Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 24 Ogos 2011

Pembunuhan Banting: Mahkamah Tolak Permohonan Dua Pekerja Ladang Bagi Kebenaran Merayu


K. Sarawanan dan U. Suresh
KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi untuk menambah tempoh penjara dua pekerja ladang, masing-masing kepada 20 tahun kerana melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang dibunuh, dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Rabu.

Ini berikutan keputusan panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Ramly Ali, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Datuk Mohamed Apandi Ali yang tidak memberikan kebenaran kepada K. Sarawanan dan U. Suresh untuk merayu terhadap pertambahan tempoh hukuman penjara ke atas mereka yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Dalam menolak permohonan kebenaran untuk merayu kedua-dua pekerja itu, Hakim Ramly yang mengetuai panel itu berkata mahkamah berpendapat mereka gagal memenuhi ketetapan Seksyen 50 (2) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang menyatakan rayuan mesti terbatas kepada persoalan undang-undang sahaja.

Dalam prosiding itu, peguam yang mewakili mereka, Datuk Harpal Singh Grewal memberitahu mahkamah bahawa Sarawanan dan Suresh mahu menarik balik pengakuan bersalah mereka. Sebagai alternatif, mereka mahu tempoh hukuman penjara mereka dikurangkan.

Sarawanan, 20, dan Suresh, 27, masing-masing dihukum penjara berjumlah 28 tahun selepas mereka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Telok Datok di Banting terhadap empat pertuduhan melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Sarawanan mengaku membakar mayat kesemua mangsa di Lot No 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting pada 30 Ogos tahun lepas manakala Suresh membuang abu mayat berkenaan ke dalam Sungai Panchau di Jalan Morib pada 31 Ogos tahun lepas.

Majistret Hurmain Hussain memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dan dengan itu Sarawanan dan Suresh masing-masing hanya perlu menjalani hukuman penjara tujuh tahun.

Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Mohtaruddin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) dalam melakasanakan bidang kuasanya mengikut Kanun Acara Jenayah untuk menyemak keputusan mahkamah lebih rendah, telah mengurangkan tempoh hukuman penjara itu kepada lima tahun bagi setiap pertuduhan tetapi memerintahkan hukuman penjara itu berjalan berasingan.

Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof berkata kebenaran merayu tidak wajar diberikan kepada kedua-dua mereka kerana mereka dilarang merayu terhadap pengakuan bersalah mereka sepertimana ketetapan Seksyen 305, Kanun Acara Jenayah.

Beliau berkata mereka hanya boleh merayu terhadap hukuman penjara.

Ishak berkata soalan-soalan yang disediakan oleh peguam bela kedua-dua mereka tidak terjumlah kepada soalan mengenai undang-undang kerana ia tidak melibatkan soalan mengenai tafsiran mengenai mana-mana peruntukan statutori.

Beliau berkata pengakuan bersalah pemohon (Sarawanan dan Suresh) tidak tercemar oleh ketidakpatuhan peraturan dan prosedur dan bahawa Mahkamah Tinggi berpuas hati dengan pengakuan bersalah itu yang dibuat mengikut undang-undang.

Harpal Singh, sebelum itu, memohon mahkamah memberikan kebenaran dengan menyatakan terdapat pelanggaran keadilan yang perlu dibetulkan oleh mahkamah rayuan.

Empat lelaki, peguam N. Pathmanabhan, 41, dan tiga pekerjanya, T. Thilaiyalagan, 19, R. Matan, 20, dan R.Kathayarayan, 30, dituduh membunuh keempat-empat mangsa.
Perbicaraan bersambung esok – Khamis.
- Laporan: Bernama/mStarOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog