PEMIMPIN nombor dua Pas kini – Mat Sabu, terkenal sebagai seorang yang banyak melahirkan isu kontroversi. Macam-macam citer tak sedap yang dapat didengar, dibaca dan ditonton rakyat mengenainya. Dari dulu hingga sekarang si Mat Sabu ni sering menjadi perhatian kerana keceluparan mulutnya.
Kepada puak-puak Pas dia dianggap hero... Hero mengata, mengutuk dan memai-hamun sesiapa sahaja yang dijadikan musuh politiknya pada ketika tertentu.
Bila seseorang itu dianggap musuh Mat Sabu akan hentam habis-habisan. Tapi bila dah jadi kawan dan rakan kongsi politik, orang yang dahulunya dia hentam bagai nak ghak, diangkat pulak; Semua keburukan yang dilabelnya terdahulu jadi baik. Kata-kata kecaman dan maki-hamun yang dihamburkan dulu ditennya macam dok telak ayaq aloq....
Begitulah yang berlaku antara Mat Sabu dengan Anwar Ibrahim. Dulu lain, sekarang lain.... Nampak sangat tak ada pendirian dan apa yang dikatakan itu semuanya mainan politik ketika berceramah untuk raih sokongan pendengar yang bangang untuk memenuhkan kopiah yang ditadah untuk kutip derma.
Nasib hang baik Mat! Walaupun hang ada banyak isu peribadi yang tidak menampakkan diri hang sebagai seorang pemimpin berwibawa menerajui barisan kepimpinan negara Malaysia, tapi hang berjaya jugak depa angkat hingga jadi orang nombor dua parti kedua terbesar orang Melayu – Pas.
Tak tahulah apakah hang memang bernaib baik, hang pandai ambil kesempatan atau kerana semua ahli Pas kini dah jadi biul dan bangang kerana tersumbat otaknya dengan nafsu mahu menumbangkan Umno/BN walau dengan apa cara sekali pun, waima dengan menjual perjuangan, agama dan maruah diri.
Selanjutnya sila baca ulasan AWANG SELAMAT dalam Bisik-Bisik Mingguan berikut:
Bisik-Bisik Mingguan AWANG SELAMAT
Ohhh Mat Sabu
Sejak memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas dalam persaingan tiga penjuru, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu, menjadi bahan kontroversi. Dari awal lagi kemenangan beliau mencetuskan rasa kurang selesa di kalangan sebahagian pemimpin dan ahli parti.
Tidak lama selepas itu muncul satu demi satu isu. Mat Sabu didakwa oleh pihak berkuasa bercakap bohong kononnya beliau dilanggar oleh kenderaan polis ketika kekecohan perhimpunan haram di Kuala Lumpur 9 Julai lalu. Rakaman video polis menjadi bukti tetapi Mat Sabu tetap pertahankan dakwaannya.
Kemudian muncul isu bil rawatan beliau yang cedera semasa perhimpunan itu dibiayai oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP). Mat Sabu adalah ahli lembaga pengarah PBAPP. Banyak pihak persoalkan kewajaran pembiayaan bil rawatan lebih RM8,400 kerana Mat Sabu cedera akibat menyertai aktiviti salah di sisi undang-undang, yang bertentangan dengan amalan korporat. Sedangkan kakitangan biasa syarikat tersebut tidak ditanggung kos rawatan jika bersangkutan kecederaan atau sakit daripada aktiviti haram. Ada yang melihatnya sebagai isu penyelewengan wang PBAPP.
Lebih panas lagi ialah kenyataan beliau menghina pejuang Bukit Kepong yang mati terkorban dalam tragedi itu dan sebaliknya mengherokan Mat Indera, salah seorang anggota pengganas komunis.
Sebanyak 1,265 aduan polis ke atas Timbalan Presiden Pas itu telah dibuat di seluruh negara. Awang macam tak percaya dengan kemarahan dan bantahan pelbagai pihak serta orang ramai terhadap beliau.
Setakat ini, tiada sepatah pun permohonan maaf daripada beliau menyebabkan Pas turut menanggung akibatnya. Rakyat Malaysia terkenal dengan sikap pemaaf tetapi bagaikan tidak layak mendapat kemaafan daripada Mat Sabu. Sedangkan teras kenyataan beliau yang boleh diikuti menerusi video di Internet, bercanggah dengan fakta sejarah.
Kalau di negara lain, para pemimpin yang terlanjur kata atau tersilap fakta berani mengakui segera kesilapannya.
Belum pun reda, satu lagi isu lama terbongkar dalam blog. Kali ini melibatkan apa yang didakwa oleh beberapa pengendali blog, percakapan seks menerusi telefon bersama seorang wanita.
Rakaman perbualan itu mendapat perhatian meluas. Setahu Awang, belum ada sebarang pengakuan atau penafian daripada Mat Sabu. Beliau mengambil sikap berdiam dan enggan mengulas, yang menjadikan isu itu lebih memikat.
Awang tidak berhajat komen panjang lebar. Sama ada kita suka atau tidak, itulah pemimpin yang menjadi sandaran Pas. Menyebut nama beliau sudah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja tersenyum sinis, marah mahupun hairan kebingungan. Dia punya ‘kehebatan’ tetapi dengan cara berlainan.
Mat! Jangan hang pikiaq hang tu bijak dan pandai sangat timbulkan isu kontrobersi bagi meraih populariti dan simpati Guan Eng untuk jadi calon puak pembangkang pada PRU-13 nanti di Pulau Pinang.
Guan Eng dan bapanya tu kafir harbi.... Mereka hanya dunakan hang kalau boleh memberikan keuntungan kepada DAP. Kalau merugikan, hang akan jadi macam Anwar Ibrahim. La ni Lim dua beranak dah tak pandang pun Anwar sebagai tokoh yang membawa keuntungan kepada pakatan.
Terbaru, Anwar Ibrahim datang Penang untuk beri ceramah, tapi Guan Eng cabut melarikan diri ke Singapore. Dan ceramah yang dijadualkan itupun tak ada sokongan....
Lagi banyak hang meghapu dana, lagi banyak pulalah keburukan hang depa dedahkan. Zaman la ni bukan macam 20 tahun dulu. Kecanggihan teknologi media dan audio video boleh membuatkan hang jatuh terkangkang dan memalukan keluarga serta diri hang sendiri.
Hang tak pikiaq kah bagaimana dan apa perasaan anak isteri hang bila rakaman perbulan telefon hang dengan Normah tersebar luas seantero dunia?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan