LEBIH kurang seminggu selepas sebahagian rakyat Indonesia di Jakarta mengadakan tunjuk perasaan membenci Malaysia dengan membakar dan memijak Jalur Gemilang, membaling najis manusia ke premis Kedutaan Malaysia di ibu negara itu serta mempamerkan pelbagai sepandok mengecam dan menghina Malaysia, tiba-tiba Gunung Sinabung di Sumatera Utara meletuskan lahar dan pasir panas, setelah 400 tahun tidak aktif.
Ya Allah! Kenapakah bala seperti ini Engkau timpakan bertali arus di negara jiran kami yang serumpun, sebangsa dan seagama itu. Terlalu marahkah Engkau terhadap mereka (rakyatnya) atau mahu menyedarkan mereka yang lupa daratan supaya mengerti apa tujuan manusia itu Engkau ciptakan di muka bumi ini?
Ya Allah! Ya Rahman! Ya Rahim! Hamba-hambaMu yang dhaif, lemah dan tidak berkuasa walau sedikitpun di dunia ini redha dengan Kuasa dan KehendakMu. Segala-galanya daripadaMu. Daripada Engkau kami datang dan kepada Engkau kami akan kembali.
Demikian kesedaran yang terbit dalam fikiran penulis bila mengenangkan betapa sengsara dan deritanya rakyat di negara jiran itu menghadapi dugaan dari Penciptanya, khususnya di persekitaran gunung berapi berkenaan.
Sebagaimana yang diberitakan, sejumlah 12,000 penduduk sekitarnya terpaksa melarikan diri. Dan sekurang-kurangnya dua orang maut kerana sesak pernafasan dan diserang sakit jantung. Bayangkan bagaimana siksanya mereka yang tertimpa malapetaka alam itu. Sedangkan untuk yang beragama Islam pula akan menyambut ‘Aidulfitri sepuluh hari lagi.
Kalau kita bermuhasabah diri dan memikirkan betapa bertuahnya kita di Malaysia ini kerana tidak ditimpa bala bencana alam seperti banjir yang melanda negara China dan Pakistan sekarang dan terbaru di sekitar Gunung Sinabung di Sumatera Utara itu. Tidak ada kalimah yang harus terucap daripada mulut kita selain Alhamdulillah..... Syukur krHadhrat Allah SWT, Tuhan pencipta alam dan segala isinya.
Penulis menulis sebegini kerana terkenangkan perbuatan segelintir rakyat yang kelaparan dan miskin di kota Jakarata, Indonesia yang terpaksa melakukan penghinaan dan perbuatan biadap terhadap negara jiran serumpunnya – Malaysia, yang banyak memberikan peluang rezeki kepada lebih dua juta rakyatnya, walaupun sebilangan besar mereka hadhir sebagai ‘pendatang tanpa izin’, semata-mata kerana sedikit ‘duit raya’. Maksudnya dilakukan secara terpaksa sebab dhaif dan miskin.
Terlalu banyak yang mampu kita tuliskan jika segala yang terfikir dalam fikiran kita mengenainya, dirakamkan sebagai tulisan – prosa atau puisi.
Hanya kepada Allah SWT sahaja tempat kita semua mengadu, kerana hanya Dia sahajalah yang Maha Mengetahui dan sebaik-baik Perencana.
Pak Sulung: Masih tidak dapat lari daripada terfikirkan bahawa segala malapetaka dan bencana alam yang melanda negara jiran Indonesia yang bertali-arus itu, sebagai kemurkaan Allah SWT kerana pemerintahnya membenarkan nama Allah digunapakai oleh semua agama yang terdapat di negara berkenaan.
Dan kepada warga Malaysia yang berpendapat bahawa tidak terjadi apa-apa pun jika nama Allah digunapakai oleh agama-agama lain selain Islam kerana mengambil contoh negara jiran Indonesia, semua itu adalah jawapannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan