Cina India Kaum Pendatang

Jumaat, 29 Julai 2011

Harimau Berputih Mata: Ramai yang kecewa dan salah menyalah pun bermula.... Kenapa Khairul tidak diturunkan semasa di Singapura jadi tanda tanya....

HARAPAN tinggi rakyat Malaysia terhadap pasukan bolasepak negara ketika menentang Singpura pada pusingan kedua kelayakan piala dunia di Bukit Jalil malam tadi hancur berkecai. Keghairahan membuak-buak sebelum perlawanan tidak berbaloi. Kepadatan penonton di stadium juga tidak bererti.

Sang harimau tewas kepada sang singa dari segi agriget, 6-4, walaupun hakikat perlawanan malam tadi menyaksikan Malaysia tidak tewas tetapi seri satu sama.

Itulah yang dikatakan jurulatih Datuk K. Rajagobal seperti yang tersiar di dada akhbar. Malaysia tidak kalah dalam permainan pusingan kedua itu, cuma seri sahaja.

Nampaknya jurulatih kita tu bercakap macam orang politik pulak. Macam Nik Aziz atau Anwar Ibrahim dan juga Mat Sabu.

Yang penyokong dan rakyat Malaysia harapkan ialah layak ke pusingan seterusnya serta tidak kecundang kepada Singapura dari segi agriget. Bukannya soal kita kalah di Singapura dan  seri di Kuala Lumpur.

SM tidak berniat untuk mengkritik jurulatih Rajagobal. Khidmat yang diberikannya selama ini memang memuaskan dan kembalinya peminat bolasepak negara ke stadium, sedikit sebanyak adalah kerana kajayaan pasukan bimbingannnya.

SM juga tidak pandai main bolasepak, apatah lagi mempunyai ilmu dalam bidang kejurulatihan bolasepak. Bagaimanapun, oleh kerana selalu menonton permainan berkenaan di kaca TV, rasanya tidak salah kalau SM turut sama memperkatakan mengenai bolasepak yang dipersembahkan oleh pasukan negara dalam siri kelayakan piala dunia ini, khasnya ketika menentang Singapura.

Ramai yang berpendapat bahawa khidmat atau permainan penjaga gawang, Khairul Fahmi atau Apek malam tadi sangatlah cemerlang. Beliau telah berjaya menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi penyerang lawan.

“Jika tidak kerana Apek yang jaga gol, Malaysia kalah 4-1”, kata seorang teman ketika menonton bersama di sebuah restoren yang menyediakan TY skrin besar.

Memang permainan Apek sangat cemerlang dan patut diberikan pujian.

Persoalannya, kenapa semasa pasukan kita bermain di Singapura minggu Khairul tidak diturunkan? Setahu kita beliau tidak cedera.

Berdasarkan gol-gol mudah yang diperolehi pasukan Singapura semasa bemain di sana, besar kemungkinan Harimau Malaya tidak kecundang dengan jaringan 5-3. Dengan kecemerlangan Khairul seperti yang ditunjukkan malam tadi, besar kemungkinan pasukan kita boleh menang semasa berandang ke Singgapura.
Bukan 3-5 keputusan. Mungkin 3-1 atau 3-2 atau 3-3.

Apapun, semua itu hanyalah pandangan SM dan rakan-rakan yang sekadar jadi peminat dan penyokong pasukan negara di kedai-kedai kopi sahaja.
Wallahualam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog