Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 20 September 2011

Cantikkkkk! Mat Sabu akan didakwa esok.....

JENG! Jengg...! Jengggg!
Esok, Mohamad Sabu atau Mat Sabu akan didakwa di mahkamah berhubung intipati ceramah politiknya yang mengangkat Mat Indera sebagai wira bangsa sebenar.

Sebagaimana diberitakan Bernama Online Mat Sabu ketika dihubungi mengesahkan beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok (Khamis) setelah dimaklumkan oleh peguamnya Mohamad Hanipa Maidin, Selasa.

"Peguam saya telah beritahu saya bahawa pihak polis ada menghubunginya bagi tahu, saya akan didakwa esok. Ini ada kaitan dengan ceramah saya tempoh hari mengenai Mat Indera. Mereka minta saya hadir 9 pagi. Saya dan peguam saya akan hadir," katanya ringkas.

Ceramah Mat Sabu mengenai Mat Indera di Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos telah mencetuskan kontroversi apabila Mat Indera yang dianggap ramai sebagai komunis, dijulang menjadi hero sebenar dan bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang terbunuh dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor, pada 1950.

Selain itu, Timbalan Presiden PAS itu dilaporkan turut mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

Ceramah beliau yang mendapat liputan meluas media telah mencetuskan kontroversi besar sehingga dikecam pelbagai pihak termasuk pewaris anggota polis Bukit Kepong yang terkorban, selain beratus-ratus aduan polis dibuat ke atas Mat Sabu.

Mohamad turut dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia kerana mendakwa akhbar itu memfitnah beliau.

Sementara itu, Hanipa ketika dihubungi berkata beliau dimaklumkan Mat Sabu akan didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada perbuatan mengedar atau membuat kenyataan menghasut atau melakukan jenayah.

Jika sabit kesalahan, Mat Sabu boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Sesungguhnya ramai rakyat di negara ini yang teringin sangat menyaksikan bagaimana ‘si mulut celupar’ bernama Mat Sabu ini berdepan dengan pihak pendakwa. Adakah dia akan menggunakan keceluparannya ketika disoal nanti? Atau dia akan jadi sebaliknya.

Atau adakah nanti dia akan menjawab semua soalan pendakwa sebagaimana dia beraksi ketika berceramah? Yang penting, adakah segala caci maki, kecaman dan sumpar seranah akan dibawanya ke mahkamah?

Selamat bertarung di mahkamah Mat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog