Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 23 September 2011

Kes Liwat II: Hoogland, Kong Boon dipanggil sebagai saksi. McDonald mengaku ‘tersilap baca’....

BARISAN pembelaan Anwar Ibrahim akan memanggil pakar bedah tulang belakang yang membuat pembedahan terhadapnya pada 2004 sebagai saksi dalam perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang itu.

Salah seorang peguam bela tertuduh, Sankara Nair menyatakan, Dr. Thomas Hoogland yang akan hadir pada 6 Oktober ini bakal memberi keterangan berhubung tahap kesihatan dan perubatan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Peguam tersebut berkata demikian selepas selesai prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Kes itu dijadualkan untuk sambung bicara peringkat bela diri dari 3 hingga 7 Oktober ini.

Menurut laporan akhbar sebelum ini, Hoogland ialah doktor pakar yang mengetuai pasukan pakar pembedahan bagi membetulkan tulang belakang Anwar di Klinik Alpha di Munich, Jerman.

Anwar menjalani pembedahan tersebut pada 7 September 2004 selepas dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh dekat sini setelah Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman penjara berhubung kes liwat pertamanya.

Selain pakar bedah itu, Nair memaklumkan pihaknya akan turut memanggil Ketua Seksyen DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Lim Kong Boon.

Kong Boon ialah saksi pendakwa ke-21 yang menjalankan ujian asid deoksiribonuleik (DNA) ke atas 13 tompokan darah dan air mani di atas tilam yang diambil dari tempat kejadian, Tivolli Villa dalam perbicaraan kes liwat pertama Anwar yang turut membabitkan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja.

Sementara itu, pada pemeriksaan semula oleh pihak pembelaan ke atas Dr. Brian McDonald , saksi tersebut menyatakan, beliau 'tersalah baca' keterangan yang diberikan oleh Ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong sebelum ini.

Kesilapan tersebut, jelasnya, menyebabkan beliau menyangka bahawa saksi pakar kimia tempatan itu membuat ujian Acid Phosphatase (AP) ke atas semua calitan-calitan putik kapas yang diambil daripada tubuh Mohd. Saiful Bukhari Azlan terutamanya daripada dubur mangsa.

McDonald, 60, turut menyatakan, kenyataan yang diberikan tidak mempunyai hubung kait dengan kejujurannya sebaliknya ia adalah disebabkan 'tersilap baca'.

Menjawab pertanyaan peguam, Ramkarpal Singh berhubung daya tahan sperma di dalam rektum, saksi pembelaan keempat itu berkata, bahan rujukan yang dikemukakan oleh Peguam Negara Cara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden semasa pemeriksaan balas semalam merupakan satu contoh yang disifatkan amat jarang berlaku.

Ujarnya, peratusan untuk menemui DNA di dalam sampel yang berusia antara 65 hingga 113 jam adalah 0.01 peratus.

Beliau menyatakan, kes ini (kes liwat terbaru Anwar) yang mana sampel diambil dari rektum mangsa dan hanya dianalisis selepas 56 jam merupakan rekod paling lama sesuatu bahan bukti menunjukkan hasil DNA yang positif.

Dalam kes tersebut, calitan putik kapas mengandungi sampel sperma itu diperoleh doktor-doktor yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008 dan Lay Hong menerima sampel tersebut kira-kira 56 jam kemudian.

Dalam keterangannya pada peringkat pendakwaan, Lay Hong mengesahkan bahawa spermatozoa dalam sampel yang diperoleh dari dubur Mohd. Saiful Bukhari berada dalam keadaan elok.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Eloklah Anwar dan peguam-peguamnya cuba pulak pakar dari Jerman tu. Mana tau, kalau-kalau boleh membantu, walaupun ianya tak ada kena mengena dengan kes meliwat si Saiful. Kes sakit tulang belakang yang satu ketika dulu pernah dipertikaikan.

Saksi import dari negara kangaroo tu nampaknya tak berapa menjadi. Buat peghabeh bogheh jorrrr...

Kalau si Jerman tu pulak tersilap langkah dan tersalah baca, dapatlah kita ketahui apa kisah sebenar mengenai sakit tulang belakang si Nuar dahulu.

Tunggggguuuu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog