Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 3 September 2010

KISAH PENCURI TAMAR

PADA suatu hari, Abu Hurairah diserahkan tugas menjaga tamar orang berzakat oleh Rasulullah SAW. Tiba-tiba datang seorang tua lalu terus mengambil buah tamar dan memakannya. Abu Hurairah terus menangkap orang tua itu untuk di bawa mengadap Rasulullah atas tuduhan mencuri.

Orang tua itu mengeluh dan meminta dikasihani dengan berkata, ‘Aku adalah orang yang sangat miskin lagi ramai anak. Kerana itu aku sangat memerlukan makanan ini. Anakku menangis di rumah kerana perutnya lapar.’

Mendengarkan kata-kata orang tua itu, Abu Hurairah berasa terharu dan akhirnya melepaskannya. Keesokan pagi, Abu Hurairah telah ditanya oleh Rasulullah SAW: “Apakah yang telah dilakukan oleh tawanan kamu semalam?”
Jawab Abu Hurairah: “Dia aku lepaskan kerana mengeluh sebab anaknya di rumah sedang menunggu makanan daripadanya.”
“Nanti malam dia akan datang lagi,” kata Rasulullah.

Mendengarkan kata-kata Rasulullah itu, maka Abu Hurairah pun berjaga pada malam itu dengan bersungguh- sungguh. Memang benar, malam ini orang tua itu datang lagi lalu mengambil buah tamar dengan kedua belah tangannya. Sekali lagi Abu Hurairah menagkapnya dan memberitahunya akan dibawa mengadap Rasulullah. Seperti semalam, orang tua itu merayu dan benar-benar meminta maaf kerana dia tersangat memerlukan makanan untuk keluarganya. Dia berjanji tidak akan datang lagi.

Abu Hurairah pun jadi kasihan terhadap orang tua itu dan akhirnya dia membebaskan semula. Keesokkan harinya Rasulullah bertanya lagi kepada Abu Hurairah: “Hai Abu Hurairah, apakah yang kamu lakukan terhadap tawanan kamu semalam?”
“Dia aku lepaskan kerana benar-benar memerlukan makanan dan benar-benar miskin. Lagi pun orang tua itu sangat berhajat kepada makanan itu untuk keluarganya yang lapar. Dia telah berjanji tidak akan datang lagi.”
“Dia berdusta, dia akan datang kembali malan ini,” kata Rasulullah meyakinkan Abu Hurairah.

Oleh kerana lelaki itu akan kembali lagi malam ini, maka Abu Hurairah pun berjaga dengan lebih waspada lagi. Apa yang dikatakan Rasulullah memang benar. Malam ini orang tua itu datang lagi dan mengambil tamar dengan lebih banyak. Maka Abu Hurairah segera bertindak menangkap pencuri tua itu untuk dihadapkan kepada Rasulullah. Lantas dia meminta maaf dan berjanji tidak akan datang lagi.

Kali ini, Abu Hurairah tidak mahu melepaskannya dan berkata, ‘Kamu telah berjanji tetapi tidak menepatinya.’
Orang tua itu menjawab, ‘Jika tuan melepaskan aku nescaya aku ajarkan doa yang sangat berguna kepadamu.’
‘Apakah dia itu?’ tanya Abu Hurairah.

“Jika kamu mahu tidur di tempat tidurmu, maka bacalah ayat al-Kursyi, sesungguhnya kamu akan dijaga oleh malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk menjagamu. Dan semalaman itu kamu tidak akan didekati oleh syaitan hingga pagi,” jelas orang tua itu.

Esok paginya, seperti biasa Abu Hurairah ditanya lagi tentang tawanannya oleh Rasulullah.
“Hai Abu Hurairah, apakah yang telah dilakukan oleh tawananmu semalam?”
“Ya Rasulullah, dia telah mengajarkan doa yang sangat berguna kepadaku.”
“Apakah doa yang telah diajarkannya kepada mu?”
“Dia berkata, sebelum aku tidur bacalah ayat al-Kursyi terlebih dahulu kerana barang siapa yang membaca ayat tersebut maka Allah menyuruh malaikat menjaganya hingga pagi dan tidak akan dihampiri oleh syaitan,” jelas Abu Hurairah kepada pertanyaan Rasulullah.

“Dia telah berkata benar kepadamu, padahal dia adalah pendusta. Tahukah kamu siapa orang tua itu?”
“Allah dan RasulNya sahaja yang lebih mengetahui.”
“Ketahuilah Abu Hurairah, orang tua itu adalah syaitan.”

1 ulasan:

Unknown berkata...

apa maksud cerita tuan ini? saya x faham.

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog