Cina India Kaum Pendatang

Rabu, 21 September 2011

Tuduhan Terhadap Mat Sabu: ‘Burukkan nama anggota dan keluarga polis....”

TIMBALAN Presiden PAS, Mohamad Sabu diiringi penyokong ketika keluar dari Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini selepas beliau didakwa membuat fitnah yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu. Pemimpin PAS itu dibebaskan dengan ikat jamin RM15,000 serta seorang penjamin.
TIMBALAN Presiden Pas, Mohamad Sabu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth kerana dituduh membuat tohmahan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, pada 21 Ogos lepas.

Mohamad, 57, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dari Guar Petai, Tasek Gelugor, mengaku tidak bersalah dan minta dibicara terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan itu.

Dia didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Feb 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.

Mohamad didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai pada 10 malam hingga 12 tengah malam 21 Ogos di hadapan Pusat Asuhan Tadika Islam Al-Fahmi, Markas Tarbiyah Pas, Padang Menora, Tasek Gelugor.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan alternatif, Mohamad didakwa telah memfitnah anggota-anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Konstabel Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Feb 1950, dengan membuat tohmahan dalam ucapan kepada orang ramai pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya.

Pertuduhan dibuat selepas aduan daripada tiga orang ahli keluarga anggota polis yang terkorban dalam serang pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, iaitu Jamilah Abu Bakar, Azlas Jaafar dan Nazir Yusoff.

Mohamad yang memakai baju kemeja hijau dengan jaket berwarna biru dan berseluar hitam kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin.


Terdahulu, tiga Timbalan Pendakwa Raya yang diketuai Mohamad Hanafiah Zakaria, memohon mahkamah menetapkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin kepada tertuduh.

Namun selepas rayuan oleh peguam Hanafiah Maidin dan Aminuddin Zulkifli, yang mewakili pemimpin Pas itu, Hakim Ikmal Hishan menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Ikmal Hishan juga menetapkan 27 Okt sebagai tarikh sebutan semula dan 5 hingga 9 Dis sebagai tarikh perbicaraan kes.
- Berita: BernamaOnline

SATU MELAYU:
Memang hebat Mat Sabu main politik. Di mahkamah pun dia buat lawak untuk tarik simpati penyokong. Dia tak cukup duit nak ikat jamin. Dia Cuma ada lima ribu sahaja. Maka terpaksa para penyokong dan ahli Pas kena bantu si mulut celupar kesayangan mereka itu.

Dahlah masa kempen dan ceramah-ceramahnya menterpaksakan para penyokong menyumbang duit untuk tabung poket penceramah, penganjur dan tukang pungut, ketika terdakwa di mahkamah pun Mat Sabu memerlukan wang ahli dan penyokong.

Apakah ini juga sebahagian daripada maksud Asabiyah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog