Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 22 Ogos 2011

Liwat II Sepina Najib, Rosmah dan Musa

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor merupakan antara nama yang disepina untuk hadir memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes liwat yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Anwar, 64, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, pada antara pukul 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008 di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Selain itu, turut dinamakan sebagai individu yang disepina ialah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof; doktor di Hospital Pusrawi, Dr Mohamad Osman Abd Hamid; jururawat hospital sama, Yazihan Jusoh dan bekas pembantu rumah Indonesia yang dikenali sebagai Suliati.

Ketika ditemui, peguam utama Anwar, Karpal Singh berkata, individu yang disepina boleh membuat permohonan untuk mengenepikan sepina terbabit, namun sehingga kini tiada permohonan seperti itu dibuat.
Sementara itu, Anwar yang selesai memberi keterangan dari kandang pesalah berkata, kata putus untuk berbuat demikian dibuat oleh beliau selepas berbincang dengan peguam.

Berdasarkan keterangannya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa, dirinya tidak boleh memberi keterangan secara bersumpah memandangkan telah berlaku ketidakadilan terhadap dirinya termasuk melalui tindakan Hakim Mohamad Zabidin mendengar perbicaraan itu.

Antaranya, kata Anwar, hakim terbabit dalam membuat keputusan membenarkan saksi ditemubual oleh barisan pembelaan telah menyatakan bahawa saksi tersebut boleh memilih untuk tidak mahu ditemubual, seperti yang dilakukan oleh Najib, Rosmah dan Musa.

“Yang Arif telah menyebabkan berlaku satu keadaan di mana saya tidak boleh memberi keterangan secara bersumpah. Saya katakan, jika semua memberi kerjasama, saya bersedia untuk memberi keterangan secara bersumpah,” katanya.

Beliau seterusnya menuduh Hakim Mohamad Zabidin telah menunjukkan sifat berat sebelah kerana enggan menarik diri daripada mendengar kes tersebut meskipun terdapat pelbagai kejadian yang menunjukkan sifat tidak adil.

“Saya tidak berkata begini pada bulan Ramadhan ini untuk mempersenda-sendakan Yang Arif, tetapi saya berada di kandang pesalah ini untuk bercakap apa yang saya percaya adalah perkara yang benar,” tambahnya.

Selain itu, Anwar turut membandingkan Hakim Mohamad Zabidin dengan Hakim Datuk Akhtar Tahir yang mendengar perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Katanya, Hakim Akhtar bertindak tegas dalam memastikan perbicaraan berjalan dengan adil apabila mengeluarkan perintah agar produser TV3 untuk hadir ke mahkamah bagi memberi penjelasan berhubung penyiaran berita yang melibatkan barisan pembelaan dalam kes berkenaan.

Anwar mendakwa, Hakim Mohamad Zabidin telah gagal untuk bertindak terhadap percubaan-percubaan untuk menjatuhkan kredibilitinya dengan membuat komen oleh pemimpin UMNO atau ahli-ahli politik, termasuk Najib dalam media yang didakwa telah secara jelas mempengaruhi hakim dan menunjukkan motif politik yang di sebalik pendakwaan ke atasnya.

Pada pembelaan, Anwar turut membacakan ayat Al-Quran daripada Surah An-Nissa dan Surah Al-Maidah selain mengambil petikan ucapan oleh bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela dan sasterawan Inggeris, Willian Shakespeare.

Seterusnya, Anwar juga membangkitkan bahawa Hakim Mohamad Zabidin tidak prihatin terhadap skandal terbuka antara seorang Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latiff yang menjalin hubungan dengan Mohd Saiful Bukhari yang merupakan pengadu dalam kes tersebut.

“Hubungan yang tidak menyenangkan ini seharusnya menyedarkan Yang Arif bahawa saya telah dinafikan hak untuk mendapat perbicaraan yang adil kerana alasan mudah iaitu Farah Azlina membuat laluan terhadap kertas siasatan menyebabkan Mohd Saiful Bukhari mempunyai pengetahuan berhubung kenyataan oleh saksi saya, termasuk saksi alibi.

“Yang Arif tidak membuat tindakan terhadap Farah Azlina. Apa yang dilakukan adalah Farah Azlina dikeluarkan daripada barisan pendakwaan.

“Farah Azlina tidak menafikan hubungan tersebut dan Mohd Saiful Bukhari juga tidak dipanggil semula oleh barisan pendakwaan untuk menafikan hubungan yang tidak elok itu,” ujar Anwar lagi.

Seterusnya, Anwar berkata, pihak pembelaannya telah menghujahkan bahawa Mohamad Zabidin telah membuat keputusan dengan lebih awal apabila memutuskan bahawa Mohd Saiful Bukhari adalah saksi yang berkata benar dan boleh dipercayai apabila memanggil beliau untuk membela diri pada 16 Mei lalu.

Ujar Anwar, keputusan itu dibuat tanpa mendengar pembelaan beliau terlebih dahulu dan rayuannya di Mahkamah Rayuan berhubung perkara itu ditolak pada 6 Julai lalu dalam temph masa hanya lima minit selepas bantahan awal yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan diterima tanpa mmeberikan sebarang alasan.
- Laporan: mStarOnline

SATU MELAYU:
Ternyata karangan setebal 32 muka yang dibacakan Anwar Ibrahim di mahkamah itu merapu dan merewang jauh membabas meninggalkan persoalan ‘bagaimana ayaq mani hang boleh dok ada dalam juboq si Saiful?’

Yang itu dia tak jawab.... Dok merapu pasal lain yang tak ada kena menegna dengan tuduhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog