Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 28 April 2011

Kerugian akibat pembalakan haram, curi pasir RM754 juta: SPRM

KERAJAAN dianggar mengalami kerugian kutipan hasil berjumlah RM754 juta akibat aktiviti pembalakan haram dan kegiatan mencuri pasir yang berleluasa sepanjang tahun lalu.

Menurut Laporan Tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2010, kerajaan dianggar mengalami kerugian hasil kutipan royalti berjumlah RM745 juta akibat kegiatan mencuri pasir dan RM8.95 juta akibat pembalakan haram.

"Dengan anggaran 3,000 lori digunakan mengangkut pasir selama setahun, kerugian boleh mencecah hampir RM600 juta, manakala bagi kes penyeludupan pasir ke negara jiran, anggaran kerugian ditanggung sekitar RM145 juta setahun," menurut laporan itu.

Sepanjang tahun lalu, SPRM menerima sebanyak 410 maklumat berkaitan rasuah dan salah guna kuasa dalam pengeluaran bahan batuan pasir.

Sebanyak 45 kertas siasatan dibuka yang menjurus kepada 43 tangkapan yang mana 22 daripada mereka dituduh di mahkamah atas pelbagai kesalahan rasuah dan penyelewengan isu pasir.

Sepanjang "Ops Pasir" dilaksanakan, nilai suapan terbabit adalah RM321,528.40, dengan nilai rasuah tertinggi bernilai RM88,000.

Enam orang pula ditangkap kerana rasuah seks.

SPRM, dalam laporan itu turut mendedahkan pemberi rasuah bukan sahaja bertindak menyogok penguatkuasa undang-undang, malah berani mengancam dan mengugut pihak berkuasa.

"Lokasi pengorekan pasir haram milik persendirian dipagar dan dikawal TONTO, yang ada antaranya memiliki senjata api.

"Mereka bukan sahaja mengganggu kerja penguatkuasaan malah berani mengugut dengan mengacukan pistol ke arah pegawai penguatkuasa," katanya.

Dalam kes pembalakan haram, kerugian ditanggung kerajaan itu adalah daripada anggaran nilai balak yang ditebang secara haram dan disita melalui operasi-operasi dijalankan sepanjang "Ops Balak" tahun lalu.

Sepanjang tahun lalu, 10 siasatan terbuka dijalankan daripada 46 maklumat mengenai amalan rasuah berkaitan pembalakan haram.

Jumlah penerimaan maklumat juga meningkat berbanding hanya 32 pada 2009.

Antara operasi yang dijalankan adalah Ops Pembalakan Haram di Johor, Ops di Perak, Pahang, Jalan Simpang Pulai, Cameron Highlands, Kedah dan di daerah Hulu Selangor.

Di dalam operasi di Hutan Simpang Bintang Hijau, Lenggong Perak, SPRM menemui 800 batang balak sudah ditebang dianggarkan bernilai RM250,000, manakala di dalam operasi di Hutan Simpang Tersang, Raub, Pahang, hasil siasatan mendapati kayu balak yang dicuri, dijual kepada pembeli dengan harga RM2,500 sebatang.


Dalam operasi di Kedah, SPRM menahan Pengarah Perhutanan Daerah Kedah Selatan, Pegawai Hutan Daerah Kedah Selatan dan dua renjer hutan, mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 kerana meminta rasuah daripada pengusaha balak.

"Kegiatan pembalakan haram bukan sahaja merugikan kerajaan daripada segi kutipan hasil, tetapi kegiatan yang dijalankan secara berleluasa tanpa kawalan memusnahkan habitat dan ekosistem semula jadi selain mengancam punca pencarian kehidupan Orang Asli akibat aktiviti penggondolan hutan," menurut laporan SPRM itu.
- Bernama

SATU MELAYU:
Daripada laporan ini dapat difahami kenapa pihak tertentu atau kaum tertentu di negara ini begitu memusuhi SPRM. Kepada mereka SPRM menyekat ruang dan peluang mereka meraih kekayaan negara dengan cara yang salah dan melanggar peraturan.

Lebih malang lagi, mereka yang menjadi musuh negara ini mendapat pembelaan daripada parti politik tertentu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog