Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 1 November 2011

KDN tubuh unit khas tangani isu warga asing....

Warga asing terdapat di mana-mana di negara bertuah ini.... Pada hari dan ketika tertentu, bilangan mereka yang ramai berkumpul di sesuatu tempat menghilangkan identiti negara....
MASALAH pendatang asing dan pekerja asing memang menjadi salah satu masalah negara sejak lebih sedekat lalu. Bermacam masalah timbul gara-gara kebanjiran pendatang yang seolah-olah bagaikan tidak terkawal itu. Gejala sosial dan jenayah sering menghantui permasalahan dalaman negara.

Justeru, SM ucapkan tahniah dan syabas kepada pihak berkuasa kerajaan, khasnya Kementerian Dalam Negeri yang mengambil inisiatif menubuhkan ‘empat sub unit khas’ yang bertanggungjawab menangani isu ‘pekerja asing di Sabah dan Sarawak, pelarian, pelajar asing dan tuduhan politik yang tidak berasas.’

Bagaimanapun, sesuatu perancangan atau apa yang dirancanakan itu tidak menjadi kenyataan seperti yang diharapkan kerana kelemahan, kecuaian dan ketidakcekapan di pihak pelaksana.

Apapun, diharapkan semuanya berjalan lancar dan mencapai matlamat seperti yang diharapkan bukan sahaja oleh pemimpin tetapi yang lebih utama ialah harapan rakyat yang terlibat secara terus dengan permasalahan yang timbul daripada kebanjiran pendatang asing berkenaan....

Sesungguhnya kisah ‘orang jual orang’ menjadi penyebab kepada permasalah yang timbul gara-gara ketamakan pihak tertentu yang hanya memikirkan keuntungan, kemewahan dan cara mudah buat duit.... Daripada mereka itulah punca segala tuduhan politik tak berasas tercetus. Sebabnya kerana sumber kemewahan mereka jadi kaya raya mula tergugat.

Unit khas tangani isu spesifik warga asing
HISHAMMUDDIN Tun Hussein bercakap sesuatu kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim (kiri) selepas mempengerusikan mesyuarat bersama pengarah-pengarah Imigresen negeri di Putrajaya, semalam.


Kementerian Dalam Negeri hari ini menubuhkan empat sub unit khas yang diberi tanggungjawab menangani isu berkenaan pekerja asing di Sabah dan Sarawak, pelarian, pelajar asing dan tuduhan politik yang tidak berasas.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sub unit tersebut ditubuhkan untuk menangani isu warga negara asing secara spesifik dan akan melapor kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin.

Menurutnya, sub unit itu diwujudkan kerana situasi pekerja asing di Sabah dan Sarawak berbeza dengan Semenanjung manakala keadaan kumpulan pelarian dan pelajar asing juga berlainan dengan pekerja asing.

Mengenai sub unit keempat berhubung tuduhan politik pula, Hishammuddin berkata, ia bertanggungjawab untuk menangani pelbagai tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap usaha kerajaan untuk memantapkan pengurusan warga asing.

"Segala maklum balas dan jawapan terhadap tuduhan tidak berasas akan dibawa ke Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen yang turut dianggotai wakil pembangkang, ini kerana kita tidak ada apa-apa yang perlu disembunyi.

"Macam-macam tuduhan telah ditimbulkan seperti kononnya ada individu yang dapat kewarganegaraan dalam tempoh beberapa jam atau warga asing didaftar sebagai pengundi, lepas ini kita akan bawa tuduhan seperti ini ke Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat dengan pengarah-pengarah Imigresen negeri di sini hari ini.

Menurut Hishammuddin, empat sub unit tersebut akan bekerjasama dengan kementerian, agensi serta pertubuhan antarabangsa yang berkait dengan bidang masing-masing.

Mengenai isu pelajar asing pula, beliau berkata, kerajaan meluluskan 76,472 pas pelajar dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan 18,626 daripadanya dikeluarkan untuk lima negara utama dari Afrika iaitu Nigeria, Sudan, Somalia, Botswana dan Libya.

"Imigresen telah mengenal pasti beberapa isu berbangkit berkaitan proses pengambilan, pengurusan dan pemantauan pelajar asing dan ia akan dibawa ke mesyuarat yang melibatkan beberapa kementerian pada minggu ini.

"Kita juga akan menilai keistimewaan yang diberi kepada pelajar asing, antaranya ialah kebenaran untuk bekerja secara separuh masa," katanya.
- Utusan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog