Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 9 Mei 2011

PRU Tidak Sepatutnya Diadakan Sehingga 2012 - Tun M

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pilihan raya umum tidak patut diadakan sehinggalah sekurang-kurangnya tahun 2012.

"Kerajaan mempunyai masa. Saya fikir ia boleh berlanjutan sehingga 2012," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai spekulasi pilihan raya umum ke-13 diadakan November tahun ini.

Dr Mahathir berkata, ramai orang masih tidak memahami akan ‘keadaan Malaysia’.

"Kita mesti menjelaskan kepada mereka akan keadaan unik ini supaya mereka boleh memilih calon yang baik. Tetapi kita masih mendapati puak pelampau yang masih tidak memahami demokrasi dan mengajukan permintaan yang bukan-bukan.

"Pada masa ini, mereka yang bersikap perkauman sedang memainkan isu-isu yang menjurus kepada perpecahan rakyat. Anda perlu mengurangkan peranan mereka yang bersifat perkauman dan ekstremis ini," katanya.

Dr Mahathir berkata terdapat sesetangah orang yang begitu fanatik dan membuta tuli menyokong pemimpin yang kurang baik.

"Orang ramai mestilah berupaya untuk melihat pemimpin yang kurang baik dan pemimpin yang baik. Itu sebabnya kenapa kita perlukan masa," katanya.

Namun begitu, kata beliau, jika keadaan sangat baik dan Barisan Nasional (BN) yakin menang, ketika itulah masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum.

Dr Mahathir berkata beliau berpandangan sedemikian berikutan keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lepas.

Beliau berkata adalah wajar bagi kerajaan untuk tidak menamatkan tempoh mandatnya sehingga ke saat akhir sebagaimana yang dilakukan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Apabila kerajaan mengadakan pilihan raya setelah tempoh mandatnya, elemen kejutan pastinya hilang, kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir kemudian menyampaikan syarahan sempena mesyuarat tahunan kelapan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia di Kota Kinabalu.
- Bernama

SATU MELAYU:
Sebagai bekas Perdana Menteri yang berpengalaman luas dan masih mampu memberikan idea-idea bernas untuk negaranya, malah untuk dunia sekali pun, apa yang dikatan Tun itu seharusnya diambil perhatian oleh kepimpinan negara masa kini.

Tun M nasihatkan supaya diikut cara Almarhum Tunku Abdul Rahman yang hanya mengadakan PRU ketika temponya hampir tamat.

Cuma Tun tak sebut jangan ikut cara Pak Lah yang agak tergesa-gesa mengadakan pilihan raya umum pada 2008 tanpa mengkaji dan meneliti kehendak dan cita rasa rakyat ketika itu. Ikutkan nasihat mereka yang baru ‘setahun jagong’ dalam politik tanah air.

Akibatnya, tsunami politik melanda negara. Kesan tsunami politik 2008 masih belum benar-benar pulih. Lopak dan takungan air masih terdapat di mana-mana dan usaha mencuci serta membersihkannya masih memerlukan masa.

Apapun, pandangan Tun itu sekadar pandangan beliau yang sudah tentu ikhlas dan bertanggungjawab. Terpulanglah kepada PM sekarang untuk menilai dan meneliti kewajarannya. DS Najib lebih faham dan lebih mengetahui kedudukannya.

Bagaimanapun, lagi lama PRU-13 jadi tandatanya, lagi bagus. Lama kelamaan puak yang terlalu ghairah mahukan PRU diadakan segera akan bosan dan kecewa kerana ‘peluru habis, pelembang tak alah’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog