Cina India Kaum Pendatang

Sabtu, 16 Julai 2011

Akibat mencampakkan perjuangan Islam: DAP herdik PAS dan pemimpin PAS kecut macam anjing bercawat ekor....

TANPA segan silu dan tanpa mengambil kira kesucian ajaran Islam, DAP melalui Pengerusinya, Karpal Singh menggesa kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, seperti yang diarahkan kerajaan negeri itu mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Karpal Singh berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap lain-lain parti komponen dalam pakatan pembangkang.

"DAP sedar mengenai keperluan pelbagai komuniti berbeza dalam negara dan akan berjuang untuk hak mereka, sebagaimana yang dilaksanakannya sejak dahulu, lama sebelum pilihan raya pada 2008 lagi," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Beliau berkata, DAP tidak akan mengenepikan prinsip-prinsip perjuangannya dan menurutnya parti itu berada di barisan depan sejak dahulu lagi dalam menentang hasrat Pas menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

"DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih penyokongnya. Sebarang keputusan kerajaan negeri tidak seharusnya menjejaskan kaum bukan Muslim.

"Sebarang undang-undang kecil yang mendiskriminasi kaum bukan Muslim adalah bertentangan dengan perlembagaan," katanya.

Hanya mampu tersengeh?
Inilah satu kenyataan penentangan ‘kafir harbi’ DAP terhadap kerajaan PAS Kedah menjelang Ramadhan al-Mubarak nanti.

Walaupun penentangan mereka terhadap Islam begitu nyata dan jelas di mata dan di telinga masyarakat Islam umumnya, tetapi puak pemimpin PAS yang telah berjaya dipenjara oleh ‘Pakatan Rakyat Haramjadah’ dalam sebuah sangkar yang sempit, benar-benar tercabar.

Lidah mereka kelu dan badan mereka tidak mampu bergerak. Hanya mata mereka sahaja yang terkedip-kedip macam pengsan. Kata orang utara ‘macam slop keghaaaa (pengsan kera)’.

Semua ini terjadi kerana pemimpin PAS yang bangang dan tak faham politik puak ‘kafir harbi’ telah menelan bulat-bulat muslihat mereka yang meminta PAS mencampakkan ‘perjuangan Islam’ dari parti kedua terbesar orang Melayu itu.

Sekarang apa MB Pas Kedah nak cakap? Bagaimana pula dengan Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang yang bertanggungjawab penuh mencampakkan perjuangan Islam Pas ke dalam longkang itu? Apa pula komen Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berharap sangat ‘pembangkang haramjadah’ akan menjadi penggantu Barisan Nasional selepas PRU-13 nanti?

Kerana dendam kesumat yang tak terhingga terhadap Melayu Umno, akhirnya diri sendiri tergadai kepada puak ‘haramjadah’ jenis ‘kafir harbi’. Cakap saja pandai tapi bangang. Ilmu ada tapi amal hencai-bicai....

Kalian yang bertaraf ulama dan ilmuan Islam yang menceburkan diri dalam politik telah kena main dari belakang oleh Anwar Ibrahim yang didalangi DAP dan zionis yang berpusat di Singapura.

Kerana Anwar banyak ‘taik’ yang terpalit di seluruh tubuhnya, puak DAP dan zionis mahu mengangkat Anwar Ibrahim jadi PM Malaysia melalui PRU akan datang.

Anwar menjadi pilihan mereka kerana ‘jembalang berpuaka’ itu boleh dengan mudah diugut untuk mengikut apa juga kehendak DAP dan zionis dalam merencanakan kekuasaan mereka terhadap satu-satunya negara Islam di dunia ini yang masih aman, tenteram dan mantap ekonominya – Malaysia.

Justeru, bagi menjamin kemenangan ‘pakatan haramjadah’, sokongan orang Melayu sangat diperlukan. Dan hanya dengan menarik PAS menyertai pakatan itu, mereka berharap segala rancangan mereka akan berjaya.

Muslihat DAP dan zionis ini tidak mampu dibaca sebagai strategi politik puak ‘kafir harbi’ yang memusuhi Islam oleh pemimpin PAS, terutamanya Hadi Awang dan Nik Aziz.

Setelah mereka berjaya meletakkan Mat Sabu yang sama waktu dengan Anwar Ibrahim sebagai timbalan Presiden PAS, di masa sama dan secara serentak PAS berjaya ‘ditipu hidup-hidup’ supaya mencampakkan perjuangan dan dasar parti yang sejak ditubuhkan pada 1951, iaitu memperjuangkan Islam.

Setelah perjuangan Islam ditukar kepada kebajikan, akhirnya pemimpin PAS tersepit dan terkapai-kapai dalam meneruskan jenama Islam sebagaimana dahulu.

Kini apa jua isu mengenai Islam yang cuba ditonjolkan PAS sebagai retorik politik akan dilanyak dan diherdik oleh DAP dan Anwar Ibrahim yang sangat takut para tauke hiburan yang jelas bertentangan dengan syariat Islam itu, tidak menyokong pakatan haramjadah pada PRU akan datang.

Kisah ini bukan dongeng atau fitnah politik bertujuan membunuh politik PAS sebagai sebuah parti politik kedua penting untuk umat Melayu/Islam di negara bernama Malaysia ini. Ini kisah benar dan hakikat inilah yang sepatutnya difikirkan oleh seluruh umat Melayu yang cintakan agama Islam, negara Malaysia dan bangsa Melayu.

Sesungguhnya, umpan beracun yang diberikan puak ‘kafir harbi’ kepada pemimpin PAS dalam merealisasikan matlamat politik ‘kafir harbi’ menjelang PRU akan datang sangat membahayakan bangsa Melayu, agama Islam dan negara Malaysia.

Racun berbisa itu secara perlahan-lahan sedang menazakkan perjuangan orang Melayu melalui PAS. Hakikatnya, PAS kini sedang menanti hari dan saat yang sesuai untuk ditalkinkan.

Fikir-fikirkanlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog