoli kuasa undinya oleh DAP.

Justeru, siapa sahaja rakan, sahabat dan pemimpin berbangsa Melayu yang cuba menegur strategi chauvanis Cina DAP itu, Anwar akan pecat kalau dia ahli PKR dan akan desak pemimpin Pas singkirkan kalau dianya ahli Pas.
Harapan Anwar kepada bangsanya sendiri dah hancur. Dia sedar apa yang dilakukannya selama ini, terutamanya dari segi pembohongan, kelentong dan auta selama dia berada dalam Umno dan kemudiannya dalam PKR telah disedari oleh umat Melayu. Mahu tak mahu, Anwar terpaksa memecat mereka yang berada dalam PKR demi menutup rasa malunya.

Keadaan menjadi bertambah teruk lagi apabila kes liwat II dan terbaru kes video seks yang didakwa membabitkan dirinya itu tidak mampu ditepis dan ditangkis secara sempura menikut adat dan budaya Melayu/Islam, itu bersumpah laknat menafikan dirinya terlibat.

Semua ini membuatkan Anwar semakin menjauhkan diri daripada rakan dan sahabat berbangsa Melayu. Keikhlasan dan kebenaran yang ditagih oleh sahabat dan rakan Melayunya membuatkan Anwar serba salah dan tidak mampu ditunaikan.

Yang tidak menyakitkan hati Anwar dalam isu moralnya ialah pemimpin dan ahli DAP yang sangat bijak memanipulasi emosi Anwar Ibrahim bagi maksud memperalatkan anak Pak Berahim itu untuk memecah-belahkan kesepakatan dan perpaduan Melayu/Islam.

Anwar Ibrahim benar-benar telah menjadi ‘musuh utama’ negara Malaysia, bangsa Melayu dan agama Islam.

Rabu, 25 Mei 2011

Datuk Eskay bukan calang-calang orang, itu sebab 'Anwar Pandikutty' tak berani saman....

Apa yang Anwar mampu lakukan terhadap Eskay selain hanya tersengeh dalam kepedihan hati?
KAKI saman menyaman, Anwar Ibrahim dicabar supaya menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung segala pendedahan dan dakwaan yang dibuatnya terhadap Ketua Pembangkang itu.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan berkata jika Anwar merasakan segala tuduhan dan dakwaan yang dibuat itu tidak benar seharusnya beliau berani menyaman Eskay seperti apa yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

“Anwar memang kita kenali suka menyaman sesiapa sahaja yang membuat tuduhan terhadap dirinya, tetapi apabila membabitkan Datuk Eskay mengapa dia tidak berani menyamannya.

“Eskay ini bukan calang-calang orang, jika tidak takkan dia dilantik oleh kerajaan Thailand sebagai wakilnya di sini (Langkawi), tiada sebab untuk dia berbohong membabitkan orang lain,” katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pendedahan yang dibuat oleh Eskay kepada media mengenai apa yang berlaku di antaranya dengan Anwar ketika mereka berdua berkawan rapat.

Eskay... bukan calang-calang orang....
Dalam pendedahan itu, Eskay turut menceritakan mengenai apa yang berlaku ketika mereka berada di Thailand serta dakwaannya mengatakan emosi Anwar tidak stabil dan menyifatkannya sebagai pemimpin yang lemah.

Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkata, jika benar apa yang dikatakan oleh Eskay itu tidak benar sudah pasti Anwar akan beriya-iya menafikan apa jua yang dikatakan itu tetapi sehingga sekarang Anwar masih mendiamkan diri mengenai perkara itu.

“Saya sehingga kini ternanti-nanti bilakan Anwar ingin menyaman Eskay, tetapi sehingga kini tiada apa pun dilakukan oleh Anwar terhadap Eskay, malah beliau tidak pun menyahut atau menjawab yang dibuat oleh Eskay,” katanya.

Beliau berkata, Anwar tidak boleh menyalahkan sesiapa jika ada pihak yang membuat pelbagai andaian terhadap perkara itu kerana sehingga kini Anwar tidak menjawab apa jua perkara yang dilontar oleh Eskay terhadap dirinya.

Tak sangka seorang manusia hebat yang kelihatan tidak pernah takut dengan sesiapa, waiman dengan Tuhan sekalipun itu, terkantoi dan terkedu apabila berdepan dengan pendedahan dan dakwaan Datuk Eskay yang selama ini digunkan oleh Anwar sebagai orang perantara mencari pelacur untuk memuaskan nafsu seksnya yang meluap-luap pada masa-masa tertentu.

Yang hanya mampu Anwar lakukan ialah berceramah menafikannya dengan mengalihkan isu sebenar kepada menuduh DS Najib memfitnahnya. Pusing sana pusing sini, balik-balik tuduh Perdana Menteri dan Umno melakukan kerja jijik memfitnahnya dengan isu seks.

Kalau dah memang betul kamu itu golongan ‘gila seks’, macam mana kamu nak nafikan. Bukan sekali. Bukan dua kali, malah berkali-kali isu seks kamu terdedah satu semi satu oleh bekas orang-orang yang pernah berada di sekeliling kamu, apa pasal nak tuduh DS Najib yang fitnah.

Kalau dah kamu itu jenis umat Islam ‘munafik’, janganlah ajak rakyat yang tak tahu apa-apa mengenai diri kamu turut terseret dalam permasalahan yang kamu lakukan sendiri.

Terkedu dan sepi seribu bahasa kerana Eskay....
Antara penampilan diri dan kata-kata kamu yang lunak didengar telinga orang awam ketika berceramah tidak sama dengan apa yang kamu lakukan di luar pengetahuan mereka. Yang mereka tahu hanyalah apa yang mereka nampak dan apa yang mereka dengar dari kamu sejak lebih 20 tahun lalu.

Drama swasta yang kamu tayangkan mengenai diri kamu selama ini telah tidak lagi mampu menjadi modal untuk kamu meraih sokongan majoriti rakyat.

Tepatlah sebagaimana kata Datuk Eskay, Anwar Ibrahim itu sebenarnya seorang pemimpin yang lemah.

Gelaran baru yang diberikan rakyat kepada kamu ialah ‘Anwar Pandikutty’.

Anwar larikan wang kertas RM500 dan 1000 ke luar negara – Gobala

AHLI Parlimen Padang Serai yang juga bekas pemimpin setia PKR serta penyokong tegar Anwar Ibrahim, Gobalakrishnan telah mendedahkan pelbagai rahsia dan penyelewengan Ketua Umum PKR dalam satu ceramah di Port Kelang pada Sabtu malam, minggu lalu.

Ceramah yang disampaikannya dalam majlis ‘siri ceramah SSDE’ itu menambahkan lagi kefahaman rakyat mengenai siapa sebenarnya pemimpin ‘gila talak’ bernama Anwar Ibrahim yang jadi sasau kerana mengimpikan kedudukan di Putrajaya selepas PRU-13 nanti.

Rakaman video ucapan Gobala seperti yang termuat di blog Darul Ehsan Today itu menimbulkan dua isu yang agak menarik untuk dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia.

Dua isu yang SM maksudkan ialah mengenai dakwaan bahawa Anwar telah melarikan wang kertas RM500 dan 1000 ke luar negara serta kisah perut buncit Anwar yang dilindungi bengkung.

Pada ceramah itu Gobala mencabar Anwar Ibrahim supaya menyaman beliau di mahkamah kerana menuduh Ketua Pembangkang itu melarikan wang kertas RM500 dan 1000 berjumlah lebih 13 bilion ke luar negara ketika Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia dahulu.

Jelas Gobala, selepas Tun Dr. Mahathir memecat Anwar daripada kabinet, Dr. Mahathir juga telah menarik-balik penggunaan wang kertas Malaysia bernilai RM500 dan RM1000.

“Cuba tuan-tuan dan puan-puan ingat balik peristiwa pada tahun 1998 itu. Kenapa Dr. Mahathir batalkan penggunaan wang 500 dan 1000? Saya katakan bahawa sebelum itu Anwar Ibrahim telah melarikan wang berkenaan ke luar negara, mungkin ke Indonesia dengan menggunakan kapal terbang persendirian dengan jumlah tidak kurang daripada 13 bilion.

“Saya cabar Anwar saman saya kerana kenyataan ini,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin di majlis berkenaan.

Tak tahulah sama ada dakwaan bekas pemimpin PKR ini benar atau tidak, tetapi dia sanggup disaman oleh Anwar sekiranya dakwaannya itu tidak benar.

Kalau begitu, patutlah Anwar jadi sasau dan gila meroyan kerana nak sangat jadi Perdana Menteri. Rupanya apabila Anwar berjaya jadi PM sudah tentu kebenaran menggunakan wang kertas RM500 dan 1000 akan dibenarkan semula.

Maka terselamatlah wang yang dilarikan itu untuk digunapakai! Begitu kisahnya!

Anwar Pakai Bengkung
MENYENTUH mengenai perut buncit yang menjadi alasan Anwar bahawa bukan dirinya seperti yang terdapat dalam video seks yang didedahkan Trio Datuk T, Gobala mencabar Anwar membuka baju dan menunjukkan perutnya kepada khalayak ramai.

“Kalau Anwar berani, tunjuklah perut ketika tanpa pakaian. Masa itu tuan-tuan dan puan-puan akan tahu sama ada perut Anwar buncit atau tidak. Buncitttt....,” kata Gobala disambut gelak ketawa para hadirin.

Menurut Gobala, “Tuan-tuan dan puan-puan tak tahu bahawa selama ini Anwar memakai bengkung di perut untuk mengelakkan perutnya dilihat buncit.

“Saya tahu sangat kerana saya selalu naik satu kereta dengan beliau semasa berada dalam PKR dulu. Bila Anwar masuk kereta, cepat-cepat dia buka bengkungnya.”

Katanya lagi, “Tuan-tuan dan puan-puan jangan tertipu dengan pembohongan dan helah Anwar yang manafikan dirinya terlibat melanggan pelacur China yang dibayar RM2,000 untuk khidmat seks yang diberikan kepada Anwar.”

Mengenai kesahihan Anwar sebagai pelaku lelaki dalam isu video seks berkenaan, Gobala menjelaskan bahawa beliau yakin dengan penjelasan dan dakwaan Datuk Eskay yang telah melakukan sumpah laknat.

“Saya tahu siapa Datuk Eskay dan saya tahu siapa itu Anwar Ibrahim,” ucapnya.

Demikian pendedahan dua isu penting mengenai Anwar Ibrahim yang didedahkan oleh bekas sahabat karib dan rakan seperjuangannya dalam PKR yang selama dua belas tahun bermati-matian menyokong gerakan reformasi, PKR dan juga Anwar.

Bagaimanapun, oleh kerana Gobala adalah seorang pemimpin yang berpegang kepada kebenaran dan keadilan, kelantangan dan bantahannya ke atas kepimpinan Anwar menyebabkan dia dipecat dan dihina se hina hinanya oleh Anwar dan juak-juak PKR yang lain, terutamanya Azmin Ali yang berjaya menduduki kerusi Timbalan Presiden PKR kerana sokongan dan penipuan oleh konco-konco Anwar/Azmin.

Semua ini bukan Umno yang dedahkan tetapi didedah sendiri oleh bekas orang kuat Anwar dan juga PKR. Jangan salahkan Umno kalau ada banyak lagi penyelewengan dan salahlaku Anwar Ibrahim akan terdedah kerana pendedahan bekas kawan-kawannya sendiri.

Jangan salahkan orang lain dan jangan salahkan ibu mengandung, salahkanlah diri sendiri yang terjebak teruk dengan hasutan dan godaan syaitan.
Hadirin di majlis ceramah SSDE di mana Gobalakrishnan menjadi penceramah jemputan....

Isnin, 23 Mei 2011

Enggan Letak Jawatan : Anwar Patut Malu Dengan Masyarakat Dunia

TIMBALAN Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC),  Datuk Bung Mokhtar Radin hari ini menyarankan Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim menjadikan contoh pemimpin kanan parti pembangkang Turki yang meletakkan jawatan ekoran skandal video peras ugut dan seks.

Menurut beliau itulah pemimpin yang sebenarnya bertanggungjawab dan tahu apa tindakan yang sepatutnya dilakukan dan bukannya berdolak dalih serta cuba bermain sentimen emosi untuk mengelirukan rakyat .

“Bukankah Anwar sebelum ini sudah pun diarahkan mahkamah untuk membela diri berhubung tuduhan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan dan terbaru dakwaan skandal video seks yang heboh diperkatakan umum.

“Anwar patut malu pada diri sendiri dan dunia kerana beliau sebelum ini dianggap oleh para penyokongnya seorang pemimpin hebat dan pemimpin yang ada karisma dan sebagainya”, katanya kepada UMNO-Online.

Tegas beliau Anwar sepatutnya sudah meletakkan jawatan sejak daripada dulu lagi dan biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan serahkan kepada Mahkamah menentukan keputusan.

“Itu baru betul pemimpin yang berkarisma dan bertanggungjawab. Ini lain pula tingkah lakunya. Siang malam menjaja fitnah dan membuat pelbagai tuduhan kononnya skandal ke atas beliau merupakan konspirasi.

“Apa yang dilakukan Anwar setakat ini hanya penafian semata-mata.  Malah Anwar juga gagal menjawab pelbagai persoalan penting seperti jam Omega, bersumpah laknat dan menyaman individu yang mendedahkan rakaman video seks tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas langkah enam pemimpin kanan parti pembangkang Turki, Parti Pergerakan Nasionalis (MHP), yang meletakkan jawatan semalam ekoran skandal video peras ugut dan seks.

Media Turki melaporkan, pemimpin kanan pembangkang itu dipaparkan dalam keadaan memalukan dalam rakaman video lucah itu, yang disiarkan melalui Internet.

Awal bulan ini empat yang lain yang juga merupakan pemimpin kanan parti itu telah meletakkan jawatan ekoran rakaman video hampir sama iaitu beberapa orang daripada mereka dipaparkan sedang mengadakan hubungan seks, dipercayai di sebuah rumah yang digunakan oleh anggota parti untuk mengadakan hubungan sulit.

Strauss-Kahn
Sebelum itu, Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn, 62, berundur selepas ditahan polis berhubung serangan seksual ke atas seorang pengemas bilik di New York.

Bung Mokhtar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan seterusnya berkata Anwar mungkin tidak berani untuk berbuat demikian sepertimana yang telah dilakukan oleh pemimpin kanan parti pembangkang di Turki dan Pengarah Urusan IMF.

“Pelbagai cabaran yang telah dibuat oleh pelbagai pihak sebelum ini pun dipandang sepi, inikan pula melibatkan jawatan dalam parti pembangkang. Cuma saya berharap agar penyokong mereka membuka mata dan melihat bagaimana pemimpin berkarisma yang sebenar.

“Jika Anwar berkarisma sepertimana yang didendangkan oleh juak-juaknya, Ketua Umum PKR itu akan mengambil tindakan yang sama sepertimana oleh pemimpin kanan parti pembangkang Turki itu. Ini tida menyalahkan orang lain dan konspirasi..Tidak habis-habis dengan konspirasi,” katanya.
- MediaUMNO

SATU MELAYU:
Kalau ‘si Jembalang’ itu mahu lakukan sepertimana Pengarah Urusan IMF dan pemimpin- pemimpin pembang-
kang Turki, maka bukanlah Anwar bin Ibrahim namanya.

Mereka yang di Turki dan yang mengetuai IMF itu semuanya manusia waras dan ada maruah diri. Mereka bukannya orang gila atau manusia sakit jiwa yang tergila-gila sangat nak jadi Perdana Menteri walaupun tabiat buruknya tidak mampu dikikis.

Setan yang bertenggek ditengkoknya terlalu banyak. Macam-macam jenis syaitan yang mendampingi Anwar. Justeru, perasaan malu tidak ada lagi dalam jiwa manusia bernama Anwar Ibrahim itu.

Ahad, 22 Mei 2011

Anwar tiga beranak perlukan bantuan psikologi - Nalla

ANWAR Ibrahim serta isteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anak mereka, Nurul Izzah disaran mendapatkan bantuan pakar psikologi dengan segera bagi mengubati 'penyakit' mereka.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Datuk S. Nallakarupan berkata, ini kerana tiga beranak itu dilanda 'sindrom konspirasi' yang kronik, terutama selepas pendedahan rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan Anwar.

Dalam nada sinis beliau berkata, penyakit aneh itu bagaimanapun hanya melanda Anwar sekeluarga dan ia semakin menjadi-jadi apabila keluarga itu berada dalam keadaan tertekan.

"Mereka perlu mendapat rawatan dengan segera kerana sering menganggap apa sahaja musibah yang berlaku ke atas Anwar adalah akibat konspirasi," katanya dalam satu kenyataan kepada Mingguan Malaysia, Sabtu.

Mengulas lanjut Nallakarupan berkata, sindrom tersebut jarang melanda orang lain kerana mereka tidak mempunyai dwi personaliti selain tidak bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri seperti Anwar.

Menurutnya, jika tidak dirawat dengan segera, mereka akan sentiasa menyalahkan pihak lain walaupun terbukti masalah itu berlaku akibat kerakusan nafsu sendiri.

"Penghidap sindrom ini mampu mengeluarkan air mata demi menyakinkan orang ramai bahawa mereka mangsa konspirasi dan ia bertambah buruk apabila mereka tertekan," jelasnya.
- Utusan

SATU MELAYU:
Aduhaiii! Bilalah aku dapat jadi PM...
Apabila bekas sahabat karib Anwar Ibrahim mengatakan mereka tiga beranak sepatutnya mendapatkan bantuan pakar psikologi bagi merawat penyakit yang menyerang keluarga Ketua Pembangkang itu, kalau kita orang kebanyakan kira dimasukkan ke Tanjung Rambutan atau Tampoi lerr tu.... Kah.. kahh... kahhh....

Itu Nalakaruppan yang kata. Bekas sahabat karib yang terlalu banyak tahu rahsia-rahsia peribadi keluarga Anwar.

Yang pasti, apa yang dikatakan si Nalla itu sudah pasti dianggap oleh tiga beranak itu sebagai kata-kata yang diilhamkan oleh Umno atau Perdana Menteri, DS Najib.

Kalau itulah kata mereka, sahlah tiga beranak itu dah gila meroyan....

Si anak gilakan menjadi anak kepada seorang Perdana Menteri, manakala si isteri juga gila bersuamikan seorang Perdana Menteri selain Anwar sendiri yang siang malam, pagi petang, ketika tidur dan ketika terjaga asyik memikirkan bila dia akan jadi Perdana Menteri Malaysia.

Inilah penyakit yang menyerang mereka dan wajarlah mereka dirawat oleh pakar sakit jiwa....

Nak jadi PM... nak jadi PM.... Nak duduk di Putrajaya.... nak duduk di Putrajaya.... Haa.. haaa... haaaa.... Hii... hiiii...
Aku tak gila... aku tak gila.... Mereka yang gila.... aku tak gilaaaaaaaaaaaa...

Jumaat, 20 Mei 2011

Layan Anwar seperti rakyat biasa?

Dominique Strauss-Kahn telah meletakkan jawatannya sebagai Pengarah Urusan IMF kerana tuduhan melakukan serangan seksual....
SEMUA pihak perlu menjadikan kes jenayah seksual yang dihadapi oleh Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn sebagai contoh kerana tiada layanan istimewa diberikan kepadanya.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bertindak cepat dengan menangkap, menggari dan meletakkannya di dalam lokap ekoran dakwaan melakukan serangan seksual terhadap seorang pengemas bilik hotel.

"Tiada saksi lain dan tiada rakaman CCTV atau kamera tersembunyi tetapi pihak polis bertindak cepat. Bukan itu sahaja, dia juga tidak dibenarkan diikat jamin dan akan didakwa esok (Jumaat) walaupun cuba menafikan tuduhan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia, di Kuala Lumpur, Khamis.

Menurutnya, Strauss-Kahn bukan calang-calang individu malah beliau merupakan antara orang paling berpengaruh di dunia dan bakal dicalonkan sebagai Presiden Perancis.

"Dalam soal tuduhan jenayah itu, tiada keistimewaan diberikan terhadap beliau. Keadaan itu sama juga dengan Presiden Itali yang didakwa kerana mengadakan hubungan seks dengan pelacur Maghribi.

 "Tetapi dalam kes liwat dan video seks yang didakwa membabitkan Anwar Ibrahim, orang yang kena tuduh menggunakan rakyat, pentas ceramah politik dan demonstrasi jalanan untuk mempertahankan diri dan proses mahkamah dipermainkan sehingga berlaku penundaan hampir dua tahun.

"Diharap dalam proses bela diri tiada keistimewaan akan diberi sehingga tertangguh pula sampai dua tahun lagi.

"Pihak berkuasa sama ada polis dan Peguam Negara perlu tegas walaupun Anwar orang ternama tetapi apa beza beliau dengan Strauss-Kahn, Silvio Berlusconi ataupun Ariel Peter Pan," katanya.

Kata Mohd. Puad , Anwar perlu dilayan seperti rakyat biasa yang didakwa di mahkamah.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
No comen, sebab yang cakap ini adalah seorang Timbalan Menteri.

Setahu SM, kalau ada mana-mana rakyat negara ini yang gagal bayar cukai pendapatan atau diisytihar muflis oleh mahkamah, orang itu tidak boleh ke luar negara walaupun dia memiliki pasport Malaysia. Pihak Imigeresen akan menahannya untuk ke luar negara semasa melalui pemeriksaan jabatan berkenaan sebelum dia boleh berangkat.

Keadaan Anwar Ibrahim lain. Dia boleh terbang ke mana sahaja sesuka hati malah boleh menghentam pihak kerajaan di luar negara sesuka hati dia. Dia juga boleh mendapatkan khidmat China Doll di mana-mana tempat yang dia suka di luar negara sana. Dia juga bebas mengunjungi kekasihnya- Suka, di Jakarta pada bila-bila masa di teringin.

Sama ada Anwar rakyat biasa atau tidak, terserahlah kepada persepsi rakyat....

Yang SM rasa bimbang ialah apabila segelintir rakyat beranggapan: Kerajaan khasnya DS Najib dan sepupunya – Hishammuddin, takutkan Anwar Ibrahim.

ISU VIDEO SEKS: Anwar gagal beri jawapan meyakinkan....


KETUA Pembangkang, Anwar Ibrahim dilihat gagal memberi jawapan meyakinkan berhubung penyebaran video seks seorang lelaki yang dikatakan mirip beliau, termasuk persoalan tentang kehilangan jam tangan Omega milik beliau.

Ketika dijemput sebagai panel untuk segmen interaktif Yahoo! Malaysia Question Time menerusi platform Cover It Live pagi Khamis, beliau sebaliknya banyak mempersalahkan UMNO, termasuk menuduh parti itu membeli beberapa rakan seperjuangannya untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam satu contoh, beliau seakan-akan cuba lari daripada menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang individu bernama Nik Abdul.

Soal Nik Abdul: ''Bagaimana pandangan anda apabila pakar dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat mengesahkan individu dalam video seks itu menyamai wajah anda? Apakah anda fikir ini adalah satu konspirasi juga?''
Anwar hanya menjawab: ''Ini adalah contoh tipikal tentang bagaimana kamu telah menjadi mangsa penipuan media UMNO. Pakar mana? Mengapa mereka tidak bersikap telus?.''

Menjawab soalan Zuzayati yang bertanyakan apakah benar Anwar merupakan individu dalam video seks tersebut, Anwar sekali lagi mengaitkan UMNO dalam menjawab persoalan tersebut.
Kata Anwar: ''Saya telah bersungguh-sungguh menafikan dan telah membuat laporan polis. Pemimpin-pemimpin UMNO nampaknya membiarkan politik pornografi berlaku. Dan mereka yang sering bercakap soal moral adalah hipokrit.''

Beliau kemudiannya terus bersikap dolak-dalik daripada menjawab isu tentang jam tangan Omega dan video seks berkenaan.

Menjawab soalan daripada seorang individu bernama Dr. MiM yang ingin tahu rasional beliau mengelak daripada menunjukkan jam tangan itu kepada umum, Anwar menjawab : ''Apa isunya? (What is the issue?).
''Pertama, Eskay (Datuk Shazryl Eskay Abdullah) mendakwa jam itu adalah pemberian seorang putera raja Arab Saudi. Kemudian menyatakan ia dibeli di Taiwan pada 2004. Oleh itu, untuk apa saya menerangkan mengenai hal ini?,'' ujarnya.

Anwar kemudiannya mendakwa mengetahui beberapa suspek yang boleh dikaitkan dengan lelaki dalam video seks terbabit ketika menjawab soalan seorang lagi individu yang menggunakan nama samaran Om.
''Saya ada beberapa suspek; perutnya besar dan dadanya layut. Ha ha,'' jelas beliau.

Sementara itu, beliau memberitahu, pihaknya telah merujuk kepada polis dan Mahkamah Syariah dalam proses menyaman Shazryl Eskay.

Selain menuding UMNO terlibat dalam isu video seks dan membeli beberapa bekas pemimpin PKR, Anwar juga mengambil kesempatan di ruang maya itu untuk terus menuduh parti berkenaan sebagai dalang di sebalik cubaan mengharamkan PKR.

Secara melulu, Anwar mudah melontarkan tuduhan itu dengan menjawab: ''Ini kerja pimpinan UMNO yang terdesak dan terus mendera rakyat.''
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Apa lagi yang Anwar boleh kata atau jawab selain daripada menuduh pemimpin Umno sebagai dalang di sebalik semua pendedahan mengenai isu moral beliau yang berjembalang itu.

SM tertarik mengenai jawapan Anwar yang menyebutkan bahawa pihaknya sedang merujuk kepada polis dan Mahkamah Syariah untuk menyaman Datuk Eskay, iaitu bekas sahabat dan orang suruhan beliau dalam menguruskan urusan pemuasan nafsu seksnya setelah ketiadaan Nallakaruppan.

Apa perlunya Anwar merujuk pihak polis dan mahkamah syariah kalau nak saman Eskay? Saman sajalah.... kalau kamu berada di pihan yang benar?

Hakikatnya, pendedahan Trio Datuk T itu menyebabkan ‘sakit jiwa’ Anwar Ibrahim semakin parah setelah isu liwat II tidak ada tanda-tanda beliau dapat mengelak daripada berkelana di Sungai Buloh. Apa yang terhambur dari hati dan mulut busuknya semakin jelas membuktikan yang beliau tidak mampu menafikan dirinya adalah pelaku lelaki dalam video seks berkenaan.

Lagi lama kes ini berkentayangan, lagi meraban teben Anwar dibuatnya. Lagi banyak dia bercakap lagi banyak kelemahan dirinya terdedah. Dia ingat dia pandai.... dia sangka dia dah cukup bijak.... Inilah akibatnya apabila seseorang hamba Allah ‘ditimpa perasan’ dan lupa diri.

Anwar selama ini beranggapan dirinya sudah cukup lengkap, bijak, berwibawa dan dipercayai ramai. Dia sangka segala keupayaannya adalah hak milik dirinya. Dia tidak sedar bahawa pencipta dirinya dan diri terperinya itu adalah Yang Maha Esa. Yang menguasai sepenuh kehidupannya.

Dia tidak tahu bahawa Allah ciptakan Iblis untuk hamba-hambaNya membuat pilihan jalan lurus yang diredhaiNya. Jalan Allah atau jalan Iblis.... Nampaknya Anwar telah memilih jalan yang dipandu dan disemarakkan oleh Iblis.

Selagi Anwar tidak bertaubat nasuha dan kembali ke Jalan Allah, selagi itu dia akan terus jadi bahan kajian para ilmuan mengenai bagaimana penguasaan Iblis ke atas anak Adam sebagaimana yang diizinkan oleh Allah SWT....

Anwar Ibrahim telah sesat sesesat-sesatnya di sisi Allah SWT selagi dia tidak kembali ke jalan yang benar lagi lurus melalui taubat nasuha....
Wallahhualam....
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog