Cina India Kaum Pendatang

Memaparkan catatan dengan label Video Sex Anwar?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Video Sex Anwar?. Papar semua catatan

Selasa, 18 Oktober 2011

Mulai 27 Oktober ini jom kita layan kes video seks Anwar pulak di mahkamah

MAHKAMAH Tinggi menetapkan 27 Oktober untuk mendengar permohonan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk membatalkan sebahagian kenyataan pembelaan Anwar Ibrahim dalam saman berhubung video seks memaparkan pelaku mirip ketua pembangkang itu.

Peguam Sunil Abraham, yang mewakili Hishammuddin, berkata kepada pemberita hari ini, permohonan itu akan didengar oleh Hakim Datuk V.T.Singham.

Pada 26 April, Hishammuddin memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung wawancara ketua pembangkang itu dengan wakil media pada 22 Mac di Balai Polis Dang Wangi, selepas membuat laporan menafikan yang dirinya adalah lelaki dalam video itu.

Hishammuddin, 50, berkata kata-kata dalam temubual itu antara lain bermaksud yang beliau bertanggungjawab menayangkan video berkenaan kepada sekumpulan editor dan wartawan di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac.

Menteri itu berkata kata-kata itu juga bermaksud yang beliau telah mengaturkan penayangan video itu dan berkomplot dengan Perdana Menteri dan pegawai tinggi polis berhubung penayangan video itu.

Dalam pernyataan pembelaannya, Anwar berkata kata-kata beliau dalam wawancara itu telah diterbitkan atas kapasiti pelindungan bersyarat dan kedudukannya sebagai ketua pembangkang.

Anwar turut memfailkan kenyataan balas menyatakan kata-kata Hishammuddin pada sidang media yang diadakan beliau pada 21 Mac, seolah-olah mengesahkan kenyataan oleh tiga individu yang mendedahkan video itu bahawa pelaku dalam video itu adalah dirinya (Anwar).

Hishammuddin, dalam jawapannya, berkata Anwar mempunyai niat buruk semasa mengeluarkan kata-kata memfitnah itu yang kemudiannya telah dilaporkan secara meluas di media dan internet.

Beliau berkata kata-kata itu bukan diterbitkan dengan niat baik dan motif utama Anwar ialah untuk mencemarkan reputasinya sebagai menteri dan ahli politik.
- BernamaOnline

SATU MELAYU:
Datuk Eskay bersumpah laknat....
Setelah hampir tiga tahun rakyat Malaysia dan dunia didedahkan dengan kisah perbicaraan kes liwat Anwar-Saiful di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kini tiba masanya untuk mendengar pula kisah kes vodeo seks yang tersebar kepada umum melalui media internet, yang didakwa oleh bekas sahabat karib Anwar – Datuk Eskay, bahawa pelaku lelaki dalam video seks berkenaan adalah Anwar bin Ibrahim.

Pelik! Yang dedahkan video berkenaan 'Trio Datuk T'. Yang bersumpah laknat Datuk Eskay. Tapi yang dikaitkan Anwar sebagai dalang Datuk Seri Hishammuddin - Menteri Dalam Negeri.

Jumaat, 9 September 2011

Kes Video Seks Anwar: Siasatan polis selepas kes liwat II selesai – KPN

KES laporan palsu Anwar Ibrahim terhadap isu vedeo seks yang dituduh Datuk Eskay bahawa Ketua Pembangkang itu adalah pelaku lelaki dalam video berkenaan akan di siasat oleh pihak polis sebaik sahaja perbicaraan kes liwat Anwar-Saiful selesai.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita di Bukit Aman pada Khamis.

Menurutnya: "Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan.”

Kepada yang dah melupakan isu ini, perkhabaran itu memungkinkan para blogger suku sakat pembangkang panas telinga kembali.

Sama-samalah kita semua nantikan apa pula serangan balas mereka terhadap isu ini. Yang pasti serampang banyak mata Mat Sabu bagi maksud menutup atau meredakan isu moral Anwar Ibrahim melalui ucapan kontrovesri yang diluahkannya tiga minggu lalu belum mampu menutup isu ini.

Sebuah nyiru tak mampu menutup bangkai gajah.

Mengenai isu menghina anggota p[olis oleh Mat Sabu melalui tragedi Bukit Kepong itu, Tan Sri Ismail berkata: "Mereka terkorban kerana mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman komunis pada masa tersebut yang dianggap ancaman kepada negara.”

Tambahnya, seramai 1,437 anggota polis terkorban dan 1,883 lagi cedera sepanjang 43 tahun komunis mengganas di negara ini.

Selain itu, katanya seramai 639 anggota tentera maut dan 1,697 lagi cedera serta 2,558 orang awam terkorban dan 1,490 yang lain cedera menjadikan jumlah keseluruhan yang terkorban ialah 4,688 orang dan yang cedera seramai 5,070 orang.
- Sumber: BernamaOnline

Khamis, 7 Julai 2011

VIDEO SEKS: Anwar buat ‘laporan palsu’, kenapa tak ambil tindakan?

Anwar dan rombongannya ketika membuat 'laporan palsu'.....
Rakyat cuba diperdaya dengan alasan 'parut tak boncit' bla.. bla... bla...
PIHAK polis dan Jabatan Peguam Negara wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim kerana membuat laporan palsu berhubung rakaman video seks didakwa melibatkan dirinya dengan pelacur dari China.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, membuat laporan palsu di balai polis adalah salah di sisi undang-undang negara dan pihak yang bertanggungjawab melakukannya perlu dikenakan tindakan.

"Kami mahu pihak polis dan juga Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan segera terhadap Anwar kerana membuat laporan palsu. Ia merupakan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan Anwar sepatutnya dihukum.

"Kami juga mahukan Karpal Singh dan Ambiga yang 'pakar undang-undang' di negara ini untuk menjelaskan bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap Anwar," katanya.

Penjelasan daripada kedua-duanya adalah penting bagi memastikan bahawa 'pemahaman' mereka terhadap undang-undang adalah demi keadilan negara dan bukannya untuk kepentingan diri serta konco-konconya sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, Rabu.

Beliau mengulas kenyataan salah seorang trio 'Datuk T', Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik supaya pihak polis serta Jabatan Peguam Negara menyiasat laporan yang dibuat oleh Anwar pada 28 April lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi menafikan penglibatannya dalam rakaman video berkenaan.

Sedangkan, kata Abdul Rahim, bukti daripada laporan forensik oleh dua pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bahawa individu dalam rakaman tersebut adalah 99.9 peratus menyamai Anwar.

Abdul Rahim serta dua lagi trio 'Datuk T' iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuaib Lazim telah didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada 24 Jun lalu atas tuduhan menayangkan adegan hubungan seksual antara seorang lelaki yang dikatakan mirip Anwar dengan seorang perempuan China.

Kejadian tersebut didakwa dilakukan di antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, pada 21 Mac lalu di Bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru, Kuala Lumpur.

Melalui fakta kes yang dibentangkan ketika perbicaraan, mahkamah diberitahu dua pakar dari AS itu, Profesor Hany Farid serta Profesor Lorenzo Torresani telah menjalankan analisis ke atas rakaman video berkenaan dan mendapati bahawa rakaman tersebut adalah tulen iaitu tidak ada sebarang tampering (diubah-ubah) atau superimpose (pertindihan imej) dilakukan.

Analisis pengecaman wajah oleh kedua-dua pakar tersebut terhadap pelaku seks lelaki dalam rakaman video itu juga mendapati ia menyerupai Anwar.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Pihak polis mungkin menunggu satu laporan polis dibuat olah mana pihak atau orang perseorangan mengenai isu ini.

SM cadangkan JMM buat saja laporan polis mendakwa Anwar Ibrahim membuat laporan palsu mengenai isu video seks yang didakwa Datuk Eskay, pelaku lelakinya adalah Anwar bin Ibrahim al-pandykutti....

Kalau ada yang buat laporan polis, mungkin pihak polis boleh bertindak cepat untuk membuat laporan kepada Peguam negara sebelum boleh didakwa di mahkamah.

Wallahualam....

Isnin, 27 Jun 2011

Nik Aziz, Hadi digesa solat istikharah

PEMIMPIN Pas terutamanya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digesa melakukan solat sunat istikharah, bagi mencari hidayah Allah untuk melihat segala kebenaran membabitkan skandal seks seorang pemimpin pembangkang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana bukti utama iaitu rakaman video seks, telah disahkan tulen oleh dua pakar Amerika Syarikat, Prof. Hany Farid dan Prof. Lorenzo Torresani bahawa pelakunya 99.99 peratus menyerupai Anwar Ibrahim.

Selain itu, katanya, bukti alibi kononnya Anwar bersama keluarga dan sedang berinteraksi di laman sosial Twitter serta Facebook ketika aksi seks berlangsung juga satu pembohongan, kerana sistem kamera liter tertutup (CCTV) menunjukkan Anwar berada di lokasi kejadian.

“Saya fikir mereka (pemimpin Pas) perlu melakukan ‘solat sunat istikharah’ untuk memohon hidayah Allah sama ada segala kebenaran di sebalik video seks itu berpihak kepada Anwar atau tidak? Sebelum ini mereka buat solat sunat pohon kebenaran dan kebenaran itu kini tersedia.

“Mereka juga elok tengok dulu video tersebut, betul Anwar atau tidak, menyerupai Anwar atau tidak? Kalau Anwar, mereka kena buat ketetapan. Jangan buat tuduhan sebelum tengok kebenaran video tersebut,” katanya kepada pemberita di Sungai Buloh, dekat Kuala Lumpur pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pemimpin Pas dan golongan yang menyokong perjuangan parti itu, harus membuka hati serta minda mereka untuk menerima fakta, bukan semata-mata membuat pendirian berdasarkan persepsi jika bercita-cita mahu memimpin negara.

Mengenai penafian berterusan Anwar, bahawa lelaki yang 99.99 peratus itu bukan dirinya, Ahmad Zahid berkata, rakyat Malaysia perlu mengadili moral ketua pembangkang tersebut berdasarkan maklumat pakar selain bukti sahih berbentuk rakaman video dan CCTV.
- Utusan

SATU MELAYU:
Mana mungkin Hadi dan Nik Aziz mahu mengakui kebenaran kerana Anwar Ibrahim. Segala perkara buruk yang terpalit kepada puak mereka tidak akan mereka akui dan tetap akan berusaha menfikannya dan mnuduh ianya adalah fitnah ciptaan Umno/BN.

Sudah berpuluh tahun mereka berkelakuan begitu. Musuh utama mereka ialah Umno. Mereka juga lebih takutkan Umno daripada Allah SWT.

Justeru, kerana menentang dan bencikan Umno, Hadi dan Nik Aziz sanggup memutarbelit hukum Islam sebenar hingga menjadikan umat Melayu/Islam yang taksub menyokong mereka sesat-larat dalam menentukan ajaran Islam. Yang benar jadi salah dan yang salah jadi benar.

Sesungguhnya Hadi dan Nik Aziz adalah pemimpin Asabiyah....

Jumaat, 24 Jun 2011

Tayangan Adegan Lucah: Ketiga-tiga Datuk T Didenda


AHLI perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim, masing-masing Jumaat didenda RM3,000 dan RM1,500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan menayangkan secara terbuka adegan lucah iaitu hubungan seks antara lelaki dan perempuan.

Rakan mereka, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dikenakan denda sebanyak RM1,000 selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan Shazryl dan Shuib melakukan perkara sama.

Majistret Aizatul Akmal Maharani menjatuhkan hukuman berkenaan selepas menerima pengakuan mereka bertiga dan hujahan serta faktor-faktor mitigasi yang lain.

Hukuman denda mereka berkuatkuasa hari ini (Jumaat). Jika gagal membayar denda itu, Shazryl Eskay boleh dikenakan hukuman penjara tiga bulan, Shuib dua bulan penjara dan Abdul Rahim satu bulan penjara.

Shazryl dan Shuib didakwa mengikut Seksyen 292 (A) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Abdul Rahim pula didakwa mengikut Seksyen 292 (A) Kanun keseksaan (Akta 574) yang dibaca bersama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Ketika-tiga mereka, yang menggelarkan diri sebagai "Datuk T", didakwa melakukan kesalahan itu di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara di sini antara 10 pagi dan 12 tengah hari pada 21 Mac lepas.

Pendakwaan dilakukan Datuk Kamaluddin Mohd Said dan Mohammad Zakaria Hanafiah.
- Bernama

SATU MELAYU:
Yang bersalah telah pun dihukum denda. Tak banyak songeh dan tidak membantah serta tidak mengajak orang ramai mempertahankan mereka. Selesai dan tak menimbulkan banyak masalah. Yang masih menimbulkan banyak masalah kepada negara bagaimana?
Tungggguuuuuu!

Dedah Video Seks: Trio Datuk T Mengaku Bersalah

Yang mengaku bersalah di mahkamah atas tuduhan menayangkan video lucah....
Yang tak pernah mengaku dan tak akan mengaku perlakuannya hingga mampoussss....
TRIO Datuk T mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat atas pertuduhan melibatkan pendedahan video seks yang dikatakan mirip seorang pemimpin pembangkang.

Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Shuib Lazim didakwa secara bersama menayangkan bahan lucah iaitu video seks adengan seorang lelaki dan wanita secara terbuka.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula didakwa secara berasingan atas tuduhan bersubahat dengan mereka untuk melakukan kesalahan tersebut.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 10 pagi dan 12 tengah hari, 21 Mac lalu di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara, Taman Tasik Perdana, Persiaran Mahameru, Kuala Lumpur.

Pendakwaan terhadap Shazryl Eskay dan Shuib dibuat mengikut Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan Akta 574 manakala pertuduhan terhadap Abdul Rahim dibuat mengikut seksyen sama yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama bagi persubahatan.

Jika sabit kesalahan, semua mereka boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selepas pengakuan tertuduh direkodkan, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Kamaludin Md Said mengemukakan bahan bukti termasuk satu peranti USB yang mengandungi rakaman video tersebut.

Video hitam putih yang mempunyai tempoh durasi selama 20 minit juga ditayangkan di mahkamah dengan beberapa adengan dilajukan ke hadapan.
- mStarOnline
SATU MELAYU:
Yang tertuduh kerana menayangkan video lucah kepada awam, mengaku bersalah.
Tapi yang jadi pelaku dalam video seks berkenaan tidak pernah dan tidak akan mengaku sehingga dunia dan dirinya kiamat.

Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya....

'Kami sedia terima apa saja hukuman' - Eskay

''KAMi lakukannya demi untuk tegakkan kebenaran. Oleh itu, kami sedia terima apa sahaja hukuman,'' kata Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengenai tuduhan yang bakal dihadapi oleh Trio Datuk 'T' di Mahkamah Majistret Kuala Kumpur pagi Jumaat.

''Adakah salah apa yang kami lakukan ini? Anwar Ibrahim seolah-olah mahu kami dihukum sekeras-kerasnya. Siapa yang sepatutnya dihukum, beliau atau kami?"

''Kami mendedahkan salah laku pemimpin seperti beliau (Anwar), apakah itu salah? Jika beliau mahu kami dihukum sekeras-kerasnya, maka tiada siapa pun selepas ini yang akan berani ke hadapan untuk menyatakan kebenaran,'' katanya kepada Utusan Malaysia pada Khamis.

Dua lagi Datuk 'T' yang akan dihadapkan ke mahkamah yang sama ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Anwar dalam kenyataannya kepada portal berita pembangkang, Malaysiakini semalam berkata, dia tidak yakin Trio Datuk 'T' itu akan dihukum keras oleh mahkamah.

Menurut Shazryl, jika dikaji secara mendalam mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan pun apabila mendedahkan perbuatan buruk Anwar itu.

''Kami hanya menayangkan kepada sekumpulan wartawan terpilih sebagai usaha terakhir mendedahkan 'rahsia' Anwar yang selama ini dijunjung tinggi oleh pembangkang sebagai pemimpin bersih.

''Anwar tidak boleh sama sekali bandingkan apa yang kami lakukan itu dengan perbuatan terkutuknya,'' katanya.

Kira-kira pukul 8 pagi esok, Trio Datuk 'T' itu akan didakwa berhubung isu penayangan video seks membabitkan seorang pemimpin yang dikatakan mirip Anwar bersetubuh dengan pelacur China.

Mereka bertiga difahamkan akan didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, Eskay telah bersumpah di dalam sebuah masjid di Kuala Lumpur bahawa pelaku seks itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah pihak polis dan pakar antarabangsa turut mengesahkan kesahihan rakaman video seks itu.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Begitulah Anwar Ibrahim apabila berdepan dengan masalah peribadinya. Dia yang membuat laporan polis atas dakwaan Trio Datuk T menyebarkan video lucah dan dia juga yang tidak yakin dengan tindakan polis dan juga mahkamah.

Belum pun perbicaraan dimulakan dia dah tuduh mahkamah tidak akan jatuhkan hukuman berat. Tapi bila mahkamah buat keputusan pinda hukuman seperti dalam kes Tian Chua tidak pulak dia menuduh mahkamah meringankan hukuman kerana memihak kepada pemerintah atau aras arahan Umno?

Pemimpin jenis macam inipun ada yang cuba angkat dia untuk jadi pemimpin nombor satu negara?

Khamis, 23 Jun 2011

Jeng... Jenggg... Jengggg....! Trio Datuk T didakwa esok

TRIO Datuk T dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat ini berhubung dakwaan membabitkan penayangan video seks seorang lelaki yang dikatakan mirip pemimpin parti pembangkang.

Trio yang terdiri daripada ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu antara lainnya adalah bagi kesalahan menunjukkan secara awam sebarang perkara yang lucah dalam pemilikan mereka.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagaimanapun Utusan difahamkan, mereka akan didakwa di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Maklumat pendakwaan tersebut dimaklumkan sendiri oleh Shazryl Eskay kepada media melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kira-kira pukul 1.08 petang ini.

Berikut adalah SMS yang diterima:
‘Datuk ‘‘T’’ akan dicharge (dakwa) di Mahkamah Jalan Duta pada pukul 8 pagi, 24 Jun 2011. Harap maklum.’

Isu video seks itu timbul selepas ‘penayangan’ dibuat kepada sekumpulan wartawan di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam satu laporan akhbar sebelum ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan.

Pada 17 April lalu, pihak polis telah menyiapkan laporan siasatan rakaman video seks tersebut dan menyerahkannya kepada Pejabat Peguam Negara beberapa hari selepas itu.

Selepas pendedahan mengenai video seks itu dibuat oleh trio terbabit, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail beberapa kali menafikan bahawa pelaku seks tersebut adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh terbabit.

Bagaimanapun, pada 29 April lalu, Eskay telah melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di sini bagi membuktikan Anwar merupakan pelaku di dalam rakaman video seks melibatkan seorang pelacur dipercayai dari China.

Sementara itu, Shazryl Eskay dan Shuib ketika dihubungi berharap pendakwaan terhadap mereka akan mendedahkan kebenaran sebenar mengenai identiti pelaku video seks yang selama ini dirahsiakan oleh pihak berkuasa.

Menurut Shazryl Eskay, beliau akan memberi sepenuh kerjasama kepada pihak mahkamah dan pada masa yang sama, tidak ragu-ragu mengenai identiti lelaki dalam video seks tersebut ialah Anwar sebagaimana dakwaan sebelum ini.

“Saya akur dengan undang-undang dan berharap kebenaran akan terdedah. Jika diminta oleh mahkamah saya akan mengulangi pendirian dengan tegas bahawa lelaki dalam video seks tersebut ialah Anwar,” katanya.

Sementara itu, Shuib memberitahu, beliau telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pendakwaan tersebut dan turut menegaskan bahawa tiada sebarang keraguan mengenai identiti siapa pelaku video seks.

“Kita bukan edar video tersebut, kita dedahkan kepada pemberita untuk mencari kebenaran demi Malaysia yang kita semua cintai. Saya secara peribadi tiada masalah dan memang bersedia dengan semua ini.
“Saya yakin pendakwaan terhadap kami akan mendedah kebenaran sebenar. Siapa pelaku video seks nanti akan terdedah dan rakyat boleh menilai sendiri hakikat tersebut kerana pakar dari luar negara pun turut mengesahkan ia tulen,” ujarnya.
- UtusanOnline

SATU MELAYU:
Akhirnya kes video seks yang menggamatkan politik di Malaysia itu akan dibicarakan. Laporan polis oleh Anwar Ibrahim terhadap Trio Datuk T akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Maka satu lagi episod baru dalam lipatan sejarah salahlaku seks bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia bernama Anwar bin Ibrahim akan bermula.

Jumaat, 3 Jun 2011

Video Seks: Hishammuddin Dakwa Anwar Bermotifkan Dendam

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Jumaat, mendakwa Anwar Ibrahim bermotifkan dendam semasa mengucapkan kata-kata fitnah terhadapnya berhubung video seks yang dikatakan mirip aksi seorang pemimpin pembangkang bersama seorang wanita.

Perkara itu dinyatakan dalam jawapan dan pembelaan Hishammuddin yang memohon agar Mahkamah Tinggi Sivil Baharu Kuala Lumpur untuk menolak pembelaan dan tuntutan balas yang difailkan oleh Ketua Pembangkang itu terhadap saman fitnah beliau.

Selain itu, Hishammuddin selaku plaintif juga mendakwa, motif utama Anwar juga adalah untuk meluahkan kebencian peribadinya dan kata-kata itu diterbitkan dengan hasrat untuk merosakkan reputasinya sebagai menteri dan Naib Presiden UMNO.

Hishammuddin seterusnya mendakwa, kenyataannya bahawa orang yang merasakan diri mereka menjadi mangsa atau dibabitkan dalam video itu perlu membuat laporan polis diucapkan dalam keadaan perlindungan bersyarat dalam kapasitinya sebagai menteri.

Hishammuddin turut menafikan sebarang penyalahgunaan kedudukan atau jawatannya atau sebarang tindakan yang bertentangan dengan tugas dan tanggungjawabnya.

Sehubungan itu, plaintif memohon agar tuntutan balas Anwar selaku defendan pada 25 Mei lalu ditolak dengan kos.

Sementara itu, pada sebutan pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera pada Jumaat, kes itu ditetapkan sebagai sebutan semula pada 25 Julai depan di hadapan Hakim Datuk V. T. Singham untuk Anwar menjawab pembelaan tersebut.

Pertukaran hakim disebabkan Vazeer Alam pernah mewakili isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail semasa beliau menjadi seorang pengamal undang-undang.

Hishammuddin diwakili oleh peguam Tan Sri Cecil Abraham dan Sunil Abraham manakala Peguam Datuk S. Ambiga hadir bagi pihak Anwar.

Hishammuddin memfailkan saman pada 26 April lepas melalui Tetuan Zul Rafique & Partners kerana mendakwa Anwar telah mengeluarkan kata-kata fitnah itu semasa wawancara dengan media selepas membuat laporan polis pada 22 Mac lepas di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Beliau mendakwa, kata-kata fitnah itu antara lain bermaksud bahawa beliau bertanggung-
jawab menayangkan video itu kepada sekumpulan editor dan wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lepas.

Selain itu, beliau juga mendakwa kata-kata fitnah itu kemudiannya diterbitkan secara meluas di media dan internet serta menyebabkan kerosakan teruk dari segi reputasi peribadi dan profesional.

Plaintif berkata, pernyataan yang dibuat oleh defendan adalah benar-benar palsu terhadap beliau dan tiada kewajaran serta berniat jahat untuk merosakkan reputasi, memalukannya sebagai ahli politik sehingga menyebabkan beliau telah diheret dalam skandal umum dan dibenci.

Sehubungan itu, beliau memohon ganti rugi am, teruk, teladan dan injunksi bagi menahan Anwar sama ada dengan sendiri atau melalui ejennya, menerbitkan atau terus menerbitkan kata-kata itu yang menfitnahnya.
- mStarOnline

SATU MELAYU:
Rasa tak sabar menanti tarikh 25 Julai tu.
Apapun, adakah perbicaraan kes saman ini juga akan tertunda dan tertangguh sebagaimana kes liwat II?

Selasa, 31 Mei 2011

Gantung jawatan Ketua Pembangkang sehingga kes video seks selesai - Rais

JALAN paling setimpal meredakan keraguan rakyat dalam isu Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah menggantung jawatan Ketua Pembangkangnya sehingga kes dakwaan pembabitannya dalam rakaman video seks selesai.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, prinsip dan amalan itu dilakukan pada perkhidmatan awam di sisi undang-undang.

"Kenapa ia tidak dilakukan kepada ahli parlimen yang berjawatan.

"Lagipun Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa setiap orang adalah sama di sisi undang-undang. Jika Anwar tak rela 'cuti' dari jawatannya itu bermakna beliau tidak menghormati amalan akauntabiliti demokrasi dan undang-undang negara," kata beliau kepada Utusan Malaysia pada Isnin.

Dalam aspek ini, kata Rais, jika kes melibatkan Penasihat PKR itu nanti diputuskan mahkamah memihak kepadanya, maka pakatan pembangkang boleh mengesyorkan pengembalian jawatannya itu.

"Udang-undang negara dan antarabangsa juga mengiktiraf amalan melepaskan jawatan sementara 'indictment' atau pendakwaan sedang berjalan terhadap seseorang," katanya.

Rais menarik perhatian kes melakukan serangan seksual dan percubaan merogol membabitkan Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn yang terpaksa melepaskan jawatan tingginya itu sebagai satu contoh terang dan nyata.

Malah bukan itu sahaja. Strauss-Kahn terpaksa pula membayar kos pengawasan yang disabitkan dengan 'penjagaannya' selama siasatan dengan kawalan terhadap dirinya berjalan.

"Beberapa orang menteri dan menteri besar kita juga pernah melepaskan jawatan semasa dalam edah perbicaraan jenayah terhadap dirinya.

"Mungkin Mursyidul Am Pas (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tak baca nas-nas ini kerana sentiasa cuba menegakkan benang basahnya dan 'keadilan' sendiri," kata beliau.

Tegas Rais: "Apa pun pendirian Menteri Besar Kelantan itu, ia sudah diduga. Amat membina sekiranya beliau melihat persekitaran kes Strauss-Kahn serta 14 orang pemimpin pembangkang Turki dan lain-lain yang menghormati amalan dan prinsip tanggungjawab demokrasi (dengan melepaskan jawatan mereka)."
- Utusan

SATU MELAYU:
Tak payahlah ambil tindakan. Biarkanlah dia bebas berbuat dan berkata apa sahaja serta menjelajah seluruh pelusuk dunia sesuka hati. Negara kita ini negara aman, pemimpinnya berhati lembut dan banyak tolak ansurnya.

Kalau sekarang baru nak buat, dah terlambat. Nanti berkokoklah juak-juak pembangkang terutamanya puak Pas dan Melayu PKR yang asabiyah itu. Perbuatan membela puak sendiri walaupun bersalah itu adalah sifat asabiyah.

Terlanjur pemimpin kita banyak berlembut dan bertolak ansur, biarkanlah Anwar menolak beransur-ansur hingga ke PRU nanti.

Ketika itu, sama ada rakyat bersetuju dengan tindakan tolak ansur pemimpin negara akan ditentukan melalui keputusan pilihan raya.
>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog