Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 21 Julai 2011

Harimau Malaya Berlepas Ke Singapura Tanpa Empat Tonggak

SKUAD bola sepak kebangsaan berlepas ke Singapura hari ini dalam misi mencari kemenangan menentang republik itu dalam perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada Sabtu ini.

Perlawanan akan berlangsung di Stadium Jalan Besar republik itu pada 7.25 malam.

Ketua jurulatih Datuk K.Rajagobal bagaimanapun terpaksa meninggalkan empat tonggak skuad akibat kecederaan yang dialami ketika pertemuan dengan Arsenal pada 13 Julai dan Liverpool pada Sabtu.

Pemain yang cedera ialah penyerang Norshahrul Idlan Talaha, S.Chanturu, Mohd Shakir Shaari dan Shahrizal Saad.

Pemain yang berlepas ke Singapura terdiri Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Mohd Farisham Ismail, Mohd Asruddin Putra Omar, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhil Mohd Shas, Mohamad Aidil Zafuan, Safiq Rahim, Ismail Faruqi Ashari, Mohd Safee Mohd Sali, Mohamad Azmi Muslim, Amar Rohidan, Ahmad Fakri Shaarani, Baddrol Bakhtiar, Gurusamy G.Kandasamy, Kunalan Subramaniam, Helmi Remeli, Mohamad Ashari Samsudin, Abdul Hadi Yahaya, Mohd Sharbaniee Allawee, Mohd Nasril Mat Nourdin, Mohd Rizal Fahmi Ab. Rosid, Izzaq Faris Ramlan.

Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai ini.

Malaysia mara ke pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia walaupun kalah 2-3 kepada Taiwan pada perlawanan kedua tetapi layak ke pusingan seterusnya dengan peraturan gol di tempat lawan selepas terikat agregat 4-4.

Malaysia sebelum itu mengalahkan Taiwan 2-1 pada perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Singapura mendapat bye di pusingan pertama selepas mara ke pusingan ketiga dalam Kelayakan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Berita: BernamaOnline

SATU MELAYU:
Harimau akan bertemu Singa di padang bola....
Semoga impian jadi kenyataan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog