JALAN paling setimpal meredakan keraguan rakyat dalam isu Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah menggantung jawatan Ketua Pembangkangnya sehingga kes dakwaan pembabitannya dalam rakaman video seks selesai.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, prinsip dan amalan itu dilakukan pada perkhidmatan awam di sisi undang-undang.
"Lagipun Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa setiap orang adalah sama di sisi undang-undang. Jika Anwar tak rela 'cuti' dari jawatannya itu bermakna beliau tidak menghormati amalan akauntabiliti demokrasi dan undang-undang negara," kata beliau kepada Utusan Malaysia pada Isnin.
Dalam aspek ini, kata Rais, jika kes melibatkan Penasihat PKR itu nanti diputuskan mahkamah memihak kepadanya, maka pakatan pembangkang boleh mengesyorkan pengembalian jawatannya itu.
"Udang-undang negara dan antarabangsa juga mengiktiraf amalan melepaskan jawatan sementara 'indictment' atau pendakwaan sedang berjalan terhadap seseorang," katanya.
Rais menarik perhatian kes melakukan serangan seksual dan percubaan merogol membabitkan Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn yang terpaksa melepaskan jawatan tingginya itu sebagai satu contoh terang dan nyata.
Malah bukan itu sahaja. Strauss-Kahn terpaksa pula membayar kos pengawasan yang disabitkan dengan 'penjagaannya' selama siasatan dengan kawalan terhadap dirinya berjalan.
"Beberapa orang menteri dan menteri besar kita juga pernah melepaskan jawatan semasa dalam edah perbicaraan jenayah terhadap dirinya.
"Mungkin Mursyidul Am Pas (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tak baca nas-nas ini kerana sentiasa cuba menegakkan benang basahnya dan 'keadilan' sendiri," kata beliau.
Tegas Rais: "Apa pun pendirian Menteri Besar Kelantan itu, ia sudah diduga. Amat membina sekiranya beliau melihat persekitaran kes Strauss-Kahn serta 14 orang pemimpin pembangkang Turki dan lain-lain yang menghormati amalan dan prinsip tanggungjawab demokrasi (dengan melepaskan jawatan mereka)."
- Utusan
SATU MELAYU:
Tak payahlah ambil tindakan. Biarkanlah dia bebas berbuat dan berkata apa sahaja serta menjelajah seluruh pelusuk dunia sesuka hati. Negara kita ini negara aman, pemimpinnya berhati lembut dan banyak tolak ansurnya.
Kalau sekarang baru nak buat, dah terlambat. Nanti berkokoklah juak-juak pembangkang terutamanya puak Pas dan Melayu PKR yang asabiyah itu. Perbuatan membela puak sendiri walaupun bersalah itu adalah sifat asabiyah.
Terlanjur pemimpin kita banyak berlembut dan bertolak ansur, biarkanlah Anwar menolak beransur-ansur hingga ke PRU nanti.
Ketika itu, sama ada rakyat bersetuju dengan tindakan tolak ansur pemimpin negara akan ditentukan melalui keputusan pilihan raya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan