Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 4 Jun 2011

Muktamar Tahunan PAS: Mat Sabu Menang Timbalan Presiden PAS


SELEPAS tewas pada percubaan pertama 2009, Mohamad Sabu akhirnya berjaya mengungguli saingan bagi jawatan Timbalan Presiden PAS.

Kemenangan Mohamad sekaligus menggagalkan usaha penyandang jawatan itu sebelum ini, Nasharudin Mat Isa bagi mempertahankan jawatan yang dimenanginya sejak 2005.

Begitu juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang pertama kali mencuba nasib.
Kemenangan Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dari kumpulan profesional memecahkan dominasi kepimpinan ulama bagi jawatan berkenaan.

Sementara itu bagi jawatan naib presiden, difahamkan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berjaya memenagi jawatan berkenaan menewaskan seorang lagi calon 'heavy weight' iaitu bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Manakala Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayob turut dikatakan berjaya mengekalkan jawatan naib presiden bagi penggal kedua.

Bagaimanapun Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat dijangka akan mengumumkan keputusan rasmi kira-kira pukul 10 pagi Sabtu.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Nampaknya ramalan SM sebelum ini bahawa undi golongan pro-ulama akan pecah dan Mat Sabu akan menang menjadi kenyataan.

1 ulasan:

Cicit Maharajalela berkata...

Salam perjuangan,

Minta tuan link kan blog saya di blog tuan. Blog saya: gerakanantidap.blogspot.com

Blog tuan telah saya link di blog saya.

TQ

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog