GESAAN Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) supaya pemimpin Melayu Islam yang gagal bersatu mempertahankan akidah sebagai dayus dan harus 'diperangi' habis-habisan, sangat baik dan muluk bunyinya.
SM tak mahu kata ianya sekadar retorik, tetapi lebih kurang macam itulah maksudnya. Pelbagai gesaan dan desakan demi membetulkan sikap dan pendirian orang Melayu/Islam negara ini yang telah teruk berpecahbelah semuanya diambil sebagai ‘masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’. Tak ada kesan dan tak ada siapa yang peduli.
Inilah sikap buruk yang telah menimpa nasib kaum Melayu/Islam negara ini yang memfokuskan hidupnya di dunia ini sekadar untuk mengejar kehebatan dunia semata-mata, walaupun terpaksa menggadaikan maruah bangsa, akidah Islam, waima negara sendiri pun sanggup mereka pertaruhkan.
Sebagaimana diberitakan di Utusan Malaysia hari ini – Jumaat, Presiden PPPMM, A. Rahman Mahadi berkata, akidah adalah perkara paling asas dalam kehidupan umat Islam yang tidak boleh dikompromi.
"Nilai akidah umat Islam tidak boleh dihitung dengan jumlah kertas undi apatah lagi dengan secebis kuasa politik. Sebaliknya, ia harus dipertahankan dengan apa cara sekali pun dan tidak ada istilah toleransi atau rundingan.
"Jika inginkan kuasa janganlah seperti orang kebulur sangat. Mencari kuasa atau ingin berkuasa mestilah ada hadnya. Jangan sampai kita sanggup menggadaikan akidah semata-mata mahu mencari keuntungan politik dan peribadi jangka pendek," katanya.
Beliau mengulas tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat masih gagal menyelesaikan isu pemeriksaan gereja oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 Ogos lalu.
Kelmarin, Abdul Khalid menimbulkan polemik apabila mengumumkan penubuhan majlis penasihat syura yang kononnya dicadangkan oleh Sultan Selangor sedangkan ia tidak mendapat perkenan baginda.
Sebaik sahaja ditegur oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah, Abdul Khalid mengubahnya kepada Jawatankuasa Pendengaran sebelum mengubah lagi semalam kepada gerak kerja pendengaran.
A. Rahman berkata, apa yang berlaku di gereja itu seharusnya membuka mata umat Islam terhadap ancaman yang sedang dihadapi dan perlunya mereka bersatu dalam menangani isu berkenaan.
Apa yang disarankan itu memang benar dan sangat baik. Umat Melayu/Islam sepatutnya bertindak seperti apa yang disuarakan itu.
Teeetaaaapiiii! Seramai mana umat Melayu/Islam negara ini yang ambil berat mengenai isu akidah dan murtad ini?
SM tidak hairan dengan tindakan pemimpin Pas yang sanggup ‘melacurkan’ perjuangan partinya kerana mahukan undi kaum imigran dan kafir harbi itu. Mereka sebenarnya sedang berada dalam keadaan sesak nafas dan menenti saat untuk tinggal arwah.
Bagaikan orang yang sedang lemas di dalam air, apa pun yang melintas didepannya akan didakap untuk dijadikan pelampung penyelamat. Begitulah keadaan Pas masa kini. Tambahan pulak yang jadi hero Pas masa kini ialah Mat Sabu....
Persoalannya sekarang ialah bagaimana masih ramai orang Melayu/Islam yang menyokong Pas atas dasar memperjuangan Islam dahulu itu, boleh terima apa yang berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama itu sebagai kerja jahat Umno dan 12 hamba Allah yang terlibat cuba dibela oleh seorang peguam dari kalangan orang kuat Pas?
Apa maknanya, kalau bukan bermaksud meraih sokongan kaum kafir harbi supaya memberi undi kepada Pas nanti? Mereka tak kira apa perasaan orang Melayu/Islam yang telah sekian lama diperbodohkan, asalkan karaum bukan Melayu/Islam melihat Pas sebagai parti yang boleh diharap membela mereka.
Itu sebab, sebelum pilihan raya umum diadakan Pas mesti membuang apa jua slogan perjuangannya yang terakru atas nama Islam.
Begitu jugalah halnya dengan orang Melayu di negara ini yang beriya-iya kononnya mempertahankan hak keistimewaan Raja-Raja Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Yang jelas, apabila si Khalid Gagap menjual nama Sultan Selangor untuk menutup kes murtad di GMDU, tak ada siapa yang peduli dari segi kederhakaannya terhadap Sultan? Macam satu perkara biasa dan tak ada apa-apa yang boleh dilakukan.... Kaum Cina dan India tersenyum sinis melihatkan bangsa Melayu yang acakap tak serupa bikin atas kedaulatan Raja-nya.
Inilah nasib malang yang menimpa kaum Melayu/Islam di Malaysia, khususnya di Semenanjung Tanah Melayu sejak akhir-akhir ini.
Soal hak keistimewaan orang Melayu, kadaulatan raja-raja, martabat agama Islam serta maruah bangsa tidak siapa yang ambil berat. Kalau heboh pun hanya seketika, lepas itu senyap dan berlalu tanpa dihiraukan.... Laporan polis bercambah macam cendawan tumbuh selepas hujan, tapi tak ad satu pun yang menggerunkan kaum imigran yang semakin hari semakin kurang hajar di negara ini.
Benarlah seperti kata Tun Dr. Mahathir Muhamad, “Melayu Mudah Lupa”.
Dan lupanya berterusan hingga membawa ke lubang kubur....
Wallahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan