Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label PRU-13. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRU-13. Papar semua catatan

Rabu, 12 Oktober 2011

PRU-13: Ada kemungkinan PR tidak bubar DUN serentak - Dr Mahathir

 
"Namun begitu, sekiranya pilihan raya umum diadakan dekat dengan tamat tempoh penggal lima tahun, nak tak nak, dia (PR) kena buat (membubarkan DUN) juga."

KERAJAAN Pakatan Rakyat (PR) di empat negeri berkemungkinan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan itu berkemungkinan merupakan strategi PR untuk menumpukan kekuatan dan meraih sokongan rakyat di negeri-negeri pemerintahan Barisan Nasional (BN).

PR memerintah pentadbiran kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

"Dengan ini, mereka (PR) dalam tangan ada empat buah negeri. Mereka tumpu di negeri-negeri lain untuk menambah kekuatan mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penganjur Larian Sahara di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, Rabu.

"Bagi pilihan raya di peringkat DUN, ia bergantung kepada kerajaan negeri sama ada bubar atau tidak dewannya. Kalau keempat-empat DUN di bawah pemerintahan PR tidak dibubar, kita akan lihat pilihan raya terhad kepada negeri-negeri yang diperintah BN," katanya.

"Namun begitu, sekiranya pilihan raya umum diadakan dekat dengan tamat tempoh penggal lima tahun, nak tak nak, dia (PR) kena buat (membubarkan DUN) juga," katanya.

Dr Mahathir berkata kerajaan BN tidak perlu tergesa-gesa untuk mengadakan PRU ke-13 kerana tempoh penggal hanya berakhir pada Mac 2013.

Katanya kerajaan BN perlu membuat ujian dan kaji selidiki untuk mengetahui pandangan rakyat terhadap usaha-usaha kerajaan dan rakyat akan menunggu dengan apa yang dijanjikan oleh kerajaan.

"Jangan-jangan yang dijanji tidak ditunaikan. Kalau cakap tidak serupa bikin, susah. Jadi, cakap seperti apa yang akan dibikinkan," katanya.

Mengenai Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen, Jumaat lalu, katanya kerajaan BN harus memastikan semua projek dilaksanakan dengan jayanya kerana rakyat akan menilai hasil dan usaha kerajaan.
- Sumber: BernamaOnline

SATU MELAYU:
Demikian pendapat negarawan yang banyak pengalaman.
Bukan sahaja pengalaman mengenai politik di negara bertuah ini, malah seantero dunia kenal siapa dan apa ketokohan beliau.
Pengalaman Tun berdepan dengan PRU cukup matang.
Kata-katanya adalah nasihat.
Tun Dr. Mahathir bukannya pengkhianat negara, bangsa dan agama.
Beliau tidak ada kepentingan dengan apa yang dikatakannya.
Sesungguhnya ada yang tersirat disebalik yang tersurat....


Ahad, 9 Oktober 2011

Petanda PRU-13 semakin hampir: Dewan Merdeka padat, sesak untuk dengar ucapan PM...

DEWAN Merdeka di PWTC pagi ini sesak dan padat hingga memaksa penganjur menambah kerusi malah selepas ditambah kerusi pun ramai yang hadir terpaksa bersila di atas lantai dan duduk di tangga serta berdiri di dalam dewan tersebut.

Inilah gambaran keadaan di Dewan Merdeka PWTC ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ingin menyampaikan ucapan beliau pada Majlis Penerangan Perdana BN Wilayah Persekutuan  hari ini.

Dianggarkan lebih kurang 8,000 hadirin yang berada di dewan tersebut yang terdiri daripada ahli komponen BN, NGO, pelbagai agensi yang hadir pada majlis tersebut.

Sebelum itu majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi itu dimulakan dengan majlis taklimat daripada pihak Polis Di Raja Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya dan pemimpin BN peringkat Wilayah Persekutuan.

Apa yang menariknya sesi taklimat itu diadakan dalam tiga bahasa di tempat yang berasingan iaitu untuk Bahasa Melayu di Dewan Merdeka, bahasa Cina di Dewan Tun Dr Ismail manakala bahasa Tamil di Dewan Tun Hussein Onn.

Majlis kemuncak iaitu ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di mana sebelum itu  Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyampaikan ucapan aluan diiikuti ucapan dari Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik.

Ucapan hampir satu jam Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyentuh pelbagai perkara antaranya pendekatan yang perlu dilaksanakan BN bagi memenangi pilihanraya khususnya di Wilayah Persekutuan, kriteria calon, resepi kejayaan parti, penjelasan Bajet 2012 dan kelemahan pembangkang yang kini semakin caca merba.

Ternyata gelombang rakyat khususnya kebangkitan semula BN di Wilayah Persekutuan ini jelas kelihatan menerusi sokongan serta semangat yang ditunjukkan oleh hadirin pelbagai bangsa di majlis tersebut.
SATU MELAYU:
Apabila sambutan rakyat terhadap setiap program PM begitu hebat seperti ini, besar kemungkinan PRU-13 akan diadakan awal tahun depan.

Sudah tentu PM yakin BN boleh menang majoriti 2/3. Tapi kalau PM tak yakin BN boleh menang, maka PRU-13 akan diadakan lambat lagi.... sehingga tempoh lima tahun berakhir pada April 2013?

Sabtu, 28 Mei 2011

BN Tidak Risau Hadapi Pilihan Raya Berasingan - Najib

BARISAN Nasional tidak risau untuk menghadapi pilihan raya berasingan jika negeri-negeri di bawah kerajaan pembangkang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya ke-13 diadakan secara serentak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, ini kerana Barisan Nasional (BN) tidak boleh mempengaruhi keputusan negeri-negeri yang ditadbir pakatan pembangkang termasuk tidak membubarkan DUN masing-masing apabila kerajaan memutuskan untuk mengadakan pilihan raya umum.

"Kita tak boleh tentukan apa dia akan buat, kita cuma boleh tentukan apa yang kita boleh buat.

"Jadi saya tak risau apa dia akan buat sebab saya tak boleh kawal apa dia akan buat, saya akan bagi pandangan yang berat pada apa saya boleh buat," kata Najib pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Najib berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, kerajaan negeri boleh menasihati Sultan atau Yang Dipertua Negeri untuk membubarkan DUN atau tidak.

"Raja ada kuasa untuk menolak permohonan tapi tiada kuasa untuk membubar. Itu kedudukan dari segi perlembagaan," katanya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini berkata, negeri-negeri di bawah pentadbiran pakatan pembangkang tidak akan membubarkan DUN sekiranya kerajaan persekutuan membubarkan Parlimen tahun ini.
- Bernama:


SATU MELAYU:
Elok sangatlah kalau negeri-negeri yang dikuasai ‘pakatan haram jadah’ tidak membubarkan DUN apabila PRN-13 diadakan nanti. Biar rakyat negara ini faham bagaimana berpecah-belahnya negara ini gara-gara karenah politik pembangkang, khasnya oleh politik chauvanis Cina DAP.

Apa yang boleh diharapkan oleh rakyat kalau begitu jadinya semata-mata kerana DAP takut jika pilihan raya umum diadakan tahun ini. Mereka kata BN pengecut, tapi mereka sendiri tak mahu bubarkan DUN untuk pilihan raya. Siapa yang pengecut sekarang?

Oleh kerana yang cadangkan supaya negeri-negeri pembangkang tidak turut serta ketika pilihan raya umum nanti adalah DAP, rakyat terutamanya umat Melayu Islam bolehlah menilai sendiri betapa jahat dan khianatnya parti chauvanis Cina itu.

Dan kalau PKR serta PAS menerima cadangan itu bermakna jelaslah bahawa yang benar-benar berkuasa dalam ‘pakatan haram jadah’ itu ialah DAP. Melayu yang pimpin PKR dan PAS sekadar jadi ‘pak turut’ dan ‘tukang angguk’ kepada agenda chauvanis Cina DAP.

Rabu, 11 Mei 2011

Mesyuarat BN Jumaat: Persediaan Hadapi PRU-13 Jadi Tumpuan

PERSEDIAAN pilihan raya umum ke-13 akan menjadi perkara utama yang akan dibincang pada mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) Jumaat ini memandangkan ia akan mengendalikan pilihan raya 'percubaan' (dry run) tidak lama lagi.

Setiausaha Agung BN, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kertas kerja mengenai pilihan raya 'percubaan' itu akan dibentang pada mesyuarat berkenaan memandangkan BN dijadual mengadakannya Julai ini.

"Kemungkinan besar kami akan menyentuh mengenai prestasi dan analisis pilihan raya Sarawak, pendaftaran pengundi dan saya sendiri akan membentangkan kertas kerja 'dry run' itu. Semua ini berkait dengan persediaan pilihan raya umum kerana kita perlu bersedia untuk menghadapinya," katanya kepada Bernama, Rabu.

Tengku Adnan berkata BN perlu membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum dengan mengambil iktibar daripada beberapa pilihan raya kecil sebelum ini dan pilihan raya negeri Sarawak.

Parti komponen BN di Sarawak juga dijangka membentangkan laporan mengenai pilihan raya negeri itu pada mesyuarat berkenaan untuk digunakan sebagai input dalam merangka strategi pilihan raya umum akan datang.

"Kami akan melihat pelbagai aspek dalam usaha memperkuatkan persediaan kami untuk pilihan raya akan datang," katanya.

Pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lepas, BN menang 54 daripada 71 kerusi, sekaligus mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri.

Presiden Parti Liberal Demokratik Sabah, Datuk V K Liew berkata kajian semula pilihan raya Sarawak penting untuk BN kerana mereka perlu melihat kelemahan mereka dalam usaha mempersiapkan diri untuk pilihan raya akan datang.

"Biasanya, apabila kita melalui sesuatu pilihan raya, kita boleh melihat sejauh mana keberkesanan jentera kita. Ia adalah pengajaran untuk membolehkan kita memperbaiki diri bagi menghadapi pertandingan yang lebih besar," katanya.
- Bernama


SATU MELAYU:
Kajian demi kajian memang diperlukan sebelum Pilihan Raya Umum sebenar diadakan.

Kalau kajian itu memungkinkan BN kalah, apa perlunya diadakan PRU segera. Tempoh masa masih panjang. Masih ada rung untuk membuat kajian terperinci. Masih ada masa untuk perbetulkan mana yang tak berapa betul.


Kekuatan Umno di peringkat Bahagian pun tidak kurang masalahnya. Kuda-kuda tua yang tak produktif masih mahu terus berlari, masih melobi untuk berlumba pada PRU akan datang,

Isnin, 9 Mei 2011

PRU Tidak Sepatutnya Diadakan Sehingga 2012 - Tun M

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pilihan raya umum tidak patut diadakan sehinggalah sekurang-kurangnya tahun 2012.

"Kerajaan mempunyai masa. Saya fikir ia boleh berlanjutan sehingga 2012," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai spekulasi pilihan raya umum ke-13 diadakan November tahun ini.

Dr Mahathir berkata, ramai orang masih tidak memahami akan ‘keadaan Malaysia’.

"Kita mesti menjelaskan kepada mereka akan keadaan unik ini supaya mereka boleh memilih calon yang baik. Tetapi kita masih mendapati puak pelampau yang masih tidak memahami demokrasi dan mengajukan permintaan yang bukan-bukan.

"Pada masa ini, mereka yang bersikap perkauman sedang memainkan isu-isu yang menjurus kepada perpecahan rakyat. Anda perlu mengurangkan peranan mereka yang bersifat perkauman dan ekstremis ini," katanya.

Dr Mahathir berkata terdapat sesetangah orang yang begitu fanatik dan membuta tuli menyokong pemimpin yang kurang baik.

"Orang ramai mestilah berupaya untuk melihat pemimpin yang kurang baik dan pemimpin yang baik. Itu sebabnya kenapa kita perlukan masa," katanya.

Namun begitu, kata beliau, jika keadaan sangat baik dan Barisan Nasional (BN) yakin menang, ketika itulah masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum.

Dr Mahathir berkata beliau berpandangan sedemikian berikutan keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lepas.

Beliau berkata adalah wajar bagi kerajaan untuk tidak menamatkan tempoh mandatnya sehingga ke saat akhir sebagaimana yang dilakukan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Apabila kerajaan mengadakan pilihan raya setelah tempoh mandatnya, elemen kejutan pastinya hilang, kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir kemudian menyampaikan syarahan sempena mesyuarat tahunan kelapan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia di Kota Kinabalu.
- Bernama

SATU MELAYU:
Sebagai bekas Perdana Menteri yang berpengalaman luas dan masih mampu memberikan idea-idea bernas untuk negaranya, malah untuk dunia sekali pun, apa yang dikatan Tun itu seharusnya diambil perhatian oleh kepimpinan negara masa kini.

Tun M nasihatkan supaya diikut cara Almarhum Tunku Abdul Rahman yang hanya mengadakan PRU ketika temponya hampir tamat.

Cuma Tun tak sebut jangan ikut cara Pak Lah yang agak tergesa-gesa mengadakan pilihan raya umum pada 2008 tanpa mengkaji dan meneliti kehendak dan cita rasa rakyat ketika itu. Ikutkan nasihat mereka yang baru ‘setahun jagong’ dalam politik tanah air.

Akibatnya, tsunami politik melanda negara. Kesan tsunami politik 2008 masih belum benar-benar pulih. Lopak dan takungan air masih terdapat di mana-mana dan usaha mencuci serta membersihkannya masih memerlukan masa.

Apapun, pandangan Tun itu sekadar pandangan beliau yang sudah tentu ikhlas dan bertanggungjawab. Terpulanglah kepada PM sekarang untuk menilai dan meneliti kewajarannya. DS Najib lebih faham dan lebih mengetahui kedudukannya.

Bagaimanapun, lagi lama PRU-13 jadi tandatanya, lagi bagus. Lama kelamaan puak yang terlalu ghairah mahukan PRU diadakan segera akan bosan dan kecewa kerana ‘peluru habis, pelembang tak alah’.

Jumaat, 6 Mei 2011

DS Najib dengan Angka 11 dan Tarikh Pilihan Raya....

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dengan berkata ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya, 11.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata kesukaannya pada nombor itu menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum kali ini akan diadakan pada 11 Nov tahun ini (11.11.11).

Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas, Kuala Lumpur.

Ketika ditanya lanjut oleh wartawan selepas program satu jam itu, Najib berkata tarikh itu ditimbulkan oleh pihak yang suka membuat teka-teki tarikh pilihan raya – ‘untuk mengisi masa terluang’.

"Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya.

Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat.

"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 haribulan.

"Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja," kata Perdana Menteri.

Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar ertinya, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu...Wallahhualam".

Terdahulu dalam program itu, beliau turut menjelaskan buat pertama kalinya kaitan nombor 11 pada dirinya.

Najib berkata nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.

Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.

Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11.
- Bernama

SATU MELAYU:
Elok sangatlah PRU-13 diadakan pada 11.11.11 ini. Ramai sangat yang menanti dan mengharapkannya. Dah tak sabar. Terutamanya mereka yang mengharap akan jadi calon, akan jadi YB, akan jadi menteri, akan jadi Menteri Besar, akan jadi Exco dan macam-macam lagi akan.... akan.... akan....

Yang hanya dapat cari makan melalui pilihan raya juga sangat menanti-nantikan PRU-13 ni.

Pendek kata, lebih ramai yang mahukan PRU-13 diadakan segera daripada yang tidak mahu atau berkata nanti dulu....

Kepada ramai orang, pilihan raya bagikan satu pesta.

Isnin, 25 April 2011

Setelah pusing sana, putar sini, akhirnya 30 Calon MCLM Akan Bertanding Pada PRU Malaysia

Hiasan
MALAYSIAN Civil Liberties Movement (MCLM)yang dipimpin pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, merancang untuk meletakkan 30 calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia.

Presiden MCLM, Haris Ibrahim berkata calon-calon itu akan bertanding kerusi parlimen sebagai calon Bebas kerana MCLM bukan sebuah parti politik.

Haris Ibrahim
 "Kita telah melantik agensi pengurusan risiko (penyiasat persendirian) untuk meneliti latar belakang termasuk biodata, harta dan status kewangan dan juga memantau bakal calon," katanya dalam dialog MCLM dengan rakyat Malaysia yang menetap di Bangkok, malam Sabtu.

Beliau berkata MCLM yang ditubuhkan pada 2004 belum mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan tetapi mereka telah dibenarkan bergiat secara sah di London, Oktober tahun lepas.

Haris berkata beliau tidak akan bertanding pada pilihan raya umum itu kerana beliau akan berkempen untuk calon-calonnya.

Raja Petra, pengasas dan editor blog Malaysia Today yang juga Pengerusi MCLM berkata: "Kami mahu menukar kerajaan tetapi bukan untuk menjadi kerajaan. Kami mahu menjadi sebahagian daripada pergerakan untuk menukar kerajaan."

Beliau berkata MCLM sedang dalam proses untuk menubuhkan cawangannya di bandar-bandar utama di dunia. Thailand merupakan cawangan ketiga selepas Australia dan New Zealand.

Raja Petra, lari meninggalkan Malaysia pada 2008 selepas didakwa memfitnah tiga orang termasuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui akuan bersumpahnya berhubung pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu.

Semasa dialog itu, beliau mengulangi pendiriannya bahawa beliau telah didakwa secara salah kerana beliau tidak membuat tuduhan terhadap mereka tetapi terhadap sumbernya, seorang pegawai tentera berpangkat kolonel yang memberikannya maklumat.

Raja Petra berkata pergerakan itu mengenengahkan agenda Malaysia dan bukan berdasarkan agenda perkauman.

"Sebagai contoh, MCLM boleh menggerakkan demonstrasi anti-ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) di seluruh bandar utama di dunia serentak dengan Kuala Lumpur pada masa depan," kata Haris.
- Bernama/mStarOnline

SATU MELAYU:
Akhirnyaaaaa! Terserlahlah cita-cita politik kumpulan tertentu yang konon tidak mahu menjadi kerajaan tapi, sekadar mahu mengubah kerajaan-kerajaan tertentu....

Mengubah untuk apa dan untuk siapa? Setelah berjaya mengubah, takkan tak dapat upah?

Dalam konteks dunia masa kini, negara yang paling jelas menjadi ‘kaki kacau’ atau lebih tepat dipanggil ‘jembalang dunia’ ialah USA yang di dalam kepimpinan negara itu dikuasai sepenuhnya oleh Yahudi.

Justeru, daripada MCLM berhasrat mengubah kepimpinan kerajaan negara-negara kecil seperti Malaysia, Thailand dan New Zealand, lebih baik mereka menumpukan perhatian untuk menukar kepimpinan di USA dan juga Israel demi kesejahteraan dan keamanan dunia.

Kalau itu tidak dilakukan, tidak mustahil akhirnya MCLM sendiri akan jadi kuda tonggangan Yahudi dan Zionis Amerika dalam membantu mereka menguasai politik dan ekonomi seluruh dunia.

Oh ya, RPK akan bertanding di mana? Mungkinkah di Parlimen Shah Alam?

Jumaat, 1 April 2011

Keputusan Pilihan Raya Sarawak Penentu Tarikh Pilihan Raya Umum - DS Najib


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan melihat dahulu keputusan pilihan raya negeri Sarawak sebelum membuat keputusan tentang waktu terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum.

"Kami lihat Sarawak (pilihan raya negeri) dulu dan selepas tu barulah kami putuskan bilakah waktu terbaik untuknya (mengadakan pilihan raya umum ke-13). Kami ikut sistem British dan kami boleh putuskan bila hendak mengadakannya, asalkan tidak melebihi tempoh lima tahun," kata beliau.

Dalam wawancara dengan Bloomberg mengenai pencapaian beliau setelah dua tahun menerajui negara yang disiarkan Jumaat, Najib ditanya sama ada beliau akan mengadakan pilihan raya awal sekiranya Barisan Nasional (BN) mencapai keputusan cemerlang pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini.


Apabila diminta memberi bayangan bilakah pilihan raya umum akan diadakan, beliau berkata, "Ramai yang ingin tahu tentang perkara itu, jadi biarlah saya tidak beri jawapannya sekarang."

Najib yang juga pengerusi BN, berkata parti gabungan itu telah mencatat keputusan cemerlang pada beberapa pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum 2008.

"Sebenarnya, kami mencapai kejayaan yang sungguh cemerlang daripada segi pilihan raya kecil. Beberapa pilihan raya kecil yang diadakan baru-baru ini mempamerkan keputusan yang amat positif bagi kerajaan BN," katanya.

BN menang lapan daripada 16 pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum 2008, termasuk lima yang dimenanginya dengan majoriti lebih besar pada 2010.

Ditanya sama ada beliau merasakan perlu mendapatkan mandat baru untuk melaksanakan program transformasinya dengan lebih selesa memandangkan beliau mengambil alih jawatan perdana menteri pada pertengahan penggal, Najib berkata jika diambil kira tentang perubahan yang dilaksanakannya, ia memang mendapat sokongan rakyat.

"Kami sudah buat banyak tinjauan dan setelah melalui beberapa pilihan raya kecil, ternyata rakyat menyukai apa yang dilakukan oleh kerajaan, kalau tidak, tak kan kami mendapat keputusan demikian.

"Mandat yang kami terima pada 2008 adalah untuk lima tahun. Oleh itu, saya tidak berasa perlu mendapatkan mandat untuk diri saya sebagai perdana menteri. Apabila tepat masanya, saya akan serahkan kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baru untuk parti," katanya.


Ditanya sejauh mana BN yakin akan memenangi pilihan raya negeri Sarawak, Najib berkata rakyat di negeri itu mahukan kerajaan yang mampu berkhidmat untuk mereka dan dalam konteks ini, mereka dapati hanya kerajaan BN yang mampu berbuat demikian.

"Setiap rakyat tentu mahukan kerajaan yang mampu berkhidmat untuk mereka. Saya rasa perkara ini paling penting bagi Sarawak kerana negeri itu memerlukan lebih banyak pembangunan prasarana dan kemudahan asas. Saya rasa rakyat Sarawak akan melihat Barisan Nasional sebagai satu-satunya kerajaan yang mampu berkhidmat untuk negeri itu," katanya.

Najib berkata beliau tidak fikir BN menghadapi risiko kehilangan kuasa (di peringkat persekutuan) memandangkan dalam tempoh beberapa tahun lepas, semakin ramai rakyat yang memberi sokongan kepada BN.

"Mereka yang meninggalkan kami pada pilihan raya lepas kini kembali menunjukkan sokongan mereka terhadap Barisan Nasional. Ini tidak bererti kami boleh mengambil mudah. Pada setiap pilihan raya, pasti ada cabarannya," kata beliau.

Najib berkata beliau berpendapat pilihan raya umum akan datang pasti sengit dan BN perlu bersiap sedia untuk menghadapinya.

Ditanya sejauh mana beliau yakin BN akan mendapat majoriti dua pertiga untuk membolehkan parti itu meluluskan sesuatu undang-undang dengan mudah, perdana menteri berkata perkara paling penting ialah mendapat kemenangan besar untuk memudahkan kerajaan bekerja dan berkhidmat untuk rakyat.

"Di negara demokrasi yang sudah matang, memang sukar untuk memperoleh majoriti besar. Lihat saja Australia dan kebanyakan negara lain. Oleh itu, persoalannya ialah sama ada majoriti dua pertiga merupakan objektif yang realistik memandangkan Malaysia juga sebuah negara demokrasi yang sudah matang. Kami akan melakukan yang terbaik dan sudah tentulah kami juga mengharapkan akan mendapat majoriti dua pertiga," katanya.

Ditanya apakah ukuran beliau tentang keputusan pilihan raya yang baik, Najib berkata di Malaysia, secara tradisi, tanda arasnya ialah kemenangan dengan majoriti dua pertiga.

"Jika mahu membuat perubahan struktur dan dilihat pada negara demokrasi di seluruh dunia, sesetengah orang menyifatkan kemenangan dengan majorti selesa sebagai keputusan pilihan raya yang baik," kata beliau.

Najib berkata BN, yang kembali berkuasa tetapi kehilangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum 2008, yakin akan menawan semula negeri yang telah dirampas pakatan pembangkang daripadanya dan perkara ini sememangnya menjadi matlamat parti gabungan itu.

"Kami telah tetapkan sasaran, tapi tidak mahu mengumumkannya sekarang. Kami yakin akan dapat menawan kembali negeri-negeri itu dan ada beberapa perkara yang perlu kami lakukan terlebih dulu kerana apabila berdepan dengan rakyat nanti, kami perlu pastikan semuanya berada dalam keadaan tersusun," katanya.

BN mencatat kekalahan di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Perak pada pilihan raya umum 2008. Bagaimanapun, kini Perak kembali menjadi miliknya.
- Bernama

SATU MELAYU:
Sekarang BN berada pada tahap selesa dalam meneruskan pentadbiran negara. Sokongan majoriti rakyat dan kembalinya sokongan kepada BN setelah dilanda tsunami politik pada 2008, seharusnya dimanfaatkan untuk tidak mengadakan PRU sebelum tempoh empat tahun.

Dalam masa sama, persempadanan baru kawasan pilihan raya perlu diadakan terlebih dahulu. Sekarang pun semua komponen parti dalam BN telah menangguhkan pemilihan kepimpinan parti.

Justeru, elok sangatlah kalau kerajaan dan SPR melakukan persempadanan baru berdasar kepada apa yang dibolehkan oleh perlembagaan.

InsyaAllah, persempadanan baru kawasan pilihan raya mempu menyelesaikan banyak masalah.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog