Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 27 Ogos 2011

Melayu asyik berbalah sama sendiri, DAP untung.... PAS hancur, PKR lebur....

PERPECAHAN orang Melayu semakin hari semakin melebar. Orang Melayu semakin kalut dan bercelaru dengan perbezaan politik kepartian masing.

Kenapa orang Melayu semakin teruk bersengketa sesama sendiri? Jawapannya ialah kerana DAP telah berjaya mempengaruhi Melayu PAS dan PKR jadi sesat-larat dalam perjuangan parti masing-masing, gara-gara terjebak dalam pakatan haram yang tidak jelas hala tuju perjuangannya.

Kerana hasutan halus DAP, parti jenama Islam – Pas, berjaya dihancurkan dari dalam apabila golongan ulama tidak lagi diutamakan. Keadaan menjadi semakin parah apabila DAP berjaya mempengaruhi Presiden Pas supaya membuang slogan perjuangan parti daripada ‘Islam’ kepada ‘kebajikan’.

PAS.... koyak.... rabak....
Akibatnya, Melayu sama Melayu dalam Pas berpecah. Perjuangan demi agama entah ke mana, yang jadi matlamat hanya mengejar impian merampas Putrajaya daripada Umno/BN. Untuk itu, yang penting adalah undi.

Bagi menjamin sokongan melalui undi, Pas kenalah yakinkan kaum Cina bahawa parti itu tidak lagi memperjuangkan negara Islam. Pendek kata, Pas jangan sebut lagi pasal Islam kalau mahukan undi kaum kafir harbi itu. Dalam masa sama, orang Melayu Pas juga kenalah sokong calon dari DAP sebagai balasannya.

Akibatnya, DAP yang selama ini berjuang bersendirian atas dasar chauvanis kaum Cina itu kini telah mendapat rakan dan sokongan daripada kaum Melayu. Maka semakin kuatlah DAP....

Bila DAP merasakan dirinya telah kuat kerana sokongan Melayu puak Pas, maka berlakulah seperti apa yang diberitakan di bawah ini.


PRU-13: DAP Melayu ganti PKR

PULAU PINANG 26 Ogos - DAP berhasrat menggantikan kerusi-kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini yang dianggap goyah dengan meletakkan calon Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu, Zulkifli Mohd. Noor berkata, langkah tersebut perlu bagi memastikan kerusi-kerusi yang dikuasai pembangkang terus kekal.

Menurutnya, perkara itu sudah dibayangkan kepada pemimpin atasan pembangkang dan terpulang kepada mereka untuk memutuskannya.

"Banyak kerusi di negeri ini dilihat lemah dan boleh hilang pada pilihan raya akan datang.

"Kalau mahu terus memperkuatkan pembangkang di negeri ini, kita tidak boleh terus bersikap degil sebaliknya meletakkan calon lebih berkaliber di kerusi-kerusi lemah ini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Pada pilihan raya umum lalu, PKR meraih sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat Parlimen di negeri ini.

Zulkifli berkata, sebagai contoh, kerusi-kerusi DUN Sungai Pinang dan DUN Tanjung Bungah dianggap lemah dan perlu diambil tindakan oleh pucuk pimpinan pembangkang.

Bagaimanapun, jelasnya, calon-calon Melayu DAP hanya diletakkan di kawasan-kawasan yang dihuni pengundi pelbagai kaum.
- UtusanOnline

Berdasarkan berita ini, jelas bahawa DAP kini telah meminggirkan PKR. Kawasan PKR mahu dirampasnya dan calon yang bakal diletakkannya ialah orang Melayu.

Kenapa DAP begitu yakin meminggirkan PKR?

Sebabagimana kita semua ketahui, penyokong dari kalangan kaum Melayu yang ada dalam PKR tak seramai mana. Tindakan ‘cabut lari’ oleh ramai tokoh pemimpin Melayu dari parti itu menyedarkan DAP bahawa PKR tidak lagi releven untuk orang Melayu.

Peranan yag dimainkan oleh Pengerusi DAP – Karpal Singh, dalam membela kes liwat II Anwar Ibrahim di mahkamah membuatkan hati sebahagian besar orang Melayu membenci Ketua Pembangkang itu. Anwar tidak lagi mampu menarik minat dan sokongan padu orang Melayu. Makin lama kesnya berjalan, semakin ramai orang Melayu yang tawar hati.

Secara tidak langsung, kaum Melayu dalam Pas yang selama ini menyokong Anwar juga semakin malap.

Ketika kes liwat II sedang hebat dipersembahkan di mahkamah oleh Anwar dan para peguam kafir harbi yang diketuai Karpal. Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz yang sebelum ini dilihat menyokong Anwar jelas telah menyepikan diri. Tak bersuara dan tak berkata apa mengenai isu yang timbul dari perbicaraan itu.

Pas ditelan singa dong...donggg... cairrr...
Kesimpulannya, puak Melayu yang menentang kerajaan Umno/BN selama ini akan mencari tapak baru untuk meneruskan tentangan. Kepada mereka, Pas tak boleh pakai dan PKR juga tak harus disokong. Kemana mereka akan beralih?

Jawabnya, sudah tentulah puak Melayu bebal itu akan memindahkan sokongan mereka kepada DAP untuk PRU-13 nanti. Hanya itu sahaja parti pembangkang yang stabil dan steady.

Inilah strategi DAP dan ternyata mereka telah pun berjaya.

Anwar Ibrahim hanya dipergunakan sebagai alat atau tangga untuk parti itu meraih sokongan kaum Melayu yang tak sukakan Umno/BN. Setelah berjaya sampai ke destinasi yang dituju, tangga itupun mereka buang dan akan biarkan terlantar di Penjara Sungai Buloh.

Maka, terjadilah apa yang telah terjadi.... DAP telah memasuki fasa baru menjelang PRU akan datang, iaitu memantapkan sokongan kaum Melayu terhadap parti berkenaan.

Melayu sama Melayu asyik berbalah dan bersengketa sesama sendiri, kaum Cina DAP akan dapat kuasa. PAS hancur... PKR lebur....
Wallahhualam....
Tanpa sokongan Melayu, kaum ini tak akan berjaya.... percayalah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog