KAUM ‘Mat Saleh’ ni kekadang menganggap bangsa lain seperti orang Malayasia semuanya tak pandai, tak tahu apa dan tidak cukup ilmu serta pengalaman. Ego mereka jadi tinggi bila berdepan dengan bangsa yang berkulit sawo matang atau yang tak serupa dengan mereka.
Itulah agaknya yang dirasakan oleh pakar DNA import dari Australia yang dibawa khas oleh Anwar Ibrahim dalam usahanya membebaskan diri daripada tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan yang sedang dibicarakan.
Selama tiga hari saksi ‘Mat Saleh’ yang kononya pakar DNA itu ‘mencak’ di mahkamah dengan pendapat dan pandangan yang mempertikaikan analisis ahli kimia tempatan. Gayanya yang mencemuh pakar kita membuatkan Anwar, barisan peguambela dan juak-juak pembangkang bergembira - senang hati.
Komen berbentuk cemuhan oleh juak-juak pembangkang melalui twitter dan facebook serta blog begitu galak. Mereka tidak menyangka rupa-rupanya ‘Mat Saleh’ yang disangkakan pakar itu sekadar seorang ‘kaki kelentong’ yang tak cukup up to date ilmu serta pengalamannya.
Melayu berkulit sawo matang bernama Mohd. Yusof Zainal Abiden, yang sejak tiga hari lalu memendam rasa dengan gelagat dan kelentong si Mat Saleh itu, akhirnya dengan selamba dan lemah lembut menyoalbalas apa yang dihujahkan pakar import berkenaan. Sinis dan bersahaja....
Hasilnya, maka terkantoilah si Mat Saleh itu dan mengaku benar pula apa yang dihujahkan pihak pendakwa sehingga memakan diri. Anwar tepuk dahi, peguam anak Karpal terkedu, Wan Azizah resah gelisah dan yang paling syoknya para juak-juak pembangkang termalu sendiri sambil gigit jari.
Kesian dengan si Nuar.... Duit habis dikelentong oleh Mat Saleh, tapi apa yang diharapkan tidak menjadi....
Laporannya seperti berikut:
Pakar asing mengaku mungkin silap
KUALA LUMPUR 20 Sept. - Selepas tiga hari mempertikaikan kaedah dan hasil ujian analisis asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan oleh salah seorang ahli kimia tempatan, hari ini, pakar DNA luar negara yang dilantik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa mengakui kemungkinan berlakunya kesilapan dalam keterangannya.
Pada ketika ini, isteri Ketua Pembangkang itu, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan penyokong mereka di galeri awam Mahkamah Tinggi di sini yang pada mulanya sering mentertawakan soalan-soalan yang diajukan oleh pihak pendakwaan dilihat terdiam apabila ‘pengakuan’ tersebut dibuat.
Karektor perunding Molecular Genetic System, Australia, Dr. Brian McDonald (gambar) yang sebelum ini kelihatan begitu tegas dan bersungguh-sungguh mempertahankan kenyataannya tiba-tiba berubah apabila mempertikaikan soalan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden berhubung kejujurannya dengan menyifatkannya sebagai ‘tidak relevan’.
Terdahulu, sebelum ‘pengakuan’ tersebut dibuat, McDonald dengan yakin memaklumkan bahawa melalui pemahamannya, Ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong telah melakukan ujian Acid Phosphatase (AP) ke atas calitan-calitan putik kapas yang diambil dari dubur dan rektum Mohd. Saiful Bukhari Azlan serta mengandungi sampel DNA.
Ujian AP merupakan ujian yang dibuat bagi mengenal pasti jumlah air mani yang terdapat pada sesuatu sampel.
Saksi pembelaan keempat itu sebelum ini mendakwa kaedah yang digunakan dan laporan hasil ujian tersebut sebagai tidak sempurna, tidak lengkap dan tidak mengikut aturan yang sepatutnya.
Bagaimanapun, selepas Mohd. Yusof membaca sebahagian transkrip keterangan Lay Hong di mahkamah yang menyatakan bahawa ujian tersebut hanya dilakukan ke atas seluar panjang dan seluar dalam mangsa, saksi tersebut dengan nada perlahan menyatakan, beliau mungkin tersilap kerana itu merupakan apa yang difahaminya.
MOHD. YUSOF: Bagaimana awak boleh beritahu mahkamah bahawa Dr. Seah melakukan ujian AP (pada putik kapas) sedangkan beliau tidak pernah berkata demikian?
McDONALD: Ia mungkin satu kesilapan, itu apa yang saya faham (mengenai ujian yang dijalankan).
MOHD. YUSOF: Jadi bagaimana awak boleh beritahu mahkamah sesuatu yang Dr. Seah tidak pernah lakukan sedangkan beliau tidak pernah buat demikian?
McDONALD: Saya tidak pasti apa relevan soalan ini.
MOHD. YUSOF: Ini bukan isu relevan atau tidak tetapi soal jujur. Di mana kejujuran awak dalam memberi keterangan?
McDONALD: Ia tidak relevan.
MOHD. YUSOF: Awak kata awak melakukan kesilapan, jadi adakah kenyataan awak perlu dibuang (expunged)? Adakah awak cuba mengelirukan mahkamah atau orang awam?
McDONALD: (mulanya berdiam diri) Saya katakan tidak ada sebarang relevan dalam soalan ini.
Di peringkat pendakwaan sebelum ini, Lay Hong mengesahkan terdapat kehadiran kesan air mani Lelaki Y yang merupakan penyumbang utama pada rektum mangsa manakala seorang lagi pakar kimia, Nor Aidora Saedon memberitahu bahawa penyumbang DNA tersebut adalah sepadan dengan DNA Anwar.
Pada awal prosiding, McDonald bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa sperma boleh dikesan di dalam rektum antara empat hingga 113 jam.
‘Persetujuan’ ini dibuat selepas saksi tersebut ditunjukkan satu artikel perubatan terbitan tahun 1997 yang ditulis oleh G. M. Willot dan J. E. Allard bertajuk ‘Sexual Assault and Semen Persistant’.
Saksi itu sebelum ini menyatakan amat jarang sekali untuk menemui sebarang sperma selepas 46 jam dan mempersoalkan hasil ujian Lay Hong yang berjaya mengesan kehadiran sperma pada calitan putik kapas di bahagian rektum pengadu selepas 56 jam kejadian liwat didakwa berlaku.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung esok.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan