Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 1 September 2010

PAS: Dulu Lain Sekarang Lain....


DALAM suasana menyambut kemerdekaan negara ke -53 ini, elok rasanya kita tinjau perbezaan Pas antara dahulu dan sekarang. Parti yang nama asalnya ‘Pan Malayan Islamic Party’ itu telah banyak berubah. Dan perubahan yang paling ketara ialah setelah ianya bersekutu dengan DAP dan PKR dalam sebuah pakatan ‘tak bertauliah’ bernama ‘Pakatan Rakyat’.

Segala-galanya berlaku selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 8 Mac 2008. Semuanya jadi tidak seperti dulu setelah parti itu berada dalam satu pakatan yang berKetua-Umumkan seorang hamba Allah bernama Anwar bin Ibrahim.

Walaupun Anwar Ibrahim itu hanyalah sebagai ‘penasihat’ sahaja kepada PKR tetapi, dalam pakatan mereka semua bersetuju menatangnya untuk dijadikan Ketua Umum. Iaitu ketua kepada semua ketua. Atau ketua kepada Pas yang berPresidenkan Abdul Hadi Awang, ketua kepada DAP yang berPresidenkan Karpal Singh dan ketua kepada PKR yang presidennya adalah isteri beliau snediri, Wan Azizah.

Semenjak Pas berada di bawah ketiak Anwar Ibrahim macam-macam hal berlaku di peringkat dalaman parti itu. Presidennya hilang kuasa dan yang menonjol ialah Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat. Nik Aziz telah membelakangkan Abdul Hadi dalam banyak hal yang berhubung-kait dengan soal dasar parti.

Semua pemimpin Pas tidak berani angkat muka dengan Tok Guru Nik Aziz. Kalau Nik Aziz kata hitam, maka hitamlah kata semua pemimpin parti itu. Tidak ada bukti jelas untuk menjelaskan kenapa begitu jadinya kepimpinan sekarang. Mereka kelihatan sangat takut dengan Nik Aziz.

Maka apabila sindrom takut telah menerpa kepimpinan parti itu, maka hilanglah rasa hormat yang sangat ditekankan oleh ajaran Islam.

Dahulu Pas begitu gah dengan perjuangan Islam dan menegakkan sebuah negara Islamnya. Kini semuanya telah terdedah kepada umum bahawa parti itu tidak lagi berminat dengan perjuangan itu. Perjuangan terbaru Pas ialah merampas Putrajaya untuk diserahkan kepada Anwar bin Ibrahim.

Selepas berjaya menyerahkan Putrajaya kepada Anwar, lantak le apa nak jadi dengan Pas selepas itu. Janji Putrajaya dapat ditawan dan Anwar Ibrahim dapat dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-tujuh. Had itu sahaja yang terfikir oleh mereka, khasnya Nik Aziz Nik Mat.

Walaupun setelah bermacam masalah politik timbul akibat bersekongkol dengan DAP yang anti-Melayu dan anti-Islam serta PKR yang hanya mahu memperjuangkan nasib masa depan politik Anwar Ibrahim, Pas cuba menggilap slogan lamanya yang dah berkarat, iaitu ‘Hukum Hudud’.

Slogan lapuk itu cuba digosok kembali oleh Nik Aziz bagaikan menggosok ‘Lampu Aladin’. Malang bagi Nik Aziz, jin yang keluar dari lampu itu ialah Karpal Singh yang dengan garang menyergah Nik Aziz supaya jangan berangan-angan mahu menubuhkan negara Islam dan undang-undang Islam di negara ini.

Terlentuk dan lembiklah Nik Aziz dibuatnya. Terkedu dan terduduk tak berani kata apa. Kerana risau dengan sokongan penyokong yang semakin merosot, Nik Aziz pun dipulihkan semangatnya oleh Anwar Ibrahim melalui Husam, dengan mencetuskan idea baru, iaitu menyaman Petronas kerana engkar memberikan royalti minyak, kononnya....

Maka berseri dan tersenyumlah semula Nik Aziz setelah ada isu baru yang diyakini mampu untuk meraih semula sokongan puak mereka yang dah mula menyepi.

Begitulah keadaan dan suasana Pas sekarang. Dahulu mana mereka tahu nak buat kerja saman-menyaman seperti itu. Sekarang, setelah berkawan dengan Karpal dan Lim Guan Eng, Lim Kit Siang serta Lee Kuan Yew, Pas – khasnya Nik Aziz, dah pandai panjat tangga mahkamah. Lepas ini tak tahulah siapa pula yang akan dia saman.

Memanglah kerja saman-menyaman untuk menutup mulut dan mengertak orang itu, amalan biasa DAP dan juga Lee Kuan Yew. Kalau mereka rasa tertekan maka adalah orang atau pihak yang akan di saman atau diheret ke mahkamah. Tujuannya bukan apa, cuma sekadar mentutup mulut atau supaya isu yang timbul tidak berpanjangan kerana menunggu kes dibicarakan di mahkamah.

Dulu hanya penceramah daripada Pas sahaja yang berceramah politik di surau-surau dan masjid-masjid yang mereka kuasai. Kini pemimpin DAP dan PKR yang bukan Islam pun dah boleh masuk memberikan ceramah. Pas kini dah bertambah kuat dengan adanya sokongan daripada bukan Islam, khasnya dari segi memberikan ceramah-cermah politik melalui surau dan masjid.

Inikah agaknya yang dimaksudkan Nik Aziz bahawa parti itu mahu mendekatkan orang bukan Islam dengan agama dan ajaran Islam? Entahlah.... Hanya Nik Aziz sahaja yang tahu.

Demikian sedikit sebanyak perbezaan ketara yang penulis dapat fikirkan mengenai Pas dahulu dan Pas sekarang. Mungkin kekawan lain boleh tambah jika ada yang berminat dan mempunyai analisis yang lebih bernas dan jitu.

Pak Sulung: Menasihatkan diri sendiri dan para sahabat blogger supaya mulai sekarang berhati-hati sedikit dengan Nik Aziz. Dia dah pandai dakwa di mahkamah dan bila-bila masa dia sedia panjat tangga mahkamah, walaupun dalam keadaan berpimpin. Lagi pun, dahulu Pas kurang mendapat bantuan para peguam. Kini puak-puak peguam daripada DAP dan PKR dah ramai yang sedia tolong Pas untuk tujuan berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog