Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 25 Ogos 2011

Desak pendakwa raya mohon mahkamah tahan pasport Anwar

PIHAK pendakwa raya didesak mengambil langkah tegas memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport antarabangsa Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga perbicaraan kes liwatnya yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selesai.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, setelah Anwar menggunakan peluang dari kandang saksi untuk membuat pernyataan sebelah pihak selama hampir dua jam, maka sudah tiba masanya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak lagi dibiar bebas melakukan apa-apa.

''Kita tidak mahu Anwar bebas ke mana sahaja membuat kenyataan di media antarabangsa berhubung kes yang dihadapinya ini. Biar dia tumpu perbicaraan kes ini sampai selesai.

''Sebab itu perkara ini (penahanan pasport) perlu untuk tunjuk ketegasan dalam kita mendaulatkan sistem perundangan. Nak bercakap dari kandang itu pilihan dia. Tapi kita ada pilihan dari sudut perundangan.

''Apatah lagi pada akhir perbicaraan sebegini adalah mustahak. Apa juga berlaku selepas ini, kita tak mahu integriti badan kehakiman kita dipertikai,'' katanya kepada Utusan Malaysia, Rabu.

Kelmarin, Anwar yang mengambil masa selama satu jam 45 minit menegaskan bahawa Hakim Datuk Zabidin Mohd. Diah menindas hak beliau untuk mendapat perbicaraan adil sungguhpun hakim berkenaan telah berpuluh kali membenarkan penangguhan demi menghormati hak Ahli Permatang Pauh itu sebagai tertuduh.

Anwar yang memilih untuk memberi pernyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh dilihat cuba 'menyelamatkan' dirinya daripada disoal balas oleh pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin.

Sementara itu, Razali berkata, pilihan Anwar untuk memberi pernyataan daripada kandang tertuduh tanpa bersumpah dan tanpa memberi ruang kepada pendakwa menyoal balas jelas tidak bertujuan untuk mencari kebenaran.

Justeru, beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengajak rakyat menilai bagaimana Anwar mahu menjadikan mahkamah pentas untuk dia bebas berkata apa saja.

''Sebab itu saya mohon pendakwa bertegas memohon pasport Anwar ditahan. Saya ingin satu sistem yang dapat memberikan hak sama ada kepada Anwar dan dan juga mangsa, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

''Kedua-dua pihak tidak boleh dinafikan hak mereka. Anwar, kita tak tahu lagi apa yang akan dilakukan beliau selepas ini, tapi kita boleh fikir apa boleh dibuat (untuk keadilan mangsa).

''Lagi pun permohonan menahan pasport tertuduh itu bukan sesuatu yang luar biasa. Ramai dah tertuduh yang ditahan pasport mereka,'' jelasnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Setelah sekian lama Anwar Ibrahim dibebaskan keluar masuk negara sesuka hati dab buat apa yang dia fikir nak buat, adalah tidak wajar pasportnya ditahan masa kini. Nampak macam ada tekanan daripada hakim terhadapnya.

Besar kemungkinan hakim akan mengarahkan pasport Anwar di tahan setelah kes selesai dan mahkamah telah menjatuhkan hukumannya nanti.

SM agak saja.... Bukan memandai-mandai.... Jauh sekali membantah saranan YB Razali atau mengajar hakim....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog