Modal lama cuba dikitar semula oleh Pok Nik. Tak habis-habis mencari alasan untuk salahkan orang lain, salahkan kerajaan pusat. Salahkan kerajaan Umno/BN. Walhal undang-undang sedia ada sudah cukup untuk mencegah segala permasalahan yang timbul.
SM bukan bermaksud Hudud tidak perlu tetapi tindakan memperalatkan hudud sebagai alasan berlakunya segala kemungkaran adalah tidak tepat.
Sebagaimana kita semua tahu, apa yang diluahkan oleh Pok Nik itu semata-mata sebagai menjawab permasalahan penyakit sosial rakyat negeri Kelantan yang diberitakan menjadi bilangan tertetinggi pengidap HIV, AIDS.
Masalah jangkitan HID AIDS bukannya bergantung sangat kepada hukuman. Ianya berlaku kerana penyakit sosial yang berpunca daripada cara hidup rakyat gara-gara mengikut hawa nafsu seks seongsang tanpa berpegang kepada ajaran Islam sebenar.
Persoalan yang ditimbulkan ialah ke mana perginya usaha tarbiah Nik Aziz selama ini? Apakah ajaran agama yang diceramahkan selama ini tak masuk pot atau masuk telinga kiri, keluar telinga kanan kepada rakyat anak negeri?
Atau kesemunya itu membuktikan bahawa ajaran Pok Nik dari segi akidah dan kehidupan cara Islam tidak mampu mendidik rakyat Kelantan jadi mukmin?
Sola hudud jangan cakap. Dulu dah cuba buat tapi terkantoi kerana tidak benar-benar mengikut apa yang disyariatkan Islam. Hudud Pas dulu tak lengkap dan tidak memenuhi piawaian hukum Islam sebagaimana yang sepatutnya.
Adakah ianya sengaja dibuat supaya dibantah oleh kerajaan pusat, hanya Allah swt dan Nik Aziz sendiri sahaja yang tahu.
Pada tahun 2001 SM penah menulis sebuah buku kecil bertajuk ‘Hudud: Siapa Khianati Hukum Allah’. Tulisan teman itu berdasarkan ucapan, ceramah dan tamubual dengan Ustaz Kamal Saidin dari Kedah yang mengupas dan mengulas mengenai Warta Kerajaan Kelantan bertarikh 28 Oktober 1993 dalam bab hukum hudud.
Hudud Pas itu tidak benar-benar ikhlas demi menegakkan Islam, tetapi sekadar mainan politik Pas ketika itu yang jelas memperalatkan agama Islam. Tidak lengkap. Kesalahan hudud seperti yang terdapat dalam al-Quraan ada yang ditinggalkan.
Sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran, hukum hudud hendaklah dikenakan ke atas lapan kesalah utama, iaitu Membunuh manusia tanpa hak, Mencuri, Berzina, Minum arak, Menuduh orang yang sudah kahwin berzina, Murtad dan Menderhaka kepada pemerintah.
Bagaimanapun, dalam Undang-undang Hudud Pas Kelantan yang diwartakan pada tahun 1993 itu ianya membuang atau meninggalkan bab kesalahan ‘menderhaka kepada pemerintah’.
Bagaimana hukum Islam sebenar yang berlandaskan hukum Allah akan berjaya digunapakai kalau ada antara hukum-hukum yang ditetapkan Allah swt ditinggalkan kerana kepentingan politik?
Sesungguhnya Pas telah menjadikan umat Melayu/Islam negara ini jauh terpesong dari ajaran Islam sebenar. Tidak keterlaluan kalau dikatakan, ‘di mana ada Pas, di situ akan berlaku perpecahan ummah’. Adakah Islam mengizinkan perpecahan dan permusuhan sesama islam?
Perjuangan Pas yang menyamakan diri mereka dengan Islam telah banyak membawa kesan buruk dan padah kepada umat Melayu/Islam di negara bertuah ini.
Segalanya terjadi kerana muslihat politik Pas. Bagi Pas keuntungan politik mengatasi segala-galanya di dunia ini, waiman hukum Allah swt atau hudud itu sendiri sanggup dipermainkan atau dijadikan alat politik.
Kalau ajaran Islam dan nama Islam itu telah sekian lama dijadikan alat politik oleh kepimpinan Pas, khususnya Nik Aziz, apakah memperalatkan hukum hudud itu juga boleh terkecuali daripada niat serakah pemimpin parti politik berkenaan?
Tak usahlah perbodohkan lagi orang Melayu/Islam di negara ini dengan alasan ketiadaan hudud.
Hakikatnya, kepimpinan kerajaan Pas Kelantan selama 20 tahun lebih itu telah gagal mensejahterakan rakyat negeri dalam semua bidang, termasuk soal moral, ekonomi dan cara hidup sejahtera seperti yang digariskan ajaran Islam sebenar.
Pok Nik jangan nak memandai-mandai menimbulkan kemarahan chauvanis DAP dan juga bapak plurelisme Anwar Ibrahim pulak.
Bukankah Pas telah membubarkan perjuangan negara Islam? Kenapa kini Pok Nik berani menimbulkan modal politik lama yang telah basi itu? Dah tak ada alasan lain atau sekadar menjawab pertanyaan wartawan untuk lepas diri kerana jangan tak jawab?
Nanti buat malu Pok Nik sahaja apabila terpaksa membetulkan kenyataan mengenai hudud itu setelah ditengking oleh Karpal dan disergah oleh Anwar Ibrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan