PAKAR patalogi forensik yang memberikan keterangan bagi pihak pembelaan dalam perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim, bersetuju dengan hasil penemuan perubatan bahawa sampel spermatozoa masih boleh diperoleh, malahan selepas ianya dibasuh atau mandi.
Prof Madya Dr David Lawrence Noel Wells, saksi ketiga pihak pembelaan, memberitahu Mahkamah Tinggi, bagaimanapun sampel dalam keadaan baik yang diambil daripada dubur atau kawasan rektum sepatutnya diambil dalam masa 24 hingga 36 jam.
Semasa pemeriksaan balas oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang merujuk kepada artikel diterbitkan dalam jurnal perubatan, ‘Forensic Science International’ bahawa calitan rektum boleh mengesahkan kehadiran spermatozoa sehingga 65 jam selepas persetubuhan, pakar itu berkata itu merupakan satu-satunya hasil penemuan yang dilaporkan di United Kingdom pada 1982.

Prof Madya Dr David Lawrence Noel Wells |
Dr Wells berkata peluang mendapatkan sampel dalam keadaan baik selepas 36 jam amat sukar dan beliau tidak pernah mendengar kes seumpama itu selain daripada kes di United Kingdom itu.
"(Berdasarkan) Pengalaman kerja saya khususnya dalam mengendalikan kes serangan seksual di Australia dan kes ini (pengadu dalam kes Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan), saya berasa ragu-ragu untuk bersetuju dengan penemuan ahli kimia ke atas sampel yang diambil daripada dubur mangsa," katanya.
(Dalam kes Mohd Saiful, sampel diambil di Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun, 2008 dan ahli kimia Dr Seah Lay Hong, menerimanya kira-kira 56 jam kemudian).
Terdahulu, Dr Seah dalam keterangannya mengesahkan spermatoza daripada sampel air mani yang diambil daripada dubur Mohd Saiful berada dalam keadaan baik dan menunjukkan kehadiran spermatozoa Lelaki Y.
Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, melakukan seks di luar tabii ke atas Mohd Saiful, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.
Kepada soalan lain Mohamed Yusof iaitu kenapa beliau tidak bersetuju dengan laporan kes pada 1982 itu, Dr Wells berkata ini mungkin disebabkan oleh ketidaktepatan sejarahnya di mana pengadu mungkin telah gagal menyatakan dengan betul masa kejadian itu didakwa berlaku.
"Nyahgredan spermatozoa amat pantas khususnya (melibatkan) sampel yang tidak disimpan mengikut standard metodologi," katanya walaupun Mohamed Yusof menegaskan ia masih mempunyai kemungkinan berdasarkan laporan kes pada 1982.
Mengenai isu lain yang dibangkitkan oleh Mohamed Yusof, pakar forensik itu berkata majoriti mangsa serangan seksual tidak menunjukkan tanda kecederaan pada alat kelamin mereka.
Beliau bersetuju bahawa "kurang separuh" daripada semua aduan serangan seksual mengalami kecederaan pada alat kelamin atau kawasan dubur.

Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden |
"Jadi, bukan sesuatu yang ganjil jika tiada kecederaan dialami Saiful?," soal Mohamed Yusof dan Dr Wells bersetuju.
Pakar itu juga bersetuju dengan jurnal perubatan yang dibacakan oleh Mohamed Yusof bahawa sebahagian besar majoriti kecederaan pada alat kelamin atau dubur disebabkan oleh kemasukan alat tumpul, zakar, jari atau objek tidak bernyawa dan beberapa sebab yang boleh menjadi punca kepada ketiadaan tanda-tanda itu.
Menurut Dr Wells, faktor lain termasuk sama ada pelincir digunakan, sama ada perbuatan itu dengan persetujuan, tahap paksaan dan sama ada kelewatan dalam membuat laporan juga akan membolehkan kecederaan hilang.
Diperiksa semula oleh seorang daripada peguam yang mewakili Anwar, S.N.Nair, Dr Wells bersetuju dengan pendapat peguam bela itu bahawa terdapat peningkatan kebarangkalian akan berlaku kecederaan jika tahap paksaan di pihak penyerang adalah tinggi.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersambung esok.
- Laporan: BernamaOnline

Tiada ulasan:
Catat Ulasan