Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 27 Mac 2011

Kerana Cakap Tok Guru Tak Serupa Bikin: Usahawan Tawar RM5 Juta Beli Pasar Lama MPKB Bagi Selesai Masalah Peniaga


Disanjung dan dihormati kerana penampilan diri sebagai seorang Tok Guru yang warak dan berjiwa Islam, tapi masalah peniaga pasar pun tidak mampu diselesaikan, malah janji tidak mampu dikotakan....
SEORANG usahawan menawarkan sebanyak RM5 juta untuk membeli Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) bagi menyelesaikan kemelut kira-kira 300 peniaga yang diarah berpindah ke tempat baru.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata usahawan itu, Sheikh Ahmad Rozi Sheikh Ahmad yang juga Bendahari Umno Kota Baharu, sanggup membelinya daripada sebuah syarikat yang dilaporkan telah membayar RM3.8 juta kepada kerajaan negeri untuk bangunan pasar lama tersebut.

"Sheikh Ahmad Rozi telah menghubungi saya untuk menawarkan membeli bangunan itu semata-mata mahu menyelesaikan masalah peniaga yang telah diarah berpindah segera pada 30 Mac ini oleh syarikat terbabit.

Datuk Mohd Fatmi Che Salleh
"Saya harap syarikat terbabit setuju untuk menjual kepada beliau kerana ini bukan sahaja menyelesaikan masalah peniaga, tetapi syarikat itu juga akan mendapat keuntungan sebanyak RM1.2 juta," katanya pada sidang akhbar, Ahad.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB Ab Salim Ahmad, seorang peguam Norazli Ahmad dan Ketua Pemuda Umno Kota Baharu Rosmadi Ismail.

Mohd Fatmi, yang juga Ketua Umno Kota Baharu, berkata jika syarikat itu menjual bangunan tersebut kepada Sheikh Ahmad Rozi, peniaga akan dibenarkan berniaga seperti biasa sementara menunggu ditempatkan di bangunan lain.

"Dengan ini, mereka tidak lagi perlu berpindah di Bazar Tok Guru, yang mencetuskan kontroversi, dan jika dijual kepada usahawan ini, peniaga akan terus berniaga sementara menunggu bangunan baru yang lain, dan lebih selesa daripada Bazar Tok Guru ini," katanya.

Beliau berkata semua peniaga itu menerima notis untuk mengosongkan premis daripada Blue Lang Management beberapa hari lepas.

"Ini satu penipuan oleh kerajaan negeri kerana Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berjanji peniaga itu dibenarkan berniaga sehingga 30 Mei depan, tetapi tiba-tiba syarikat terbabit telah mengeluarkan notis agar (peniaga) berpindah lebih awal," katanya.

Sementara itu, Ab Salim berkata semua peniaga bertekad untuk tidak keluar daripada premis yang mereka duduki hampir 30 tahun.

"Ini tempat kami mencari rezeki. Kenapa kami dihalau sebegini rupa dan di mana janji Menteri Besar untuk kami terus berniaga kira-kira untuk dua bulan lagi," katanya.
- BernamaOnline

SATU MELAYU:
Berjanji mudah, mengotakannya?
Prinsip kerajaan pusat masa kini ialah ‘Rakyat Didahulukan’ bukannya rakyat diketepikan atau dihalau kerana tidak sehaluan dengan pemimpin.

Kisah masalah peniaga di Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Baharu ini telah lama berlaku. Ingatkan dah selesai. Rupa-rupanya masih belum lagi, malah peniaga di situ bagaikan mahu dihalau begitu sahaja.
Apa sebabnya yerrrr?
Adakah kerana menentang Nik Aziz Nik Mat selakau Menteri Besar Kelantan yang mereka anggap berjanji bohong dan cakap tak serupa bikin?

Tak sangka pulak begitu sikap kepimpinan seorang Tok Guru yang dianggap mampu menjamin rakyat Kelantan masuk syurga hanya kerana menyertai Pas!
Berdasarkan apa yang diberitakan, tidak keterlaluan kalau dikatakan tindakan kerajaan Kelantan terhadap para peniaga itu bagaikan Israel menghalau rakyat Palestin jerrrr!

Nasib.... nasib....! Apa nak buat. Dah nasib orang Kelantan nak jadi gitu kerana bermenteribesarkan Tok Guru Pok Nik yang lebih mementingkan politik merampas Putrajaya untuk Anwar Ibrahim daripada kepentingan anak buahnya sendiri di pasar lama Kota Baharu.

Dah nasib badan....

Semoga tawaran seorang ahli peniagaan itu menjadi kenyataan dan tidak dihalang oleh politiking puak Pas yang tentu rasa tercabar dengan tindakan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog