Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 3 Julai 2011

Jika berkeras sokong BERSIH, Pas akan kalah teruk - Ibrahim

PAS diramalkan kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 sekiranya bertegas mahu berkomplot dengan dalang utama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), S.Ambiga untuk mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, kekalahan Pas itu bukan sesuatu yang mustahil memandangkan orang Melayu sudah muak dengan parti tersebut.

"Orang Melayu sebelum ini memang kecewa dengan sikap Pas kerana diperkuda dan menjadi alat kepada DAP serta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim.

"Pas membiarkan Islam dan Melayu dihina tanpa membela malah jauh sekali bertindak demi kesucian Islam dan maruah umat Melayu.

"Saya percaya Pas akan dihukum oleh orang Melayu terutamanya golongan majoriti senyap dalam PRU nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Khas Perkasa di Sekolah Menengah Vokasional 2 di Sungai Petani pasa Sabtu.

Tokoh pelingkup PAS....
Lebih 1,200 ahli dan perwakilan Perkasa daripada 12 daerah di Kedah menghadiri mesyuarat terbabit.

Hadir sama ialah Yang Dipertua Perkasa Kedah, Syed Osman Mansor dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim.

Ibrahim berkata, orang Melayu juga berasa kecewa kerana Pas tidak melakukan sebarang tindakan apabila agama Islam dihina begitu teruk oleh parti politik sekutu mereka iaitu DAP.

"Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini memang memperlihatkan mereka hanya mengiakan apa saja dilakukan oleh DAP, PKR dan Anwar," katanya.

Tambahnya, tindakan Pas nampaknya sampai kepada kemuncak apabila kini berketuakan individu yang mempunyai rekod anti-Islam seperti Ambiga.
- Utusan

SATU MELAYU:
Agaknya sebab itulah mereka cuba anjurkan Bersih 2 sehebat dan seramai mungkin, supaya negara jadi huru-hara dan negara ditadbir di bawah Undang-undang Dharurat. Bila negara diisytihar dharurat, pilihan raya tidak akan diadakan kerana parlimen tidak lagi berfungsi.

Apapun, yang jelas ialah Pas akan terlingkup kerana Bersih 2. Dan tokoh yang bertanggungjawab ialah Mat Sabu, wira baru Pas yang terpilih setelah Pas mencampakkan perjuangan Islam dari parti itu. 

Kerana Mat Sabu mahu bawa ahli-ahli Pas menyokong Bersih 2, Nik Aziz pun tak boleh tahan dan cari jalan cabut lari tinggalkan negara ketika isu Bersih memuncak.
Wallahhualam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog