Demonstrasi yang diadakan di luar perkarangan kedutaan Malaysia pada pagi Khamis. |
Biasanya mereka itu bertindak demikian kerana ‘ada ongkosnya pak!’.
Justeru, wajarlah Perdana Menteri DS Najib menggesa supaya ‘pelesit’ yang jadi perasuk kepada bantahan itu dicari hingga ke lubang cacing oleh pihak Malaysia-Indonesia.
Besar kemungkinan ‘bapak pelesit’ berkenaan berada di Malaysia. Kerana dia ada banyak wang yang tersimpan di Jakarta, maka senanglah ‘pelesit’ itu menghasut dengan membayar imbuhan kepada mereka yang mahu melakukan tunjuk perasaan membantah kerajaan Malaysia atas isu yang tidak wujud.
Tujuannya supaya berlaku ketegangan antara dua negara berjiran Indonesia-Malaysia...
Selain itu jangan lupa juga ‘bapak pelesit’ dari seberang tambak. Sejak dulu, kini dan selamanya mereka sangat takut wujud kesefahaman erat antara dua kerajaan yang ada pertalian budaya, agama dan keturunan – Indonesia-Malaysia.
Jika hubungan di pihak pemerintah kedua-dua negara berada dalam keadaan baik, mereka bertindak menghasut rakyat supaya bertelagah.
Nasib baiklah rakyat di Malaysia ini waras dan hidupnya tidak begitu terdesak untuk mendapatkan wang untuk sesuap nasi hingga sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat duit upah...
Inikah wajah 'pelesit' yang dimaksudkan DS Najib? |
Penduduk 'tanah ceroboh' hidup aman
PENDUDUK Camar Bulan yang ditemui di kedai kopi di Teluk Melano tidak tahu demonstrasi isu tanah di Jakarta dan mengakui hidup aman damai.
TANJUNG DATU: Ketika demonstrasi diadakan dua hari berturut-turut di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, kononnya atas alasan Malaysia menceroboh tanah republik itu di sempadan kedua-dua negara, penduduk yang tinggal di kawasan terbabit bukan saja tidak tahu mengenainya, malah mereka hidup aman damai.
Rata-rata penduduk yang ditemui di sempadan Malaysia-Indonesia, dekat Kalimantan di sini, semalam, tidak tahu menahu mengenai dakwaan Anggota Dewan Perwakilan republik itu yang mendakwa Malaysia menceroboh tanah negara itu di Camar Bulan dan Tanjung Datu.

Malah, tinjauan Berita Harian ke Teluk Melano dan Teluk Sabang di sini, yang bersempadan dengan Camar Bulan mendapati penduduk di keduadua negara hidup aman damai, dengan warga Indonesia kerap berulang alik mendapatkan bekalan barangan keperluan terutama beras, minyak dan gula dari Teluk Melano dan Teluk Sabang, di bahagian Malaysia.
Penduduk Camar Bulan, Wahyu Wabisono, 31, yang ditemui ketika singgah di kedai kopi di Teluk Melano, mengakui terkejut apabila menyaksikan demonstrasi di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melalui televisyen, kononnya berpunca daripada isu tanah di sempadan dekat Camar Bulan.
“Saya ada dengar cerita mengenai isu tanah di Camar Bulan, namun tidak pasti kesahihannya. Malah, tidak pernah berlaku ketegangan antara warga Malaysia dan Indonesia di sini, kami hidup aman damai serta saling membantu.
“Kita sama Melayu, hidup serumpun. Kami penduduk di sini berharap masalah ini dapat diselesaikan secara baik kerana warga Malaysia di sini, melayan kami dengan baik,” katanya.
Seorang lagi warga Indonesia, Sunarti, 31, berkata beliau sudah lebih 20 tahun tinggal di kawasan sempadan, namun tidak pernah berlaku kekecohan antara penduduk, malah ramai yang sudah menjadi keluarga hasil perkahwinan.

Sementara itu, Ketua Kaum Teluk Sabang, Minhad Fauzan, 43, berkata masalah tiada tanda sempadan kecuali cat merah pada pokok dan batu sempadan yang jarak terlalu jauh sehingga ada penduduk di Camar Bulan berkebun tanpa had kawasan, mungkin menjadi punca berlaku kekeliruan kawasan sempadan.
Katanya, ramai warga Indonesia di sempadan dekat Camar Bulan mengusahakan tanaman lada hitam dengan kawasan itu betul-betul terletak di belakang kawasan Hutan Perlindungan Hidupan Liar Samunsang, di sebelah Malaysia.
Penghulu Teluk Melano, Mohamad Dani, 56, pula berkata beliau baru mengetahui mengenai isu berkenaan, semalam, namun bukan dari penduduk Camar Bulan, sebaliknya daripada laporan media.
- BHOnline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan