Cina India Kaum Pendatang

Selasa, 20 September 2011

Kes Liwat II: Hari ini Peguam Cara Negara soal balas saksi pembela yang pertikai kaedah ahli kimia....

PIHAK pembelaan dalam perbicaraan kes liwat II membabitkan Anwar Ibrahim pada Isnin menimbulkan kemungkinan sampel yang diambil dan diuji oleh ahli kimia dicemari tetapi hakikat itu diabaikan. Tumpuan adalah terhadap calitan kapas B9 yang diperolehi dari kawasan rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan dan tuala putih yang diperolehi daripada sel Anwar apabila beliau ditahan semalaman.

Bagaimanapun, sebaik sahaja selesai Ramkarpal mengemukakan soalan kepada Dr. Brain McDonald, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memohon pemeriksaan balas terhadap saksi itu dimulakan hari ini (Selasa) dan permohonan itu dibenarkan oleh mahkamah.
Sama-sama kita semua nantikan kemampuan pihak pendakwa mematahkan hujah saksi yang diimport khas oleh Anwar Ibrahim dari negara kangaroo itu.

Setakat ini, hujahan membela diri oleh Anwar Ibrahim tidak menafikan dia meliwat Saiful Bukhari Azlan. Apa yang diperdebatkan di mahkamah hanyalah soal teknikal pembuktian kesahihan DNA dan air mani tertuduh.

Apa yang dibicarakan semalam adalah seperti berikut:


Kaedah ahli kimia dipertikai

KUALA LUMPUR 19 Sept. - Seorang pakar asing yang menjadi saksi pihak pembelaan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini hari ini mempertikaikan kaedah yang dilakukan oleh dua ahli kimia tempatan berhubung penemuan profil asid deoksiribonukleik (DNA) Lelaki Y.

Dr. Brian McDonald dari Australia turut mendakwa tiada keterangan Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon dikemukakan di mahkamah sehingga membolehkan pihak pendakwaan membuat kesimpulan bahawa DNA Lelaki Y berpunca daripada kesan air mani.

Beliau berkata, kedua-dua ahli kimia itu sepatutnya mengambil kira pencemaran yang berlaku selain kemungkinan wujud profil pihak ketiga dalam sampel-sampel yang diterima oleh mereka berikutan penemuan allele 18 dalam bacaan analisis mereka.

Mereka juga, menurut saksi pembelaan keempat itu, sepatutnya melakukan ujian lanjut mengenai kehadiran profil DNA asing itu.

"Ujian lanjut perlu dilakukan untuk mengenal pasti pemilik DNA itu. Kedua-dua mereka tidak memberikan sebarang penjelasan mengapa mereka tidak melakukan ujian tersebut,'' katanya ketika disoal oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Soalan berkenaan dikemukakan semasa pemeriksaan utama peguam Ramkarpal Singh terhadap saksi tersebut pada perbicaraan peringkat bela diri Ketua Pembangkang itu atas pertuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Perkara berkenaan disentuh oleh saksi tersebut setelah pihak pembelaan menimbulkan analisis DNA Lay Hong terhadap putik kapas mengandungi kesan air mani Lelaki Y dalam sampel yang diambil dari dalam dubur pengadu, Mohd. Saiful Bukhari.

Sementara Nor Aidora pula menganalisis DNA pada tuala kecil Good Morning selain berus gigi dan botol minuman air mineral yang diperoleh semasa Anwar ditahan semalaman untuk siasatan di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Menjawab soalan Ramkarpal sama ada pihak pendakwaan boleh mengesahkan bahawa profil DNA Lelaki Y itu datang daripada kesan air mani, McDonald berkata, berdasarkan keterangan, tiada petunjuk yang menyatakan ia berpunca daripada kesan air mani.

Saksi pembelaan itu juga memberitahu, beliau tidak boleh menyatakan bahawa profil DNA Lelaki Y itu datang daripada sumber DNA lain yang bukan kesan air mani kerana tiada sebarang bukti yang menunjukkan sedemikian.

Perunding Molecular Genetic System, Australia itu berkata, kesan calitan putik kapas yang diambil dari dubur Mohd. Saiful Bukhari hanya mengesahkan kehadiran kesan air mani milik pengadu tersebut.

McDonald turut mendakwa, Lay Hong hanya membuat andaian tentang dari mana datangnya sampel tersebut tanpa menyatakan lokasi tepat ia diambil kerana beliau hanya bergantung kepada latar belakang (history) sampel itu dan maklumat yang disampaikan oleh pihak polis.

Begitu juga, katanya, Nor Aidora dalam laporannya hanya bergantung kepada satu-satunya penyumbang DNA itu selain gagal mengenal pasti campuran DNA pada sampel-sampel yang diterimanya.

Sebaik sahaja selesai Ramkarpal mengemukakan soalan, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memohon pemeriksaan balas terhadap saksi itu dimulakan esok dan permohonan itu dibenarkan oleh mahkamah.
- Utusan Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog