MANTAN Naib Presiden Parti Keadilan, Encik Zainur Zakaria mencabar Nik Aziz Nik Mat mengadakan ceramah politik Pas di Singapura untuk membuktikan sama ada Lee Kuan Yew benar-benar menyokongnya dan perjuangan Pas.
Pengamal Undang-undang yang pernah menjadi salah seorang peguam membela Anwar Ibrahim dalam Kes Liwat Pertamanya dahulu mengeluarkan kata-kata cabaran itu ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Cabaran Perlembagaan Persekutuan (Perkara 153) Dalam Arus Politik Masa Kini di Perhimpunan Melayu Perak yang diadakan pada 17 Julai di Ipoh.
Beliau membuat cabaran itu ketika membicarakan sikap pemimpin-pemimpin Melayu yang buta politik serta sanggup bersekongkol dengan DAP semata-mata kerana dendam kesumatnya terhadap UMNO serta rela bermusuhan sesama ummah.
Katanya, “Semasa Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura melawat negeri Kelantan selepas Pilihan Raya Umum ke 12. Ketika itu Nik Aziz bergambar dengan si durjana itu dengan muka ceria tanda bangga sambil mengangkat ibu jari tanda ‘bagus’ atau sangat gembira.”
“Kalau Nik Aziz benar-benar yakin bahawa Lee Kuan Yew senang dengan Pas dan Melayu/Islam, silalah buat ceramah politik Pas di negara pulau itu. Lihat sama ada Lee Kuan Yew benarkan atau tidak. Yang pasti, parti politik Melayu/Islam atau orang Melayu tidak akan dibenarkan memberi ceramah politik di sana,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh para hadhirin.
Ada benarnya kata-kata peguam itu. Penulis sangat bersetuju dengannya sebagaimana juga para hadhirin lain yang berada di Dewan Bankuet Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak ketika itu.
Naik Aziz lupa bahawa lawatan Lee Kuan Yew itu semata-mata bertujuan membuktikan kepada masyarakat Cina di negara ini bahawa janganlah takut dengan perjuangan Pas. Perjuangan Pas tidak kemana dan para pemimpin utama mereka telah dengan mudah dapat ditundukkan.
Tindakan Lee Kuan Yew itu memberi signal supaya masyarakat Cina memberikan sokongan padu kepada calon Pas yang bakal mereka hadapi pada PRU ke 13 nanti.
Demi survival kaum Cina di negara ini, mereka herndaklah pura-pura menyokong Pas dan mengundi calon parti itu apabila calon yang bertanding di kawasan mereka tidak ada calon DAP melainkan calon Pas. Jangan takut dengan serban, jubah dan janggut mereka kerana mereka tak boleh buat apa-apa. Sekarang Melayu dan Islam Pas telah sekandang dengan PKR, di mana yang menutup dan membuka pintu kandangnya adalah DAP.
Apa yang dinyatakan Lee Kuan Yew secara tersirat itu memang benar-bena telah berlaku. Peristiwa Mohd Nizar di Perak dahulu dan Khalid Ibrahim di Selangor hingga sekarang membuktikannya. Orang Pas bermati-matian mempertahankan Pakatan yang menjadi topeng sementara DAP.
“Orang Melayu Pas adalah alat yang kita jadikan kawan buat sementara.” Mungkin itulah suara tersirat yang mahu ditonjolkan Lee Kuan Yew untuk kaum Cina di negara ini.
Begitulah maksudnya. Pas dan PKR hanya kawan sementara untuk Pakatan merampas negara. Apabila terjelma ketikanya, tepatnya bila Pakatan menguasai 2/3 Parlimen Malaysia nanti, maka perkara penting dalam Perlembagaan Negara yang menghalang mereka, iaitu hak istimewa orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Melayu pasti akan dihapuskan.
Ketika itu orang Melayu Pas dan PKR akan terkulat-kulat mengigit jari. Malaysia akan jadi sebuah republik. Mungkin Presiden pertamanya orang Melayu. Inilah yang dilakukan pabila Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965. Aziz Ishak jadi Presiden pertama. Lepas itu? Melayu seperti tidak wjud lagi di negara seberang Tambak Johor itu.
Kerana malu dan mungkin kerana wang ringgit yang akan disuapkan oleh kaum imigrin Cina, mereka Melayu lupa diri itu akan terus mempertahankan apa yang telah berlaku. Malah mungkin akan sanggup membunuh bangsanya sendiri kerana umpan dan suruhan pejuang kaum Cina ketika itu.
Perkara ini pernah berlaku dan tidak mustahil akan berulang. Tanyalah orang-orang lama yang pernah menyaksi atau mengalami sendiri bagaimana ada orang Melayu yang sanggup menjadi tali barut Bintang Tiga semasa orang Cina berkuasa selama 14 hari selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.
Inilah masalah Melayu dari dulu hingga kini. Pepatah yang menyebut: Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelapan’ adalah khusus untuk Melayu spesis ini. Demikian sikap dan keadaan orang Melayu sekarang ini. Walaupun bukan semua tetapi ada ramai yang begitu.
Sampai bila mereka baru sedar, hanya terserah kepada Allah swt yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.
Wallahhualam....
Pak Sulung: Jika mati dan hidup semula sekali pun tidak akan percaya dengan kaum imigran Cina yang ada di negara ini.
BANTAH TAN SRI MUSA AMAN DILANTIK TYT SABAH-SATU PERBUATAN KEJI
-
Tan Sri Musa Aman dilantik Ketua Menteri pada Mac 2003, selepas menjadi
wakil rakyat pada tahun 1994, di DUN Sungai Sibuga.
Musa adalah Ketua Menteri terl...
3 hari yang lalu
2 ulasan:
Di mana kah mata hati orang melayu yang tidak melihat kekejaman Yahudi sebagai pengajaran.Adakah mereka buta atau di butakan oleh yang maha kuasa demi kekuasaan di dunia yang fana ini.Kembali lah kepada Allah.
hangkedee,
Aku pernah terfikir dan selalu terfikir, dalam dok di azan supaya kembali kepada Allah pun ramai yang berkelahi, bergaduh berpecahbelahkerana berusaha untuk 'kembali ke jalan Allah'.
Wajib ada silapnya perlumbaan masing-masing untuk berbut-rebutan 'kembali ke jalan Allah'.
Yang pasti tidak perlu di rebut dan di kejar ialaj 'kembali kepada Allah'.....innalillah...
Catat Ulasan