Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 6 Mei 2011

DS Najib dengan Angka 11 dan Tarikh Pilihan Raya....

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mencetuskan teka-teki bahang pilihan raya umum ke-13 dengan berkata ia mungkin diadakan pada satu tarikh atau bulan yang mempunyai nombor kegemarannya, 11.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata kesukaannya pada nombor itu menyebabkan ramai pihak meramalkan bahawa pilihan raya umum kali ini akan diadakan pada 11 Nov tahun ini (11.11.11).

Beliau berkata demikian ketika menjadi jemputan khas program pagi stesen radio Hot.fm di Sri Pentas, Kuala Lumpur.

Ketika ditanya lanjut oleh wartawan selepas program satu jam itu, Najib berkata tarikh itu ditimbulkan oleh pihak yang suka membuat teka-teki tarikh pilihan raya – ‘untuk mengisi masa terluang’.

"Saya rasa elok diteruskan teka teki ini," katanya.

Bagaimanapun, Najib menekankan perlunya untuk kerajaan BN terus bekerja melaksanakan program-program transformasi bagi menyakinkan rakyat.

"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak semestinya pada (bulan) 11 ataupun 11 haribulan.

"Ini merupakan satu proses, selagi semboyan belum dibunyikan, kita masih buat kerja," kata Perdana Menteri.

Apabila diminta mengulas lanjut sama ada kemungkinan tarikh tersebut besar ertinya, Najib berkata: "Tarikh itu ada kaitan dengan hidup saya, tapi sama ada pilihan raya itu...Wallahhualam".

Terdahulu dalam program itu, beliau turut menjelaskan buat pertama kalinya kaitan nombor 11 pada dirinya.

Najib berkata nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa penting dalam hidupnya.

Antaranya ialah Allahyarham ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11 haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.

Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986) dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11.

Nombor plat kereta rasmi beliau juga bernombor 11.
- Bernama

SATU MELAYU:
Elok sangatlah PRU-13 diadakan pada 11.11.11 ini. Ramai sangat yang menanti dan mengharapkannya. Dah tak sabar. Terutamanya mereka yang mengharap akan jadi calon, akan jadi YB, akan jadi menteri, akan jadi Menteri Besar, akan jadi Exco dan macam-macam lagi akan.... akan.... akan....

Yang hanya dapat cari makan melalui pilihan raya juga sangat menanti-nantikan PRU-13 ni.

Pendek kata, lebih ramai yang mahukan PRU-13 diadakan segera daripada yang tidak mahu atau berkata nanti dulu....

Kepada ramai orang, pilihan raya bagikan satu pesta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog