Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 15 Oktober 2011

Akta Murtad: Setelah 260,000 umat Islam ‘dikristiankan’, kenapa pemimpin PAS mendiam diri....

KETIKA Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyokong negeri Kelantan melaksanakan hukum Hudud, pemimpin Pas buakn main seronok hingga mahu melantik beliau menjadi salah seorang penasihat kepada ‘projek Hudud’ Nik Aziz itu.

Bagaimanapun kelmarin, apabila Mufti Perak itu mencadangkan supaya kerajaan menggubal ‘Akta Hudud’ bagi maksud membendung dan mencegah gerakan memurtadkan umat Islam, pemimpin-pemimpin Pas seperti Nik Aziz, Hadi Awang dan si mulut celupar Mat Sabu diam membisu. Tuan Ibrahim Tuan Man pun tak bersuara.

Kenapa tak berani bersuara? Takut dipulas telinga oleh Karpal dan Lim Kit Siang kerr?

Mana lebih penting antara hukum Hudud dan murtad? Apa maknanya hudud diadakan sedangkan umat Islam di negara ini semakin lama semakin sedikit gara-gara beralih agama daripada Islam kepada Kristian? Sedangkan Hudud Pas hanya untuk umat Islam.

Tidak mustahilkah suatu hari nanti, apabila Hudud Nik Aziz dilaksanakan mereka yang terdakwa di bawa hukum itu akan menukar agamanya kepada kristian, hindu atau Buddha bagi tujuan menyelamatkan diri daripada dikenakan hudud?

Sebagaimana dijelaskan Tan Sri Harussani, seramai 260,000 umat Islam di negara ini telah dikristiankan pada tahun 2008. Justeru, adalah sangat wajar satu akta mencegah kegiatan memurtadkan umat Islam diwujudkan demi melindungi agama Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

Apakah pemimpin Pas pun secara senyap menyokong gerakan memurtadkan umat Islam oleh puak-puak yang disokong DAP kerana DAP adalag rakan utama dalam usaha menghapuskan Umno dari muka bumi ini?


Akta Murtad: Pas tidak boleh berdiam diri

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Pemimpin utama Pas digesa supaya tidak berdiam diri berhubung cadangan mewujudkan Akta Murtad bagi membendung gerakan memurtadkan umat Islam yang semakin berleluasa di negara ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, sokongan dan kerjasama daripada parti itu penting demi melindungi akidah umat Islam seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan negara.

Sehubungan itu, beliau mahu pemimpin Pas seperti Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Mohamad Sabu menyatakan pendirian mereka berhubung isu itu tanpa mengambil kira perbezaan ideologi dan pegangan politik.

"Sebagai parti yang berlandaskan prinsip perjuangan Islam, Pas harus ke depan dalam hal ini untuk bersama-sama menangani masalah itu secara berhemah.

"Sokongan yang diberi harus dibuat tanpa memihak kepada kepentingan politik parti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria mencadangkan Akta Murtad bagi menghukum mereka yang terbukti bersalah memurtadkan orang Islam di negara ini.

Harussani mendedahkan seramai 260,000 umat Islam di negara ini telah dikristiankan pada 2008 dengan jumlah yang dikhuatiri meningkat saban hari.

Mukhriz berkata, Pas tidak boleh berdiam diri dan menafikan hakikat bahawa ada usaha oleh pihak-pihak tertentu untuk memurtadkan umat Islam di negara ini.

"Malah tindakan Pas yang tidak menyatakan pendirian berhubung isu itu sebenarnya cukup untuk menjadi penghalang usaha mewujudkan akta itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau memuji kenyataan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang menyokong Akta Murtad bagi memastikan akidah umat Islam tidak sewenang-wenangnya dipermainkan oleh pihak tertentu.

Mukhriz turut mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak memandang serong dan mempersoalkan usaha itu kerana ia membabitkan soal pemeliharaan akidah umat Islam dan tidak menyentuh hak-hak penganut agama lain di negara ini.

"Perlembagaan telah menetapkan orang bukan Islam tidak boleh mendakwah ajaran agama mereka kepada umat Islam.

"Sebarang usaha memesongkan akidah dan kepercayaan umat Islam adalah haram," katanya.
- UtusanOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog