Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label Nik Aziz. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nik Aziz. Papar semua catatan

Khamis, 3 November 2011

Seksualiti Merdeka: Nik Aziz tidak sokong Ambiga, minta kerajaan ambil tindakan tegas.... Benarkah berita ini?

MURSYIDUL Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sama sekali tidak menyokong malah mengecam langkah pembabitan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga dalam penganjuran ‘Seksualiti Merdeka 2011’ yang bermula semalam sehingga 13 Nov ini.

Menteri Besar Kelantan itu meminta pihak kerajaan dan berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penganjur program itu yang jelas boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.

"Ini tidak betul. Kita sokong Ambiga dalam soal lain tetapi dalam program ini (Seksualiti Merdeka) saya tidak sokong (Ambiga) kerana dalam soal agama, kita tidak boleh sokong perkara itu.

"Kerajaan... kalau boleh halanglah, dan ambillah tindakan tegas," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pasukan The Red Warriors di Lota Baharu, Khamis.

Penganjuran program itu dipromosikan melalui laman sesawang www.seksualitimerdeka.org yang kononnya bertujuan mempertahankan hak golongan homoseksual agar boleh diterima dalam kalangan masyarakat negara ini.

Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu adalah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia dengan beberapa aktiviti seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Nik Aziz berkata soal kebebasan sebenarnya mempunyai had tertentu dan negara ini tidak boleh sama sekali membenar dan mengiktiraf budaya songsang diamalkan.

"Kebebasan secara mutlak sememangnya tidak ada dan saya khuatir tidak lama lagi akan ada yang menyebut tentang soal kebebasan merompak dan menyamun atas nama kebebasan," katanya.

Katanya sesungguhnya Islam tidak menyekat hak asasi manusia tetapi ia hendaklah selari dengan hak asasi yang diciptakan Allah SWT kerana sebarang aktiviti yang bertentangan dengannya akan mengakibatkan keruntuhan terhadap tamadun manusia.

"Saya yakin kerajaan dengan segala kekuatan dan kuasa yang ada mampu bertindak terhadap penganjuran program sebegini tanpa menunggu desakan daripada mana-mana pihak," katanya.
- BernamaOnline

SATU MELAYU:
Walaupun Nik Aziz ‘tolak bola’ masalah yang dilaknat Allah itu kepada kerajaan pusat, tetapi penolakan itu sudah cukup untuk menggambarkan bahawa Nik Aziz tidak menyokong Ambiga dalam isu ini.
Maknanya, para pengikuit setia Pok Nik pun akan ikut sama menentang projek meruntuhkan moral dan akidah umat Islam oleh golongan yang anti-Islam itu.

Bagaimanapun, keraguan tetap timbul berdasarkan pengalaman lampau.
Benarkah apa yang diberitakan ini? Benarkah Nik Aziz berani menentang apa yang direncanakan oleh mereka yang sealiran dengan hobi Anwar Ibrahim?

Kalau Anwar melenting dengan kenyataan Nik Aziz itu amacam?
Sama-samalah kita semua tunggukan apa pulak perkembangan selanjutnya mengenai berita kenyataan Pok Nik itu.

Ahad, 18 September 2011

HUDUD: Nik Aziz kitar semula dalih lama yang dah basi....

SIKAP mencari salah orang lain tanpa mahu bermuhasabah dalam mencari salah silap sendiri masih menjadi amalan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang telah lebih 20 tahun mentadbir Kelantan. Segala permasalahan rakyat dan kepincangan sosial yang berlaku di negeri pimpinannya dipersalahkan kerana tidak ada ‘hukum hudud’.

Modal lama cuba dikitar semula oleh Pok Nik. Tak habis-habis mencari alasan untuk salahkan orang lain, salahkan kerajaan pusat. Salahkan kerajaan Umno/BN. Walhal undang-undang sedia ada sudah cukup untuk mencegah segala permasalahan yang timbul.

SM bukan bermaksud Hudud tidak perlu tetapi tindakan memperalatkan hudud sebagai alasan berlakunya segala kemungkaran adalah tidak tepat.

Sebagaimana kita semua tahu, apa yang diluahkan oleh Pok Nik itu semata-mata sebagai menjawab permasalahan penyakit sosial rakyat negeri Kelantan yang diberitakan menjadi bilangan tertetinggi pengidap HIV, AIDS.

Masalah jangkitan HID AIDS bukannya bergantung sangat kepada hukuman. Ianya berlaku kerana penyakit sosial yang berpunca daripada cara hidup rakyat gara-gara mengikut hawa nafsu seks seongsang tanpa berpegang kepada ajaran Islam sebenar.

Persoalan yang ditimbulkan ialah ke mana perginya usaha tarbiah Nik Aziz selama ini? Apakah ajaran agama yang diceramahkan selama ini tak masuk pot atau masuk telinga kiri, keluar telinga kanan kepada rakyat anak negeri?

Atau kesemunya itu membuktikan bahawa ajaran Pok Nik dari segi akidah dan kehidupan cara Islam tidak mampu mendidik rakyat Kelantan jadi mukmin?

Sola hudud jangan cakap. Dulu dah cuba buat tapi terkantoi kerana tidak benar-benar mengikut apa yang disyariatkan Islam. Hudud Pas dulu tak lengkap dan tidak memenuhi piawaian hukum Islam sebagaimana yang sepatutnya.

Adakah ianya sengaja dibuat supaya dibantah oleh kerajaan pusat, hanya Allah swt dan Nik Aziz sendiri sahaja yang tahu.

Pada tahun 2001 SM penah menulis sebuah buku kecil bertajuk ‘Hudud: Siapa Khianati Hukum Allah’. Tulisan teman itu berdasarkan ucapan, ceramah dan tamubual dengan Ustaz Kamal Saidin dari Kedah yang mengupas dan mengulas mengenai Warta Kerajaan Kelantan bertarikh 28 Oktober 1993 dalam bab hukum hudud.

Hudud Pas itu tidak benar-benar ikhlas demi menegakkan Islam, tetapi sekadar mainan politik Pas ketika itu yang jelas memperalatkan agama Islam. Tidak lengkap. Kesalahan hudud seperti yang terdapat dalam al-Quraan ada yang ditinggalkan.

Sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran, hukum hudud hendaklah dikenakan ke atas lapan kesalah utama, iaitu Membunuh manusia tanpa hak, Mencuri, Berzina, Minum arak, Menuduh orang yang sudah kahwin berzina, Murtad dan Menderhaka kepada pemerintah.

Bagaimanapun, dalam Undang-undang Hudud Pas Kelantan yang diwartakan pada tahun 1993 itu ianya membuang atau meninggalkan bab kesalahan ‘menderhaka kepada pemerintah’.

Bagaimana hukum Islam sebenar yang berlandaskan hukum Allah akan berjaya digunapakai kalau ada antara hukum-hukum yang ditetapkan Allah swt ditinggalkan kerana kepentingan politik?

Sesungguhnya Pas telah menjadikan umat Melayu/Islam negara ini jauh terpesong dari ajaran Islam sebenar. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, ‘di mana ada Pas, di situ akan berlaku perpecahan ummah’. Adakah Islam mengizinkan perpecahan dan permusuhan sesama islam?

Perjuangan Pas yang menyamakan diri mereka dengan Islam telah banyak membawa kesan buruk dan padah kepada umat Melayu/Islam di negara bertuah ini.

Segalanya terjadi kerana muslihat politik Pas. Bagi Pas keuntungan politik mengatasi segala-galanya di dunia ini, waiman hukum Allah swt atau hudud itu sendiri sanggup dipermainkan atau dijadikan alat politik.

Kalau ajaran Islam dan nama Islam itu telah sekian lama dijadikan alat politik oleh kepimpinan Pas, khususnya Nik Aziz, apakah memperalatkan hukum hudud itu juga boleh terkecuali daripada niat serakah pemimpin parti politik berkenaan?

Tak usahlah perbodohkan lagi orang Melayu/Islam di negara ini dengan alasan ketiadaan hudud.

Hakikatnya, kepimpinan kerajaan Pas Kelantan selama 20 tahun lebih itu telah gagal mensejahterakan rakyat negeri dalam semua bidang, termasuk soal moral, ekonomi dan cara hidup sejahtera seperti yang digariskan ajaran Islam sebenar.

Pok Nik jangan nak memandai-mandai menimbulkan kemarahan chauvanis DAP dan juga bapak plurelisme Anwar Ibrahim pulak.

Bukankah Pas telah membubarkan perjuangan negara Islam? Kenapa kini Pok Nik berani menimbulkan modal politik lama yang telah basi itu? Dah tak ada alasan lain atau sekadar menjawab pertanyaan wartawan untuk lepas diri kerana jangan tak jawab?

Nanti buat malu Pok Nik sahaja apabila terpaksa membetulkan kenyataan mengenai hudud itu setelah ditengking oleh Karpal dan disergah oleh Anwar Ibrahim.

Jumaat, 1 Julai 2011

Nik Aziz lari untuk ‘Bersihkan Diri’ daripada terlibat dengan ‘Bersih’ dan bertuankan Ambiga....

Sebahagian daripada ahli pertubuhan bukan kerajaan dan Pemuda UMNO berhimpun secara aman membawa kain rentang membantah perhimpunan Bersih di Kota Bharu, semalam. - Utusan/Rosni Masri
MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan tidak merestui perhimpunan haram Bersih kerana telah 'melarikan diri' keluar negara ketika pemimpin pembangkang sedang bersiap sedia untuk menempuh 9 Julai ini.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian berkata, sekiranya Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas menyokong perhimpunan tersebut, ia bermakna beliau menafikan haknya serta Pas untuk memerintah negeri ini.

Beliau berkata, perhimpunan tersebut merupakan satu program yang amat besar kepada pembangkang dan cuba menarik penglibatan ratusan ribu rakyat di negara ini.

"Saya nampak Nik Abdul Aziz cuba untuk melarikan diri daripada terlibat dengan Bersih, dia tidak setuju dengan Bersih, kalau dia setuju dia menafikan hak untuk memerintah Kelantan kerana Pas dipilih melalui pilihan raya.

"Kelantan diperintah oleh Pas selama 20 tahun, kalau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus, kita tidak akan biar Pas memerintah selama 20 tahun kerana kita mampu boleh beri lebih baik kepada rakyat Kelantan. Tetapi disebabkan SPR telus kita menerima keputusan pilihan raya ini," katanya kepada Utusan Malaysia di Kota Baharu pada Khamis.

Nik Abdul Aziz bersama isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak telah berlepas ke Uzbekistan sebelum mengerjakan umrah di Mekah kemudiannya, Selasa lalu. Turut serta Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Difahamkan Nik Abdul Aziz akan berada di luar negara selama dua minggu dan tugasnya dilakukan timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob.

Terdahulu, kira-kira 100 pemuda yang berpakaian serba merah mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan ibu pejabat Pas Kelantan di Kota Baharu kira-kira pukul 3 petang bagi mendesak Pas tidak terlibat dengan perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai ini.

Mereka berkumpul selama 30 minit dengan membawa bendera 'patriot' dan sepanduk yang di antaranya tertulis: 'Tok Guru gi buat umrah sebab tak sir terlibat dengan Bersih, takkan puak-puak Pas tak sedar lagi', 'Pas jadi kuda tunggangan DAP dan Anwar Ibrahim' dan 'Perhimpunan Bersih yang kotor'.

Sementara itu, Anuar berkata, perhimpunan secara aman 'patriot' dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diadakan bagi mendesak Pas supaya tidak melibatkan diri dengan Bersih kerana ia jelas mengganggu ketenteraman awam.

"Pas harus sedar siapa Ambiga Sreenevasan, seorang pejuang untuk kesamarataan agama malah dalam kes Lina Joy, beliau yang mempertahankan kebebasan agama. Apakah perjuangan Ambiga selaras dengan perjuangan Pas," katanya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Penyertaan Pas dalam Bersih adalah sebahagian ‘Kebajikan’ yang mahu dibuktikan oleh pemimpin Pas yang baru sahaja mencampak-
kan perjuangan Islam daripada parti itu.

Nik Aziz mungkin tak setuju dengan slogan baru Pas – Negara Kebajikan, kerana dia adalah pejuang Islam yang menyimpan ‘kunci pintu syurga’.

Kalau Pas tidak lagi mahu hidup atas jenama Islam, apa guna segala janji syurga dan neraka yang dijanjikan oleh Tok Guru itu kepada ahli-ahlinya selama ini?

Selain itu, besar kemungkinan Nik Aziz juga tidak rela 'bertuankan' aktivis anti-Islam - Ambiga.

“Dalam semak ada duri. Ayam kuning buat sarang. Orang tamak selalu rugi. Bagai anjing dengan bayang-bayang.”

Ahad, 15 Mei 2011

Bila Isu Video Tak Mampu Ditepis, Nik Aziz Bersembunyi Di Syurga Impiannya....

SETIAP kali Nik Aziz tak mampu berkata apa-apa lagi mengenai sesuatu isu yang memburukkan partinya, dirinya atau sekutu yang dipujanya, Mursyidul Am Pas itu akan berlari masuk ke syurga impiannya dengan ugutan akan menutup pintu untuk orang lain, terutamanya orang dianggap sebagai musuh.

Begitulah yang terjadi kepada Nik Aziz ketika berdepan dengan kemuncak perbicaraan kes liwat II dan kes Video Seks terlampau yang menimpa pemimpin pujaannya – Anwar bin Ibrahim.

Bila Nik Aziz merasakan Anwar akan kantoi dalam kedua-dua kes yang dihadapinya dan keluhan penyokong Pas nampak jelas tidak lagi menyetujui Pas dan pemimpin mereka menyokong Ketua Pembangkang bernama Anwar itu, Nik Aziz pun menutup hujah dan sokongannya dengan ugutan biasanya, iaitu tidak akan masuk syurga sesiapa yang mendedahkan aib Anwar.

Maknanya, Nik Aziz mengakui segala tuduhan di mahkamah dalam kes liwat II dan pendedahan video seks oleh Trio Datuk T itu adalah benar dan menjadi satu keaiban kepada Anwar.

Cuma Nik Aziz tak mampu mebela lagi dan sebagai penutup, isu pintu syurga impiannya ditutup rapat. Yang yakin dengan kata-kata Nik Aziz akan akur sementara yang meragui petuanya terus mempertikaikan kewajaran petua Pok Nik itu.

Mengulas mengenai petua terbaru ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyifatkan kenyataan Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat sebagai satu lagi fatwa baru yang dibuat berdasarkan kepentingan politik semata-mata.

“Dia sudah biasa begitu dengan menjawab lebih kepada politik dan bukan ikut hukum yang ada sedangkan ramai pihak yang nak tahu apa yang berlaku berkaitan dengan video seks terbabit.”

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Program bersama warga pendidik dan himpunan badan-badan bukan kerajaan di Bahagian Teknologi Pendidikan Pahang, Kuantan, hari Sabtu.

Sebelum ini Nik Aziz telah melabelkan sesiapa yang mengaitkan Anwar Ibrahim dengan video seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu sebagai tidak akan masuk syurga.

“Sebab itulah pihak berkuasa melakukan siasatan untuk mendapatkan fakta yang sebenarnya sedangkan penting. Ini soal hukum dan semua orang Islam tahu tentang hukum tetapi apa yang penting ialah untuk selesai dengan hak. Nyatakan yang benar walaupun ia pahit. Jadi penting bagi kita untuk jelaskan hal ini.

“Kerajaan tidak eksploitasi untuk kepentingan politik sebaliknya polis hanya membuat siasatan kerana ia didakwa membabitkan ‘seseorang yang ternama,’ tegasnya.

“Apabila keluar video sebegitu, dan ia dikaitkan dengan yang ternama iaitu ketua pembangkang, sudah tentu ramai yang mahu tahu, jadi disebabkan jadi perhatian awam, umum, pihak kerajaan bila dibawa aduan (itu), maka perlu buat siasatan dan perlu bukti fakta yang sebenarnya,” katanya.

Begitulah sikap dan mainan politik Nik Aziz yang sering mengimamkan solat-solat hajat puak pembangkang meminta Allah SWT tunjukkan kebenaran.

Setelah Nik Aziz dan puak pembangkang termasuk Anwar sendiri menyedari hasilnya tidak sebagaimana yang diharapkan, malah kebenaran yang ditunjukkan lebih memburukkan lagi keadaan Anwar, maka Nik Aziz terkunci mulutnya dan melarikan diri ke dalam syurga impiannya.

Nik Aziz.... Nik Aziz....
Sebagaimana diberitakan, video seks yang tersebar di blog tertentu itu telah diCDkan oleh pihak tak bertanggungjawab dan mula dijual di pasar malam sekitar Ahah Alam. Maknanya, dah ada yang dapat buat duit dengan pendedahan video ini di blog....
 
- SM

Khamis, 14 April 2011

“Namakan dahulu pengganti MB Kelantan sebelum sibukkan urusan rumah tangga BN” - Alwi

PAS Kelantan diminta menamakan dahulu pengganti Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum menyibuk hal 'rumah tangga' Barisan Nasional (BN).

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, parti itu perlu berbuat demikian sebelum mendesak BN menamakan pengganti Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Katanya, desakan Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang mahukan BN menamakan pengganti Abdul Taib umpama 'pukul anak sindir menantu' kerana bekas Naib Presiden Pas itu menyedari Nik Abdul Aziz sudah tidak mampu lagi untuk mentadbir negeri ini.

"Sebelum dia (Husam) nak tengok dapur orang, tengok dapur dia dahulu. Nik Abdul Aziz yang jauh lebih tua dan terpaksa berpindah pejabat dari tingkat tiga ke tingkat bawah kerana tidak upaya, terpaksa menggunakan tongkat dan selalu sakit, tetapi sehingga hari ini tidak menamakan penggantinya.

"Saya yakin dia kata begitu bukan ditujukan kepada BN tetapi dia perli Nik Abdul Aziz. Dia hendak kata kepada Nik Abdul Aziz tidak tergamak. Apabila Husam bercakap begitu, Nik Abdul Aziz akan mencermin muka sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di Kota Baharu pada Rabu.

Md. Alwi yang juga Setiausaha BN Kelantan berkata, sejarah membuktikan setiap peralihan kuasa dalam parti berlaku dengan tersusun dan baik sejak era Perdana Menteri pertama sehingga sekarang.

"Tengok Pas buat peralihan kuasa, Datuk Asri Muda kena 'sepak' sedangkan dia pengasas Pas hanya disebabkan golongan muda termasuk Husam pada masa itu tidak suka kepadanya. Peralihan kuasa dalam Pas dahsyat," katanya.

Tambahnya, BN membuktikan ia sentiasa relevan malah pemimpinnya silih berganti berbanding pemimpin pembangkang yang tidak pernah bertukar ganti sejak dahulu seperti Nik Abdul Aziz, Lim Kit Siang dan Karpal Singh.
- Utusan

SATU MELAYU:
SM setuju dengan tanggapan Alwi bahawa Husam bertindak bagaikan ‘pukul anak sindir menantu’ bila dia mempertikai KM Sarawak yang dianggap terlalu lama berkuasa.

Husam pun manusia macam kita juga. Dia pun makan nasi dan budu juga. Sudah tentu dia pun tidak sabar menanti bila lagi Pok Nik nak turun dan apakah dia berpeluang menggantikannya.

Kesian Husam.... Harapkan Anwar Ibrahim jadi PM semakin pudar. Harapkan Tok Guru menyebut namanya sebagai pengganti MB pun lambat sangat. Susah sangat untuk Pok Nik menamakannya, sedangkan pada tanggapan umum dia adalah anak didik dan orang harapan Nik Aziz.

Apakah kerana Nik Aziz kini dah mula tersedar bahawa sokongannya terhadap Anwar selama ini meruntun turun sokongan orang Melayu terhadap Pas, menyebabkan hilang keyakinannya kepada Husam untuk jadi MB Kelantan?

Atau mungkinkah Nik Aziz mahu meninggalkan dunia ini sebagai MB Kelantan, bukan sebagai bekas MB?

Nampaknya penyakit kecewa Anwar Ibrahim untuk rampas Putrajaya dari DS Najib telah berjangkit kepada Husam yang juga bercita-cita mahu jadi MB Kelantan selepas Nik Aziz.

Ahad, 10 April 2011

Habislah Nuar! Nik Aziz dah sokong 1Malaysia dan sokong DS Najib selaku PM....


CERIA dan MESRA:
GAMBAR-gambar di atas menceritakan segalanya. Kemesraan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Aziz Nik Mat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin ketara.

Setelah sekian lama agak membisu dengan komen-komen negatif mengenai isu yang membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, secara tiba-tiba muncul pula Mursyidul Am Pas itu pada satu majlis bersama DS Najib di Pekan, Pahang.

Nik Aziz turut serta dalam majlis perasmian Kompleks Pemasaran Setempat, Taman Industri Automotif Pekan di Pekan, Pahang, paga Sabtu.
- Sumber: BHOnline/MediaUMNO

SATU MELAYU:
Apakah agaknya perasaan juak-juak Pas dan penyokong tegar Anwar-PKR melihat gambar-gambar ini? Berdebarkah hati dan bertambah lajukah denyutan jantung mereka?
Yang pasti Anwar Ibrahim akan tepuk dahi menyesali tindakan Mursyidul Am Pas itu.
Apapun, samalah kita tunggukan kalau-kalau ada komen membela diri untuk pakatan haram pembangkang oleh Nik Aziz sebagaimana yang biasa beliau lakukan.
Mana tahu! Mungkin setelah melihatkan gambar-gambar itu Anwar telefon Nik Aziz dan memarahi orang tua tu dengan pelbagai ugutan.
Entahlah! Yang pasti Nuar bertambah susah hati...

Ahad, 27 Mac 2011

Kerana Cakap Tok Guru Tak Serupa Bikin: Usahawan Tawar RM5 Juta Beli Pasar Lama MPKB Bagi Selesai Masalah Peniaga


Disanjung dan dihormati kerana penampilan diri sebagai seorang Tok Guru yang warak dan berjiwa Islam, tapi masalah peniaga pasar pun tidak mampu diselesaikan, malah janji tidak mampu dikotakan....
SEORANG usahawan menawarkan sebanyak RM5 juta untuk membeli Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) bagi menyelesaikan kemelut kira-kira 300 peniaga yang diarah berpindah ke tempat baru.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata usahawan itu, Sheikh Ahmad Rozi Sheikh Ahmad yang juga Bendahari Umno Kota Baharu, sanggup membelinya daripada sebuah syarikat yang dilaporkan telah membayar RM3.8 juta kepada kerajaan negeri untuk bangunan pasar lama tersebut.

"Sheikh Ahmad Rozi telah menghubungi saya untuk menawarkan membeli bangunan itu semata-mata mahu menyelesaikan masalah peniaga yang telah diarah berpindah segera pada 30 Mac ini oleh syarikat terbabit.

Datuk Mohd Fatmi Che Salleh
"Saya harap syarikat terbabit setuju untuk menjual kepada beliau kerana ini bukan sahaja menyelesaikan masalah peniaga, tetapi syarikat itu juga akan mendapat keuntungan sebanyak RM1.2 juta," katanya pada sidang akhbar, Ahad.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB Ab Salim Ahmad, seorang peguam Norazli Ahmad dan Ketua Pemuda Umno Kota Baharu Rosmadi Ismail.

Mohd Fatmi, yang juga Ketua Umno Kota Baharu, berkata jika syarikat itu menjual bangunan tersebut kepada Sheikh Ahmad Rozi, peniaga akan dibenarkan berniaga seperti biasa sementara menunggu ditempatkan di bangunan lain.

"Dengan ini, mereka tidak lagi perlu berpindah di Bazar Tok Guru, yang mencetuskan kontroversi, dan jika dijual kepada usahawan ini, peniaga akan terus berniaga sementara menunggu bangunan baru yang lain, dan lebih selesa daripada Bazar Tok Guru ini," katanya.

Beliau berkata semua peniaga itu menerima notis untuk mengosongkan premis daripada Blue Lang Management beberapa hari lepas.

"Ini satu penipuan oleh kerajaan negeri kerana Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berjanji peniaga itu dibenarkan berniaga sehingga 30 Mei depan, tetapi tiba-tiba syarikat terbabit telah mengeluarkan notis agar (peniaga) berpindah lebih awal," katanya.

Sementara itu, Ab Salim berkata semua peniaga bertekad untuk tidak keluar daripada premis yang mereka duduki hampir 30 tahun.

"Ini tempat kami mencari rezeki. Kenapa kami dihalau sebegini rupa dan di mana janji Menteri Besar untuk kami terus berniaga kira-kira untuk dua bulan lagi," katanya.
- BernamaOnline

SATU MELAYU:
Berjanji mudah, mengotakannya?
Prinsip kerajaan pusat masa kini ialah ‘Rakyat Didahulukan’ bukannya rakyat diketepikan atau dihalau kerana tidak sehaluan dengan pemimpin.

Kisah masalah peniaga di Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu ini telah lama berlaku. Ingatkan dah selesai. Rupa-rupanya masih belum lagi, malah peniaga di situ bagaikan mahu dihalau begitu sahaja.
Apa sebabnya yerrrr?
Adakah kerana menentang Nik Aziz Nik Mat selakau Menteri Besar Kelantan yang mereka anggap berjanji bohong dan cakap tak serupa bikin?

Tak sangka pulak begitu sikap kepimpinan seorang Tok Guru yang dianggap mampu menjamin rakyat Kelantan masuk syurga hanya kerana menyertai Pas!
Berdasarkan apa yang diberitakan, tidak keterlaluan kalau dikatakan tindakan kerajaan Kelantan terhadap para peniaga itu bagaikan Israel menghalau rakyat Palestin jerrrr!

Nasib.... nasib....! Apa nak buat. Dah nasib orang Kelantan nak jadi gitu kerana bermenteribesarkan Tok Guru Pok Nik yang lebih mementingkan politik merampas Putrajaya untuk Anwar Ibrahim daripada kepentingan anak buahnya sendiri di pasar lama Kota Baharu.

Dah nasib badan....

Semoga tawaran seorang ahli peniagaan itu menjadi kenyataan dan tidak dihalang oleh politiking puak Pas yang tentu rasa tercabar dengan tindakan itu.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog