Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 18 Oktober 2011

Mulai 27 Oktober ini jom kita layan kes video seks Anwar pulak di mahkamah

MAHKAMAH Tinggi menetapkan 27 Oktober untuk mendengar permohonan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk membatalkan sebahagian kenyataan pembelaan Anwar Ibrahim dalam saman berhubung video seks memaparkan pelaku mirip ketua pembangkang itu.

Peguam Sunil Abraham, yang mewakili Hishammuddin, berkata kepada pemberita hari ini, permohonan itu akan didengar oleh Hakim Datuk V.T.Singham.

Pada 26 April, Hishammuddin memfailkan saman fitnah terhadap Anwar berhubung wawancara ketua pembangkang itu dengan wakil media pada 22 Mac di Balai Polis Dang Wangi, selepas membuat laporan menafikan yang dirinya adalah lelaki dalam video itu.

Hishammuddin, 50, berkata kata-kata dalam temubual itu antara lain bermaksud yang beliau bertanggungjawab menayangkan video berkenaan kepada sekumpulan editor dan wartawan di hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac.

Menteri itu berkata kata-kata itu juga bermaksud yang beliau telah mengaturkan penayangan video itu dan berkomplot dengan Perdana Menteri dan pegawai tinggi polis berhubung penayangan video itu.

Dalam pernyataan pembelaannya, Anwar berkata kata-kata beliau dalam wawancara itu telah diterbitkan atas kapasiti pelindungan bersyarat dan kedudukannya sebagai ketua pembangkang.

Anwar turut memfailkan kenyataan balas menyatakan kata-kata Hishammuddin pada sidang media yang diadakan beliau pada 21 Mac, seolah-olah mengesahkan kenyataan oleh tiga individu yang mendedahkan video itu bahawa pelaku dalam video itu adalah dirinya (Anwar).

Hishammuddin, dalam jawapannya, berkata Anwar mempunyai niat buruk semasa mengeluarkan kata-kata memfitnah itu yang kemudiannya telah dilaporkan secara meluas di media dan internet.

Beliau berkata kata-kata itu bukan diterbitkan dengan niat baik dan motif utama Anwar ialah untuk mencemarkan reputasinya sebagai menteri dan ahli politik.
- BernamaOnline

SATU MELAYU:
Datuk Eskay bersumpah laknat....
Setelah hampir tiga tahun rakyat Malaysia dan dunia didedahkan dengan kisah perbicaraan kes liwat Anwar-Saiful di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kini tiba masanya untuk mendengar pula kisah kes vodeo seks yang tersebar kepada umum melalui media internet, yang didakwa oleh bekas sahabat karib Anwar – Datuk Eskay, bahawa pelaku lelaki dalam video seks berkenaan adalah Anwar bin Ibrahim.

Pelik! Yang dedahkan video berkenaan 'Trio Datuk T'. Yang bersumpah laknat Datuk Eskay. Tapi yang dikaitkan Anwar sebagai dalang Datuk Seri Hishammuddin - Menteri Dalam Negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog