Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 9 Oktober 2011

Petanda PRU-13 semakin hampir: Dewan Merdeka padat, sesak untuk dengar ucapan PM...

DEWAN Merdeka di PWTC pagi ini sesak dan padat hingga memaksa penganjur menambah kerusi malah selepas ditambah kerusi pun ramai yang hadir terpaksa bersila di atas lantai dan duduk di tangga serta berdiri di dalam dewan tersebut.

Inilah gambaran keadaan di Dewan Merdeka PWTC ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ingin menyampaikan ucapan beliau pada Majlis Penerangan Perdana BN Wilayah Persekutuan  hari ini.

Dianggarkan lebih kurang 8,000 hadirin yang berada di dewan tersebut yang terdiri daripada ahli komponen BN, NGO, pelbagai agensi yang hadir pada majlis tersebut.

Sebelum itu majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi itu dimulakan dengan majlis taklimat daripada pihak Polis Di Raja Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya dan pemimpin BN peringkat Wilayah Persekutuan.

Apa yang menariknya sesi taklimat itu diadakan dalam tiga bahasa di tempat yang berasingan iaitu untuk Bahasa Melayu di Dewan Merdeka, bahasa Cina di Dewan Tun Dr Ismail manakala bahasa Tamil di Dewan Tun Hussein Onn.

Majlis kemuncak iaitu ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di mana sebelum itu  Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyampaikan ucapan aluan diiikuti ucapan dari Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Raja Nong Chik.

Ucapan hampir satu jam Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyentuh pelbagai perkara antaranya pendekatan yang perlu dilaksanakan BN bagi memenangi pilihanraya khususnya di Wilayah Persekutuan, kriteria calon, resepi kejayaan parti, penjelasan Bajet 2012 dan kelemahan pembangkang yang kini semakin caca merba.

Ternyata gelombang rakyat khususnya kebangkitan semula BN di Wilayah Persekutuan ini jelas kelihatan menerusi sokongan serta semangat yang ditunjukkan oleh hadirin pelbagai bangsa di majlis tersebut.
SATU MELAYU:
Apabila sambutan rakyat terhadap setiap program PM begitu hebat seperti ini, besar kemungkinan PRU-13 akan diadakan awal tahun depan.

Sudah tentu PM yakin BN boleh menang majoriti 2/3. Tapi kalau PM tak yakin BN boleh menang, maka PRU-13 akan diadakan lambat lagi.... sehingga tempoh lima tahun berakhir pada April 2013?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog