Setiausaha Agung BN, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata kertas kerja mengenai pilihan raya 'percubaan' itu akan dibentang pada mesyuarat berkenaan memandangkan BN dijadual mengadakannya Julai ini.
"Kemungkinan besar kami akan menyentuh mengenai prestasi dan analisis pilihan raya Sarawak, pendaftaran pengundi dan saya sendiri akan membentangkan kertas kerja 'dry run' itu. Semua ini berkait dengan persediaan pilihan raya umum kerana kita perlu bersedia untuk menghadapinya," katanya kepada Bernama, Rabu.
Tengku Adnan berkata BN perlu membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum dengan mengambil iktibar daripada beberapa pilihan raya kecil sebelum ini dan pilihan raya negeri Sarawak.
Parti komponen BN di Sarawak juga dijangka membentangkan laporan mengenai pilihan raya negeri itu pada mesyuarat berkenaan untuk digunakan sebagai input dalam merangka strategi pilihan raya umum akan datang.
"Kami akan melihat pelbagai aspek dalam usaha memperkuatkan persediaan kami untuk pilihan raya akan datang," katanya.
Pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lepas, BN menang 54 daripada 71 kerusi, sekaligus mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri.
Presiden Parti Liberal Demokratik Sabah, Datuk V K Liew berkata kajian semula pilihan raya Sarawak penting untuk BN kerana mereka perlu melihat kelemahan mereka dalam usaha mempersiapkan diri untuk pilihan raya akan datang.
"Biasanya, apabila kita melalui sesuatu pilihan raya, kita boleh melihat sejauh mana keberkesanan jentera kita. Ia adalah pengajaran untuk membolehkan kita memperbaiki diri bagi menghadapi pertandingan yang lebih besar," katanya.
- Bernama
SATU MELAYU:
Kalau kajian itu memungkinkan BN kalah, apa perlunya diadakan PRU segera. Tempoh masa masih panjang. Masih ada rung untuk membuat kajian terperinci. Masih ada masa untuk perbetulkan mana yang tak berapa betul.
Kekuatan Umno di peringkat Bahagian pun tidak kurang masalahnya. Kuda-kuda tua yang tak produktif masih mahu terus berlari, masih melobi untuk berlumba pada PRU akan datang,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan