SEMUA manusia beragama di dunia ini mengakui dan akur bahawa ‘bencana alam’ yang menimpa sesebuah negara atau sesuatu bangsa itu adalah atas kehendak dan ketentuan Tuhan.
Bagaimanapun, apabila akibat bencana itu terlalu teruk serta menimbulkan masalah penderitaan dan kerugian besar serta berpanjangan, maka tak dapat tidak pihak berkuasa atau pemerintah akan menerima tempias untuk dipersalahkan. Begitulah tabiat manusia.... Biasalahhh....
Begitulah nasib yang diterima pemimpin baru negara jiran – Thailand, yang tak semena-mena menerima bencana banjir besar yang teruk dan berpanjangan setelah menempa kejayaan besar menjadi kuasa baru pemerintah.
Perpecahan politik yang masih belum pulih sepenuhnya di negara itu tidak dapat lari daripada menjadikan bencana banjir itu sebagai isu politik.
Itulah yang terjadi apabila kestabilan politik terganggu dan rakyat berpecah-belah kerananya.
Bencana itu menjadikan Perdana menteri baru Thailand dilabel sebagai ‘Yingluck no luck’.
Banjir di Thailand jadi isu politik
BANGKOK 30 Okt. - Banjir yang melanda ibu negara Thailand kini bertukar menjadi isu politik, menggambarkan perpecahan yang masih wujud di negara ini, selepas setahun tercetus kekacauan politik yang mengakibatkan jumlah korban yang tinggi.
Pemerhati berkata, usaha persediaan menghadapi banjir dibayangi mesej yang bercanggah daripada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dan pihak berkuasa tempatan, ketika kedua-dua pihak ingin mendapat sokongan politik rakyat.
Gambaran perpecahan ketika menghadapi bencana alam itu memadamkan harapan ia akan menyatupadukan parti-parti politik selepas mengalami ketidakstabilan politik sejak tentera merampas kuasa daripada Thaksin Shinawatra abang Yingluck pada 2006.
''Ini bukan lagi isu bencana alam. Ia menjadi satu permainan politik yang ganas. Ini merupakan satu persaingan walaupun ketika kemuncak krisis.
''Ia mendedahkan keadaan sebenar di Thailand, menggambarkan perpecahan dalam masyarakat di mana ideologi politik membayangi tanggungjawab awam dan keselamatan negara,'' kata seorang penganalisis politik dari Institut Pengajian Asia Tenggara di Singapura, Pavin Chachavalpongpun.
- AFP/Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan