Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 2 September 2010

Menjunjung Kasih Keatas Keperihatinan Raja Nazrin Shah: PELUK TUBUH RASA NAK DEMAM, BARUKU TAHU NASIB TAK BAIK.


ENTAH di mana silap dan di mana pula salahnya, tiba-tiba Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah secara mengejut mencemar duli meninjau kawasan jalan pintas Rapat Setia ke Ampang berhampiran Taman Rapat Koperasi di Bandaraya Ipoh, yang dijadikan tempat pembuangan sampah haram sehingga menimbulkan rungutan orang ramai.

Dalam tindakan yang dianggap tidak pernah dilakukan sebelum ini, Raja Nazrin turut meninjau kawasan berhampiran Taman Pinggir Rapat Perdana yang juga didakwa sering tercemar dengan kejadian pembakaran terbuka yang menimbulkan masalah penduduk setempat.

Baginda meluangkan masa selama 25 minit meninjau di kedua-dua kawasan terbabit dan meminta Datuk Bandar segera menangani masalah berkenaan. Baginda ternyata kesal dengan masalah yang timbul di mana kawasan Bandaraya Ipoh yang agak kotor dan tidak terurus sehingga menimbulkan pencemaran serta aduan penduduk.

Raja Nazrin diberitakan memberitahu Datuk Bandar yang turut serta dalam tinjauan itu: “Orang komplen mengenai sampah di sini.”

Adakah ini merupakan hadiah sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 untuk rakyat Bandaraya Ipoh dan juga para penjawat awam Perak daripada baginda Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah, terpulang kepada persepsi masing-masing.

Pak Sulung: Tidak berniat menuding jari kepada Datuk Bandar atau sesiapa tetapi, pengajaran daripada episod ini perlu diambil perhatian oleh ketua-ketua jabatan lain supaya mengemaskini tugasan anda. Yang sentiasa parlu diingat, lawatan mengejut seperti itu tidak mustahil akan berlaku di tempat lain, pada ketika yang lain dan dengan masalah yang lain pula. Jangan sampai Raja murka, nanti susah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog