Cina India Kaum Pendatang

Ahad, 29 Mei 2011

‘Team Lotus’ boleh terus berlumba. ‘Kumpulan Lotus’ merancang untuk merayu keputusan itu....

TEAM Lotus boleh terus menggunakan namanya dalam perlumbaan Formula Satu (F1) seperti diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di London, kelmarin (Jumaat).

Selepas beberapa minggu menjalani perbicaraan, mahkamah memutuskan tiada apa yang boleh menghalang pasukan F1 dari Malaysia itu daripada terus menggunakan nama Team Lotus, biarpun mereka telah melanggar perjanjian pelesenan, tahun lalu.

"Kami semua amat gembira kerana telah diperjelaskan bahawa kami merupakan pemilik Team Lotus yang sah. Kami sentiasa yakin bahawa segala bukti dan fakta yang kami ada akan membawa kepada keputusan ini dan hari ini penghakiman mengesahkan kepercayaan itu.

"Sudah tentu kami kecewa dengan keputusan bahawa Kumpulan Lotus berhak menamatkan perjanjian lesen pada 2010. Kami memeterai kontrak dengan dasar untuk memulakan hubungan jangka panjang bersama Kumpulan Lotus, malangnya mereka menggunakan alasan pelanggaran teknikal mengenai proses dagangan untuk menamatkan kerjasama.

"Bagaimanapun pemegang saham saya dan saya sendiri mempunyai keyakinan penuh bahawa apabila satu pintu ditutup, pintu yang lain pula akan dibuka. Di peringkat awal perjanjian kami, kami sedar penamatan tidak dapat dielak tetapi isu penamatan lesen pada akhirnya memberi sesuatu yang positif buat pasukan dan membuka jalan baru,'' kata Prinsipal Team Lotus, Datuk Seri Tony Fernandes.

Perbalahan mengenai penggunaan nama Lotus dibangkitkan Kumpulan Lotus, Mac lalu selepas mendakwa Team Lotus telah melanggar perjanjian pelesenan.

Kumpulan Lotus, yang merupakan pengeluar kereta Lotus untuk kegunaan di atas jalan raya, kemudian menubuhkan pasukan F1 dengan bergabung bersama pasukan Renault, dikenali sebagai Lotus-Renault GP.

Biarpun mahkamah memutuskan Team Lotus mempunyai hak ke atas nama tersebut dan boleh mengunakan logo ikonik Lotus, namun Lotus-Renault GP juga dibenarkan terus berada di atas trek lumba dengan menggunakan warna klasik Lotus, hitam dan emas.

Malah, walaupun Kumpulan Lotus masih boleh menaja Renault dalam F1, mereka tetap merancang untuk merayu keputusan mahkamah.

"Terdapat isu-isu yang masih memerlukan penjelasan dan kami komited untuk mendapatkan penjelasan tersebut bagi diperjelaskan kepada peminat.

"Kami tidak mengambil ringan keputusan untuk mengemukakan rayuan,'' kata Ketua Bahagian Undang-Undang Kumpulan Lotus, Sarah Price.
- Agensi/Utusan

SATU MELAYU:
Demikian secebis kisah penglibatan syarikat milik warga Malaysia dalam Formula One. Mereka bukan sahaja berlumba dan berjuang di litar lumba, tetapi turut berlumba dan berjuang di mahkamah London atas alasan tersendiri.

Entahlah.... Tak tahu apa nak dikato....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog