Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 24 Julai 2011

Tiga Pegawai Dilucut Tugas: SPRM siasat pegawai terbabit kematian Beng Hock


SELEPAS dua hari la­­­­poran Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock diumumkan, Suruhanjaya Pencegahan Ra­­suah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan dengan melucutkan tugas operasi siasatan terhadap tiga pegawai yang dikatakan terbabit.

Tindakan itu diambil sementara menunggu hasil laporan Pasukan Khas Siasatan diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaffar, yang tubuhkan bagi menyiasat kes itu.

Mereka yang diambil tindakan ialah Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Hishamuddin Hashim yang ketika kejadian menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah SPRM Selangor dan dua pegawai penguatkuasanya, Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus

Tindakan itu berikutan Suruhanjaya Diraja dalam laporannya mendapati mereka menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan tidak wajar, sekali gus melanggar prosedur sedia ada.

SPRM dalam kenyataan media semalam menyatakan, pasukan khas itu akan menjalankan siasatan susulan dalaman secara menyeluruh serta menyediakan laporan komprehensif. Hasilnya akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan terdiri daripada empat individu bebas, dipengerusikan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah.

Pasukan itu turut dianggotai bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Muhammad Mohd Noor; bekas Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah dan peguam, V Ravindran.

“SPRM tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang melanggar peruntukan undang-undang atau melakukan sebarang perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang, tidak akan bertolak-ansur atau melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau tata kelakuan," kata kenyataan itu.

Beng Hock, 30, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan bagi menyiasat insiden itu memutuskan Beng Hock bukan dibunuh, sebaliknya membunuh diri kerana terbeban dan tertekan dengan sesi soal siasat yang agresif dan berlarutan ke atasnya oleh pegawai penyiasat SPRM.

Kenyataan itu turut menjelaskan penubuhan pasukan khas berkenaan antara tindakan susulan proaktif serta merta kerana SPRM menerima dan memandang serius cadangan penambahbaikan yang dinyatakan dalam laporan suruhanjaya diraja yang dikeluarkan Khamis lalu.

Beberapa cadangan suruhanjaya itu juga sudah dan sedang diambil tindakan seperti pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), mewujudkan bilik temubual bervideo (VIR), semua pelanggan dilayan di aras bawah bangunan SPRM dan pelanggan sentiasa diiringi ketika berada dalam premis SPRM.

Cadangan lain akan terus diteliti dan diambil tindakan penambahbaikan yang sewajarnya dan SPRM akan menyerahkan serta memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam menjalankan siasatan berkaitan secara bebas dan telus.
Berita: BHOnline

SATU MELAYU:
Kerajaan melalui agensinya seperti SPRM telah cuba sedaya upaya membuktikan ketelusan dalam tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Tapi bagaimana pula dengan wakil rakyat DAP Selangor dan juga MB Selangor? Teluskah mereka dalam isu yang membabitkan kematian Teoh ini?
Setahu umum, sebab Teoh mati membunuh diri adalah kerana mahu melindungi penyelewengan wang rakyat negeri Selangor yang dirompak dan disesah oleh wakil-wakil rakyat DAP termasuk boss beliau Ean Yong.

Apakah SPRM mahu menyiasat pegawai-pegawainya sahaja? Sedangkan wakil rakyat DAP dan MB yang bersekongkol dalam menyamun wang rakyat Selangor dibiarkan tanpa tindakan susulan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog