PAS Kelantan diminta menamakan dahulu pengganti Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum menyibuk hal 'rumah tangga' Barisan Nasional (BN).
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, parti itu perlu berbuat demikian sebelum mendesak BN menamakan pengganti Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Katanya, desakan Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang mahukan BN menamakan pengganti Abdul Taib umpama 'pukul anak sindir menantu' kerana bekas Naib Presiden Pas itu menyedari Nik Abdul Aziz sudah tidak mampu lagi untuk mentadbir negeri ini.
"Sebelum dia (Husam) nak tengok dapur orang, tengok dapur dia dahulu. Nik Abdul Aziz yang jauh lebih tua dan terpaksa berpindah pejabat dari tingkat tiga ke tingkat bawah kerana tidak upaya, terpaksa menggunakan tongkat dan selalu sakit, tetapi sehingga hari ini tidak menamakan penggantinya.
"Saya yakin dia kata begitu bukan ditujukan kepada BN tetapi dia perli Nik Abdul Aziz. Dia hendak kata kepada Nik Abdul Aziz tidak tergamak. Apabila Husam bercakap begitu, Nik Abdul Aziz akan mencermin muka sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di Kota Baharu pada Rabu.
Md. Alwi yang juga Setiausaha BN Kelantan berkata, sejarah membuktikan setiap peralihan kuasa dalam parti berlaku dengan tersusun dan baik sejak era Perdana Menteri pertama sehingga sekarang.
"Tengok Pas buat peralihan kuasa, Datuk Asri Muda kena 'sepak' sedangkan dia pengasas Pas hanya disebabkan golongan muda termasuk Husam pada masa itu tidak suka kepadanya. Peralihan kuasa dalam Pas dahsyat," katanya.
Tambahnya, BN membuktikan ia sentiasa relevan malah pemimpinnya silih berganti berbanding pemimpin pembangkang yang tidak pernah bertukar ganti sejak dahulu seperti Nik Abdul Aziz, Lim Kit Siang dan Karpal Singh.
- Utusan
SATU MELAYU:
SM setuju dengan tanggapan Alwi bahawa Husam bertindak bagaikan ‘pukul anak sindir menantu’ bila dia mempertikai KM Sarawak yang dianggap terlalu lama berkuasa.
Husam pun manusia macam kita juga. Dia pun makan nasi dan budu juga. Sudah tentu dia pun tidak sabar menanti bila lagi Pok Nik nak turun dan apakah dia berpeluang menggantikannya.
Kesian Husam.... Harapkan Anwar Ibrahim jadi PM semakin pudar. Harapkan Tok Guru menyebut namanya sebagai pengganti MB pun lambat sangat. Susah sangat untuk Pok Nik menamakannya, sedangkan pada tanggapan umum dia adalah anak didik dan orang harapan Nik Aziz.
Apakah kerana Nik Aziz kini dah mula tersedar bahawa sokongannya terhadap Anwar selama ini meruntun turun sokongan orang Melayu terhadap Pas, menyebabkan hilang keyakinannya kepada Husam untuk jadi MB Kelantan?
Atau mungkinkah Nik Aziz mahu meninggalkan dunia ini sebagai MB Kelantan, bukan sebagai bekas MB?
Nampaknya penyakit kecewa Anwar Ibrahim untuk rampas Putrajaya dari DS Najib telah berjangkit kepada Husam yang juga bercita-cita mahu jadi MB Kelantan selepas Nik Aziz.
1 ulasan:
Isu video lucah itu juga nampaknya lebih diberi perhatian NGO-NGO Melayu dan ahli akademik Melayu pro-Umno seperti Prof Kamarudin Kachar dan Prof Ramlah Adam berbanding isu-isu lain yang menyentuh survival dan kepentingan orang Melayu yang lebih mendesak.
Mereka tidak langsung prihatin dengan pengakuan Perdana Menteri bahawa RM52 bilion pegangan saham Melayu-Bumiputera hilang di Bursa Malaysia dan hanya berbaki RM2 bilion sahaja; tetapi amat prihatin dengan video lucah berimej kabur yang kononnya membabitkan Anwar.
Kaya sangatkah Melayu dan tinggi menjulangkah kedudukan ekonomi mereka hinggakan lesapnya RM52 bilion (RM52 ribu juta) saham Melayu di Bursa Malaysia langsung tidak dipedulikan; sedangkan
hanya RM1 bilion diperuntukkan sebagai modal permulaan oleh kerajaan BN melalui Unit Peneraju Agenda BUmiputera (Teraju) bagi membolehkan syarikat Bumiputera berskala besar disenaraikan dalam pasaran saham!
Sejak bila pula persoalan akhlak pemimpin menjadi perhatian utama Umno dan para penyokongnya sedangkan parti itu sendiri dipenuhi kebejatan akhlak dan moral para pemimpinnya sejak sekian lama?
Sd Johari mempertikaikan sikap PAS yang kononnya masih mahu bersama Anwar sedangkan mengetahui 'cerita sebenar' tentang Ketua Pembangkang itu. Soalnya, apakah pertuduhan yang dikaitkan dengan Anwar itu disertakan dengan bukti 'prima facie' dan 'melangkaui keraguan yang munasabah'?
Adakah Sd Johari dan individu yang bersekongkol dengannya mengetahui tentang beratnya dosa menuduh seseorang itu berzina sedangkan gagal mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil?
Jenayah qazaf yang dilakukan Sd Johari, Umno, NGO-NGO tunggangan Umno, Utusan Malaysia, Kosmo!, TV3 dan lain-lainnya sebenarnya sama berat dengan dosa berzina. Dan adakah mereka yang terbabit dengan 'pesta qazaf' itu bersedia untuk menghadapi hukuman Allah SWT di akhirat kelak?
Jika bukti yang dihadapkan untuk mensabitkan Anwar dengan kegiatan tidak bermoral sudah memadai dan boleh diambil kira, puluhan kes berkaitan moral membabitkan pemimpin Umno juga boleh meyakinkan pemimpin PAS dan dijadikan modal politik. Tapi itu bukanlah budaya PAS yang gagal difahami Umno.
PAS menyedari peri pentingnya seseorang muslim memahami tentang keperluan syariat diturunkan (maqasid syariah) iaitu untuk menjaga agama (akidah), nyawa, maruah, zuriat dan harta manusia. Kepentingan menjaga lima perkara itulah menyebabkan pembuktian terhadap perkara-perkara berhubung jenayah syariah begitu dititikberatkan Islam.
Tuduhan melakukan zina adalah sesuatu yang berat di sisi syariat kerana ia membabitkan soal maruah dan zuriat manusia. Malah menurut pandangan ulama, menyembunyikan perbuatan maksiat dan bertaubat kepada Allah lebih utama daripada mengakuinya di hadapan hakim bagi dikenakan hukuman hudud.
Anwar bukanlah individu yang terkenal dengan perbuatan dan amalan maksiat berbanding sebahagian pemimpin Umno.
Seperti bidasan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali ketika menjawab isu 'kaki botol' membabitkan bekas calon KeADILan PRK Hulu Selangor, Dato' Zaid Ibrahim: "Semua Perdana Menteri minum arak kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi."
Sehubungan itu Mustafa menasihati Umno supaya tidak memainkan isu-isu menyerang peribadi lawan kerana mereka (pemimpin Umno) juga terdedah dengan pelbagai kelemahan masa kini dan masa silam!
Catat Ulasan