TAK payahlah nak diheboh dan disibukkan sangat mengenai hasrat DAP mahu menukar ‘Jalur Gemilang’ jikalau pakatan pembangkang yang dikuasai DAP itu berjaya memerintah Malaysia sebagaimana yang disuarakan oleh seorang ADUN DAP – Manoharan.
Jika majoriti orang Melayu pada PRU-13 nanti menyokong pembangkang dan pembangkang berjaya menumbangkan Umno/BN, bukan sahaja ‘Jalur Gemilang’, macam-macam lagi perkara yang merobek hati orang Melayu akan mereka ubah, tukar atau hapuskan.
Hakikatnya, chauvanis DAP memang mahu menghalau orang Melayu daripada negara yang dahulunya dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu ini. Dan untuk itu, sistem demokrasi yang membenarkan kuasa pemerintahan ditentukan rakyat melalui pilihan raya akan jadi penentu kepada kekal atau tidaknya orang Melayu memegang kuasa.
Bagaimanapun, apa yang disuarakan paria DAP itu bertitik tolak daripada perkembangan orang Melayu masa kini. Keceluparan Mat Sabu menghina dan mengecam sejarah bangsanya melalui penobatan puak komunis sebagai pejuang sebenar negara, membuatkan kaum imigran di negara ini naik tocang.
Pemimpin DAP yang sentiasa mengambil kesempatan memprovokasi orang Melayu supaya bercelaru, berkecamuk dan berbalah sesama sendiri cuba menambah lagi kekeruhan ciptaan Mat Sabu dengan uar-uaran terbaru di mana mereka nanti akan menukar ‘Jalur Gemilang’ jika dapat kuasa.
Semua ini adalah mainan politik menjelang pilihan raya umum. Majoriti Melayu mahu dipecah-pecahkan melalui provokasi seperti itu.
Kalau Mat Sabu boleh mencetuskan isu yang memecah-belahkan orang Melayu, kini tiba pula giliran puak DAP menambah kecelaruan yang timbul.
Cuma dalam hal ini, pemimpin kaum Cina DAP seperti Lim anak beranak tidak bersuara. Mereka berdiam diri, tetapi berperanan disebalik tabir. Biasalah.... orang Cina memang pandai sembunyikan kuku... Dan kaum lain yang sanggup jadi alat diperalatkan semahu-mahunya.
Dalam masa sama chauvanis DAP, mahu menguji sejauh mana ketegasan orang Melayu dalam isu yang mebakar hati dan jantung bangsa peribumi negara ini.
Kaum imigran tahu dan faham sangat dengan perangai orang Melayu. Marahnya sekejap dan hingar-bingarnya sementara panas. Bila dah sejuk, semuanya macam tak ada apa-apa.
Orang Melayu bukannya seperti orang Afghanistan atau Pakistan yang dendamnya tidak akan padam selagi tidak dibalas.
Selain itu mereka juga mahu menguji sejauh mana ketegasan pihak berkuasa negara yang diterajui DS Najib dalam menghadapi isu-isu panas ketika negara semakin hampir berdepan pilihan raya umum.
Kesimpulannya, apa jua perubahan yang mahu dilakukan oleh puak pembangkang setelah mereka dapat kuasa nanti bergantung kepada pendirian dan sokongan majoriti orang Melayu sendiri semasa mengundi pada PRU-13 nanti.
Tanah air orang Melayu tidak akan terlepas ke tangan kaum imigran jika orang Melayu sendiri tidak berpecah-belah dan berbalah sesama sendiri.
Lebih penting, perangai dan sikap ‘hasad dengki’ yang bersarang di hati kebanyakan orang Melayu/Islam memerlukan rawatan intensif....
Fikir-fikirkanlah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan