Cina India Kaum Pendatang

Isnin, 9 Mei 2011

TAHNIAH: Mat Sabu Dahului Pencalonan Timbalan Presiden PAS

AHLI Jawatankuasa PAS pusat, Mohamad Sabu dilaporkan sedang mendahului senarai pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden mengatasi penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa setakat Ahad lepas.

Menurut sumber dalaman PAS, Mohamad yang lebih dikenali dengan gelaran ‘Mat Sabu’ setakat ini telah berjaya memperolehi 70 pencalonan berbanding Nasharuddin yang mendapat 40 pencalonan selepas lebih daripada 133 kawasan selesai mengadakan mesyuarat masing-masing.

PAS mempunyai 179 kawasan di seluruh negara.

“Berada di tempat ketiga ialah Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man dengan 17 pencalonan diikuti Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak (5 pencalonan).

“Seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin masing-masing mendapat satu pencalonan,” kata sumber itu lagi kepada mStar Online di Petaling Jaya, Isnin.

Beliau berkata sehingga kini, hampir 75 peratus kawasan telah mengadakan mesyuarat dan menghantar pencalonan bagi jawatan tertinggi PAS itu ke Ibu Pejabat.

Mat Sabu pun anak Penang....
Tarikh akhir bagi mengemukakan pencalonan ialah Ahad depan, 15 Mei.

Setakat ini, hanya Mat Sabu menyatakan pendirian terbuka untuk bertanding jawatan timbalan. Penyandang jawatan, Nasharuddin turut menyatakan pendirian untuk mempertahankan jawatannya itu.

Pada pemilihan 2009, Nasharuddin dicabar oleh dua bekas Naib Presiden iaitu, Datuk Husam Musa dan Mat Sabu.

Husam memperoleh 281 undi berbanding Nasharuddin yang mendapat 480 undi untuk mengekalkan jawatan yang disandangnya sejak 2007. Mat Sabu pula mendapat 261 undi.

Muktamar Tahunan PAS ke-57 akan berlangsung dari 3 hingga 5 Jun ini. Ia dilihat penting kerana kepimpinan baru yang bakal terpilih nanti akan mengemudi jentera pilihan raya parti menghadapi pilihan raya umum yang ke-13 nanti.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Ustaz Mat Sabu al-Khalwati
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Mat Sabu kerana mendapat pencalonan terbanyak setakat ini.

Sewajarnya para perwakilan memilih Mat Sabu sebagai timbalan Presiden berdasarkan ketokohan beliau sebagai seorang pemidato handalan Pas yang serba petah mencerca, mencaci maki, dan mengutuk seseorang yang dianggap sebagai musuh Pas sepertimana beliau menggelarkan Anwar Ibrahim dengan gelaran ‘Al-Juburi’ ketika Anwar berada dalam Umno.

Kini segalanya telah bersih dan dibersihkan oleh Nik Aziz dan Anwar Ibrahim akan dijulang dan dipuji-puja oleh Mat Sabu sebagai tokoh yang sangat disanjung oleh Pas. Mat Sabu kini telah diterima oleh Anwar sebagai tokoh sekutunya yang berwibawa dan sangat diperlukan oleh pakatan pembangkang.

Gandingan Anwar dan Mat Sabu nanti akan tambah menggegar pentas-pentas ceramah pembangkang ketika kempen PRU-13 nanti.

Mungkin kerana itulah, para perwakilan Pas memilih Mat Sabu untuk diangkat ke jawatan nombor dua memandangkan timbalan sedia ada – Nasaruddin Isa, wataknya bertentangan dengan Mat Sabu.

Pas memerlukan pemimpin yang hebat seperti Mat Sabu.

Negara Malaysia, bangsa Melayu dan agama Islam sangat memerlukan ketokohan Anwar Ibrahim dan Mat Sabu yang sangat berwibawa dan dipandang tinggi oleh pemimpin-pemimpin dunia.

Keberadaan mereka menjadi pemimpin negara nanti memungkinkan harga petrol akan turun di bawah seringgit untuk satu liter, gula akan berharga Cuma sekitar 50 sekilo, tepung 35 sen sekg, minyak masak 2.50 untuk 5kg.

Pendek kata rakyat Malaysia di bawah pimpinan dua tokoh ini semuanya akan hidup mewah semewah-mewahnya. Ketika itu tidak ada lagi rakyat yang menderita kemiskinan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog