Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 2 September 2010

MAHASISWA INDONESIA PUN NAK CARI 'DUIT RAYA' JUGA....


SYUKUR ALHAMDULILLAH.... umat Islam di Malaysia sekali lagi dapat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan dalam keadaan aman, sejahtera dan ceria. Manakala segelintir umat yang kurang bernasib baik, mendapat perhatian pelbagai pihak dengan pelbagai bantuan yang dihulur untuk menceriakan mereka menjalani ibadah puasa serta menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan dengan itu sebahagian besar umat Melayu/Islam bagaikan berpesta dalam menyedikan keperluan serba baru untuk menyambut 1 Syawal, lapan hari lagi. Semuanya berbelanja mengikut kemampuan masing-masing. Dan yang paling gembira adalah kanak-kanak yang diberikan tumpuan khas oleh ibu bapa atau penjaga masing-masing.

Demikian senario sepintas lalu keadaan masyarakat kita, khasnya umat Melayu/Islam sepanjang Ramadhan dan persediaan mereka menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun, saudara serumpun kita di Indonesia, khasnya penduduk Jakarta yang dhaif terpaksa berhempas pulas mencari ‘duit raya’ untuk tujuan sama. Malah untuk mendapatkan makanan pun agak sulit dan payah.

Suasana itu turut dirasa sama oleh sebahagian mahasiswa kota berkenaan. Dengan adanya peluang mendapatkan ‘duit raya’ sumbangan individu atau kumpulan tertentu, mereka sanggup walaupun dalam keadaan terpaksa melakukan ‘tunjuk perasaan’ sebagai syarat mendapatkan sumbangan berkaitan.

Maka tunjuk perasaan yang menular di kota Jakarta sekarang bermotif ‘Mengganyang Malaysia’ dan ‘Sweeping Malaysian’, jadi sumber ilham untuk tujuan berkenaan. Apa perlunya mereka bertindak sedemikian kalau tidak kerana mendapatkan sedikit ‘duit raya’?

Semuanya telah diketahui melalui pengakuan mereka sendiri sebagaimana yang tersiar di media massa.

Semalam (1 September), berita dari kota Jakarta melaporkan sekumpulan pelajar yang mendakwa mewakili Gerakan Mahasiswa Hukum Jakarta (Gerakan Mahasiswa Undang-Undang Jakarta) bertindak mengotorkan Jalur Gemilang (bendera Malaysia) dengan telur, sebelum membakar dan melontarkan bendera yang terbakar sebahagiannnya itu ke dalam kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Dalam demonstrasi membantah insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia dekat Kepulauan Riau baru-baru ini, mereka turut melontar telur dan ikan masin busuk ke dalam kawasan kedutaan besar itu selain mengotorkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia itu dengan tepung gandum dan ikan masin busuk.

Mereka membawa beberapa sepanduk yang antara lainnya ditulis “diplomasi mati suri”, “ganyang Malaysia”, “bela harga diri bangsa” serta “malingsia serumpun yang durhaka”. Demonstrasi selama kira-kira setengah jam mulai pukul 11.05 pagi itu diawasi oleh kira-kira 60 anggota polis Indonesia.

Begitu kisah sedih mahasiswa di sana.

Jika dibandingkan dengan mahasiswa di negara kita, keadaannya jauh lebih baik dan selesa.

Tidak ada apa yang patut kita semua ucapkan selain daripada bersyukur kehadhrat Allah SWT yang meletakkan negara kita dalam keadaan aman dan sebahagian besar rakyatnya berada dalam kesejahteraan.

Kepada yang mahu berfikir, berfikirlah dengan waras dan saksama lagi bijaksana. Atas alasan apa kita di negara ini mahu memecah-belahkan perpaduan ummah dan menjahanamkan kemajuan negara yang dibina sekian lama oleh negarawan terdahulu dan sekarang? Tanyalah kepada diri kita sendiri, kerana selain Allah SWT, kita tidak boleh menipu diri kita sendiri.

Negara jiran Indonesia yang serumpun, sebangsa dan seagama itu telah mencapai kemerdekaan daripada penjajahan Belanda sepuluh tahun lebih awal dari kita di Persekutuan Tanah Melayu, kemudiannya menjadi Malaysia, enam tahun kemudian.

Hasil bumi dan keluasan wilayahnya pula jauh lebih banyak dan lebih luas jika dibandingkan dengan negara kita, Malaysia. Kaum wanita dan anak gadis mereka berduyun-duyun meninggalkan tanah tumpah darah kerana mencari rezeki di perantauan. Dalam keadaan terpaksa mereka meninggalkan keluarga, anak-anak serta suami.

Fikir-fikirkanlah.

Pak Sulung: Mencadangkan rakyat Malaysia yang masih tidak puas hati dengan keadaan negaranya ini, supaya berkunjung ke negara-negara jiran di rantau Nusantara (Asia Tenggara) untuk memerhatikan kehidupan rakyatnya bagi dibandingkan dengan keadaan kita di negara kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog