Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 26 Ogos 2011

'SPR timbang guna dakwat kekal'. Gunakan kedua-dua kaedah lagi bagus....

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertimbangkan semula penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) selain daripada sistem biometrik bagi memastikan tidak berlaku masalah pengundian bertindih.

Sehubungan itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof (gambar) berkata, SPR kini mempunyai beberapa pilihan untuk dilaksanakan sama ada sistem biometrik atau dakwat kekal atau kedua-duanya sekali.
Bagaimanapun, beliau berkata, hanya satu sistem sahaja akan dipilih dan ia bergantung kepada hasil kajian menyeluruh yang kini sedang dijalankan oleh SPR.

“Tidak dinafikan sistem biometrik yang kita cadangkan sebelum ini baik, tetapi ia tetap mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu antaranya mesin pengimbas tidak boleh membaca ibu jari dan masalah cip kad pengenalan rosak.

“Oleh itu, kita perlu berhati-hati. Kita tidak mahu timbul masalah pada hari pengundian. Jika sistem biometrik berjalan dengan baik, tidak ada masalah, tetapi bagaimana pula sebaliknya?” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penerangan tuntutan lapan perkara oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kepada media di Wisma Bernama di sini hari, ini.

Cadangan penggunaan dakwat kekal adalah salah satu daripada lapan cadangan yang terkandung di dalam tuntutan Bersih dan kini telah diambil perhatian oleh SPR untuk dipertimbangkan.
- UtusanOnline

UNTUK puaskan hati semua pihak eloklah gunakan kedua-dua kaedah, iaitu ‘Biometrik dan Dakwat Kekal’. Yang mahukan penggunaan dakwat kekal tak boleh lagi jadikan isu dan yang anggap biometrik sebagai cara tercanggih membasmi pengundi bertindih pun puas hati.

Sama seperti menentukan tarikh awal Ramadhan dan Shawal – Puasa dan Hari Raya. Rukyah, iaitu melihat anak bulan dilakukan dan kaedah hisab pun digunapakai serentak. Kalau tak berjaya melalui rukyah, maka kedah hisab dipakai.

Siapapun tak boleh membantah lagi, sepatutnya...

Lepas itu sama-sama kita tunggu apa pulak kata puak pembangkang yang merasakan mereka akan kalah teruk pada PRU akan datang ni. Apa lagi songeh dan kelentong mereka untuk menyalahkan SPR dan kerajaan BN atas kekalahan mereka itu nanti.

Tak mustahil mereka akan bawa pula pakar daripada luar negara seperti dari Amerika atau Australia atau Eropah pulak untuk buktikan sistem pilihan raya negara kita ini tak betul, tak canggih dan tak mengikut piawaian antarabangsa.

SM yakin, kalau kedua-dua kaedah itu digunakan mereka tetap tak akan berpuas hati. Pasti akan ada pulak alasan terbaru untuk menidakkan usaha SPR itu. Yang penting kepada pembangkang, terutamanya PAS dan PKR ialah menyalahkan SPR dan kerajaan. Mereka menyediakan alasan untuk mengajak rakyat membenci dan memarahi kerajaan.

Sebab utamanya ialah kerana mereka yakin pada PRU-13 nanti mereka akan kalah teruk dan besar kemungkinan Kelantan, Kedah dan Selangor akan jatuh ke tangan BN.

Perancangan mereka, terutamanya Anwar Ibrahim ialah untuk mengajak rakyat mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran selepas PRU-13 nanti dengan alasan pilihan raya yang tidak bersih dan terdapat ‘penipuan’ oleh pihak berkuasa kerajaan.

Harapan Anwar, kalau-kalau rakyat mahu ikut serta, adalah peluang untuk dia menggunakan kuasa asing melingkupkan kerajaan Umno/BN sepertimana yang sedang berlaku di Libya sekarang.
Wallahhualam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog