Cina India Kaum Pendatang

Khamis, 28 Julai 2011

SEMOGA BERJAYA: Pertemuan Malaysia-Singapura Dapat Perhatian Menteri Kabinet

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika menaiki ERL KLIA Transit dari Putrajaya Sentral ke KL Sentral untuk menghadiri majlis pelancaran Kibar Jalur Gemilang 2011 di Kuala Lumpur, Rabu. Kibar Jalur Gemilang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.
PERLAWANAN pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura di Stadium Bukit Jalil malam Khamis, turut menjadi tajuk perbualan di kalangan menteri Kabinet yang menyertai rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Stesen KL Sentral.

Dalam keadaan santai sambil menikmati suasana di luar jendela ERL, mereka masing-masing mengharapkan Harimau Malaya dapat menumpaskan Singapura untuk mara ke pusingan seterusnya.

Malah, mereka juga yakin kelebihan bermain di tempat sendiri di hadapan 85,000 penyokong dapat membakar semangat skuad kebangsaan untuk mempamerkan aksi memberangsangkan dan mencipta kejayaan cemerlang untuk dikongsi bersama-sama penyokong setia mereka.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata anak buah Datuk K Rajagobal kini berada pada tahap kecergasan yang tinggi serta mempunyai kemahiran yang hebat untuk berdepan dengan skuad Singapura malam esok.

"Saya yakin skuad kita akan memberikan persembahan yang terbaik kerana kita (team) mempunyai tahap kecergasan yang terbaik serta kemahiran yang mantap untuk perlawanan malam esok dan kita ada kelebihan bermain di tempat sendiri untuk beraksi dengan cemerlang," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap barisan pertahanan skuad negara dapat membaiki corak permainan malam esok agar dapat mengekang serangan pihak lawan manakala pemain-pemain lain mengatur serangan bagi mendapatkan gol kemenangan.


"Sebenarnya, esok saya dijadualkan turun ke Kedah mengiringi Perdana Menteri tetapi saya berbisik kepada beliau (Perdana Menteri) agar mendapat 'melepaskan' saya pada sebelah petang membolehkan saya balik ke Kuala Lumpur untuk menonton perlawanan itu di stadium.

"Saya berharap sangat pasukan negara akan buat satu kejutan. Tidak kira berapa pun gol yang dijaringkan asalkan dapat qualify (melayakkan diri)," katanya.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata rakyat perlu memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan negara.

Beliau yang enggan meramalkan keputusan perlawanan itu bagaimanapun berharap pasukan negara tidak akan menghampakan penyokong bola sepak tanah air.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai pula berharap Malaysia akan menewaskan Singapura dengan sekurang-kurangnya 2-0 manakala Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Wira Chor Chee Heung meramalkan skuad Harimau Malaya akan menjaringkan gol 3-1 dengan sokongan padu penyokong.

Kesemua 85,000 tiket yang disediakan untuk perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dan Singapura di sini malam esok dilaporkan habis dijual.

Malaysia kalah 3-5 pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar di republik itu, Sabtu lepas.
- Berita: BernamaOnline


SATU MELAYU:
Tidak cukup dengan harapan tinggi para peminat bola sepak dan rakyat keseluruhannya, Pak Menteri pun tidak ketinggalan mengambil perhatian dengan harapan tinggi kepada Harimau Malaya.

Justeru, kita harap para pemain yang akan diturunkan Rajagobal tidak menghampakan. Maruah sukan bolasepak negara kita mesti dipertahankan, lebih-lebih lagi dengan negara jiran itu yang membariskan ramai pemain import yang diberikan taraf warganegara.

Malaysia tidak boleh kalah dan tunduk kepada Singapura....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

>

Post Ter'latest' dari Senarai Blog