Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 28 Julai 2010

Kerana Tentang Tindakan Sekutu Rapat: PAS SELANGOR SEPATUTNYA DIBERI AMARAN KERAS

KENYATAAN Pas Selangor yang melahirkan rasa tidak selesa dengan gesaan Tony Pua, MP Petaling Jaya Utara dan juga penasihat ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP, menunjukkan bahawa Pas negeri itu tidak tahu menjaga perasaan parti sekutunya dalam pakatan. Kepimpinan Pas yang sangat komited dengan persefahaman antara parti, sepatutnya memberikan amaran kepada kepimpinan Pas Selangor supaya tutup mulut.

Lebih-lebih lagi, apa yang dicadangkan si Pua itu telah disambut baik oleh MB Selangor, Khalid Ibrahim. MB Selangor bukannya dari Pas, dia dari PKR. Kalau MB dah setuju, kenapa Pas memandai-mandai mencurigai agenda DAP? Mana boleh! Pas hanya rakan komponen sahaja. Pas bukannya peneraju utama politik dan pentadbiran Selangor.

Dah dapat jadi exco dan lain-lain peluang, duduklah diam-diam dan terima sahajalah apa yang mahu direncanakan oleh PKR dan DAP. Kalau Pas tak ada pun, PKR dan DAP mampu mentadbir dan terus kekal berkuasa di Selangor.

Pas jangan banyak songeh.

Pas seharusnya sedar bahawa apa yang dilakukan oleh DAP dan dipersetujui pula oleh PKR Selangor itu adalah tindakan wajar dalam menentang UMNO/BN. Apa yang UMNO/BN telah laksanakan dahulu hendaklah dihapuskan. Dan dasar memberi keistimewaan kepada orang Melayu adalah agenda UMNO. Kalau mahu mengalahkan UMNO/BN, maka Pas seharusnya menghapuskan apa sahaja dasar lama yang masih ada. Jangan disambung dan jangan diteruskan.

Kerajaan Pakatan Selangor ada hak berbuat apa sahaja demi mengekalkan sokongan rakyat. Apa yang dicadangkan oleh si Pua itu tidak lari dari maksud tersebut. Kaum imigran Cina di Selangor pastinya akan memberikan sokongan padu kepada pakatan.

Pada PRU-13 nanti, tidak akan ada satu undi pun yang kaum imigtran cina berikan kepada BN. Janganlah Pas Selangor buat kacau dan menegur agenda DAP yang sedang mendalangi kerajaan Selangor sekarang. Biarkan sahaja.... biarkan.... biarkan....

Nik Aziz selaku Mursyidul Am yang sangat berkuasa masa kini, seharusnya mengambil tindakan terhadap Pas Selangor. Dan Khalis Samad yang begitu lantang menyokong DAP pula sepatutnya mencadangkan kepada Pas pusat supaya memecat semua kepimpinan Pas Selangor kerana polemik ini. Gantikan sahaja dengan orang lain. Ada banyak lagi pemimpin Pas di Selangor yang layak menggantikan Hassan Ali dan barisan kepimpinannya.

Dalam keadaan ini, Khalid Samad jauh lebih baik dan lebih berkalibar daripada Hassan Ali. Bila-bila masa sahaja dia boleh gantikan tempat Hassan Ali sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Cuba tengok nanti bagaimana hebatnya jika anak Johor pula yang menerajui Pas Selangor.

Pak Sulung: Memikirkan bagaimana Allah swt merencanakan kuasaNya terhadap pemimpin Pas yang sangat bongkak dan sombong terhadap seorang Mufti yang mahu menyatukan umat Islam. Tak sampai pun seminggu, telah timbul konflik kepentingan antara Pas dengan PKR dan DAP. Mungkin Allah swt mahu menunjukkan kepada seluruh umat Melayu/Islam supaya sedar bahawa Pas tidak sedar ianya diperalat oleh dua sekutunya itu. Sesungguhnya agenda mereka sangat bertentangan dengan perjuangan asal Pas dan kepenting umat Melayu/Islam di negara ini. Wallahhualam....

2 ulasan:

Jeepers Creepers berkata...

suara pas tak kemana sebab pas hanya kuda tunggangan dap.pkr juga akan meenrima nasib sama seperti pas.

PakSulung berkata...

Assalammualaikum wmt.
Benar. Itulah hakikat yg tidak disedari oleh sedara kita yang begitu taksub dengan pakatan rakyat.
Tugas kita semua sebagai bloger adalah memberikan kesedaran kpd mereka semua. Mereka adalah saudara sebangsa dan seagama dengan kita.
Oleh kerana mereka masih diulit mimpi dan sangat keras hati kerana dendam kesumat yg ditanam oleh pemimpin Pas sejak lebih 50 tahun, adalah sedikit rasa berkewajipan bagi kita menyedarkan mereka.
Oleh kerana kenakalan mereka agak terlampau, maka ada kalanya kita terpaksa besit mereka dengan rotan. Itu aje....
Berbuat sesuatu kerana Allah adalah pegangan kita. Dan kesedaran bahawa Iblis itu tugasnya menjahanamkan anak Adam patut sentiasa disedari.

Terima kasih. Selamat berjuang demi agama. bangsa dan negara.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog